Perisa Baru Ayam KFC Crunchy Tandoori

Teringin makan KFC semalam. Walaupun berkali kali kecewa sebab ayam KFC semakin KFC, tapi tidak mematahkan semangat untuk makan KFC lagi dan lagi. Ayam KFC yang tiada tandingan rasa dia sejak dari dulu. Tapi orang kata ayam texas chicken pun sedap. Baiklah, nanti cuba lain kali.

Sibuk memilih menu di website. Tertarik dengan hidangan ayam KFC Crunchy Tandoori. 

Ayam KFC Crunchy Tandoori 

Perisa baru ayam KFC, Crunchy Tandoori dikeluarkan pada 19 November 2020 yang lepas. Seminggu selepas perayaan Deepavali bagi menyemarakkan lagi suasana bollywood dan juadah India daripada pelbagai rempah ratus tandoori kesukaan rakyat Malaysia.

Aromatik rempah ratus tandoori yang terdiri daripada garam masala, halia, jintan putih, serbuk bawang putih, cili merah serta digabungkan bersama rempah ratus Hot & Spicy membuatkan kombinasi rasa istimewa crunchy tandoori chicken KFC.



Ada pelbagai jenis hidangkan secara set kombo yang mengandungi Coleslaw, Whipped Potato dan minuman air Pepsi. 

Boleh juga pilih hidangan berbaloi Box Meal yang mengandungi burger Zinger dan Crispier Fries dengan seketul ayam KFC Crunchy Tandoori.

Crunchy Tandoori 2-pc Combo

2-pc Crunchy Tandoori
1 Whipped Potato (R)
1 Coleslaw (R)
1 Pepsi Black (Can)
Total : RM 15.49

Sedap ke Ayam KFC Crunchy Tandoori?

Sedap! Terasa rempah ratus ayam tandoori tu dari luar sampai ke dalam. Tak terlalu dalam tapi terasa lah kesedapan tandoori tu. Rasa ada masam masam perahan lemon juga. Tak terlalu pedas sangat pun. Rasa ayam KFC yang sedap isi lembut tak mengecewakan dan salutan tandoori tu ternyata sedap.

Crunchy tu sudah tentu! Boleh lah cuba rasa. Taste bud setiap orang berbeza. By the way, perisa baru ayam KFC Crunchy Tandoori ni limited edition katanya. Silalah cuba rasa sebelum habis promotion.


5 comments:

  1. Kak belum rasa lagi ni tapi teringin juga nak try bila tengok iklan nya.
    Bila Fiza bagi review sedap harapannya bila ada rezeki ke KFC masih ada lagi la.
    Last 3 minggu pergi KFC kat Kundasang tu lucu ada ke coleslaw takde dia bagi nya 2 kentang pula. Bukan pertama kali kena gini. Punya la banyak kubis kat Kundasang tapi coleslow out of stock kat Kundasang.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi KFC. Kena try jugak ni :)

    ReplyDelete
  3. Bolehlah cuba. Nanti beli ayam sahaja tidak perlu satu set sebab tidak minum air gas.

    ReplyDelete
  4. sedap ye fiza..okay2 shida nk cuba juga nnt..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.