PKPB dilanjutkan dari 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020

Mendengar berita PKPB (Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dilanjutkan dari 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020, bukan lah berita yang mengejutkan. Berita dah boleh hadam sebab dah biasa dengar. Bukan 2 minggu tapi 4 minggu!

PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir isnin ni dilanjutkan 4 minggu lagi bersamaan dengan sebulan! Manakala negeri yang dah mula PKPB baru-baru ni pun akan disambung PKPB.

PKPB dilanjutkan dari 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020
Kredit : MKN


Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Dah boleh agak sebab baru baru ni kes baru cecah 4 angka dah. Semalam pun kes baru 1755, harini pula 1168. Tak hairan kalau PKPB dilanjutkan. Jangan PKP 2.0 Sudahlah. Lagi susah nanti dibuatnya.

Pelaksanaan PKPB itu adalah bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di samping mengekang penularan COVID-19 di negeri berkenaan.

  • Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
  • Bagi negeri Kelantan, Pahang dan Perlis yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
  • Pergerakan rentas negeri dari atau ke negeri yang dikenakan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran polis.
  • Pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri yang dikecualikan daripada PKPB dibenarkan seperti biasa.
  • Bagi Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Persoalan PKPB

Bolehkah saya keluar rumah?

Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah. Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.

Individu dan kanak-kanak yang berisiko tinggi tidak digalakkan pergi ke tempat awam.

Sejauh mana saya boleh bergerak?

Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.

Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah - iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bagi keadaan kecemasan seperti kematian, kebenaran boleh diminta dari pihak polis untuk perjalanan merentas daerah.

Persoalan lain boleh rujuk di : Malaysiakini

15 comments:

  1. Terkejut juga Melaka pun kena PKPB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin hari sebanyak banyak pulak kesnya merebak. Eloklah kita duduk rumah je buat masa ni.

      Delete
  2. Semoga kita semua tabah lalui fasa ini dan semoga virus covid19 ni cepat-cepat berlalu

    ReplyDelete
  3. rasa sedih bila my place included sekali tapi tula kes pun tak kurang . Harap ni pkpb last

    ReplyDelete
  4. Semoga pkpb ni menjadi yang terakhir buat kita malaysia. Bersama kita teguh, bercerai kita roboh.

    ReplyDelete
  5. cepat la covid-19 pergi. Kesian kat anak-anak tak dapat bebas seperti dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak tunggu covid ni pupus nak bebas macam dulu dan hidup normal.

      Delete
  6. Kami berPKPB dari September, membawa ke Oktober dan November... akan berakhirkah pada Disember?
    Aduhai....bertabahlah kita ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamminnn.. harapnya begitulah. semoga kita semua hidup normal kembali.

      Delete
  7. semoga kita dilindungi dan semoga keadaan cepat pulih seperti dulu
    stay safe ya..

    ReplyDelete
  8. Bila lah nak turun ke 2 angka ya laporan Covid19 ni.
    Stay Safe Fiza.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.