Pokok Rerama Hijau Yang Unik
Masih tak dapat balik kampung ni, makanya kita membelek lagilah gambar-gambar yang pernah di ambil masa balik kampung. Pokok rerama hijau ni, salah satu pokok yang jarang orang tanam dan jarang dijumpai.
Tapi selepas tahu khasiat daun rerama ni, mulalah ramai yang mencari dan tanam pokok rerama. Mak Fiza pun terjebak lah sekali menanam. Entah mak guna ke tidak atau saja tanam tak tahu lah.
Tapi selepas tahu khasiat daun rerama ni, mulalah ramai yang mencari dan tanam pokok rerama. Mak Fiza pun terjebak lah sekali menanam. Entah mak guna ke tidak atau saja tanam tak tahu lah.
Tak pula nak bertanya sebab mak memang suka tanam pokok. Tak pernah pula nampak mak petik dan merebus daun rerama ni.
Pokok Rerama
Pokok rerama/rama rama atau nama santifiknya Mariposa christia vespertilioni, habitat asalnya di rantau Asia. Pokok rerama in english dipanggil Butterfly Wing.Terdapat pelbagai warna pokok rerama akan tetapi hanya pokok rerama hijau sahaja digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan.
Kaedah 2 : Tanam dengan menggunakan keratan batang dengan syarat pokok mencapai tahap kematangan.
Pertumbuhan melalui kaedah 2 iaitu keratan batang lebih cepat berbanding menggunakan biji benih.
Ada juga menggunakan kaedah tradisional dengan mendapatkan khasiat air rebusan daun rerama dengan cara merebus daun rerama. Apapun jika ada penyakit yang berbahaya sebaiknya jumpa doktor dulu. Jangan pandai-pandai, takut memudaratkan.
Pokoknya ada satu tu je lah. Mak tanam dalam pasu. Entah ada lagi ke tidak tak tahu lah. Pokok rerama ni daun dia unik. Buat pokok perhiasan pun cantik. Cuma batangnya macam terlalu fragile. Kalau ditiup angin kuat atau terlanggar, macam boleh patah je ni.
Jenis dan warna daun rerama
- Pokok rerama berdaun hijau
- Pokok rerama berdaun ungu
- Pokok rerama berdaun hijau belang tua dan muda
- Pokok rerama berdaun merah
- Pokok rerama berdaun hijau belang ungu
Cara tanam pokok rerama
Kaedah 1 : Menggunakan biji benih yang boleh didapati pada pokok rerama itu sendiriKaedah 2 : Tanam dengan menggunakan keratan batang dengan syarat pokok mencapai tahap kematangan.
Pertumbuhan melalui kaedah 2 iaitu keratan batang lebih cepat berbanding menggunakan biji benih.
Khasiat Pokok Rerama
Ada kajian mengatakan pokok rerama hijau mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti barah. Beberapa produk butterfly tea dikomersial kan satu masa dulu. Kalau tak silap, pernah jadi satu fenomena juga pokok rerama ni. Sejauh mana keberkesanan tu tak pastilah.Ada juga menggunakan kaedah tradisional dengan mendapatkan khasiat air rebusan daun rerama dengan cara merebus daun rerama. Apapun jika ada penyakit yang berbahaya sebaiknya jumpa doktor dulu. Jangan pandai-pandai, takut memudaratkan.
Pokoknya ada satu tu je lah. Mak tanam dalam pasu. Entah ada lagi ke tidak tak tahu lah. Pokok rerama ni daun dia unik. Buat pokok perhiasan pun cantik. Cuma batangnya macam terlalu fragile. Kalau ditiup angin kuat atau terlanggar, macam boleh patah je ni.
Mak pun ada tanam ni tumbuh terbiar dah lama tapi tak nampak digunakannya lagi.
ReplyDeleteKadang saja je tanam. Kot nanti ada gunanya.
Deleteakak biasa nampak kat rumah nenek akak yang warna merah dengan warna hijau belang ungu...
ReplyDeletecantik yang warna merah tu kak dan. Hijau belang ungu tak pernah nampak pulak. Mesti cantik bercorak lain warna.
Deletememang rare pokok rerama ni. tak pernah jumpa lagi. ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteKurang ditanam mungkin lah :)
Deletefirst time ternampak pokok ni, cantiknya kalau tanam dekat depan rumah
ReplyDeletekann..cantik tanam depan rumah buat hiasan :)
DeleteDulu ada pokok butterfly ni, yang purple. Sekarang dah mati. Huhu...
ReplyDeleteyang purple tu cantik kan. alahaii sayangnya kak. macam susah je nak jaga pokok ni. huhu..teringin juga tapi kalau susah macam simpan je hasrat tu.
DeleteLama dah tak tengok pokok rerama ini.. Tak tahu ada lagi ke tak kat kg.. Daun dia tu ada banyak warna.. Yang warna ungu tu cantik.. Khasiat pun ada..
ReplyDeletedulu adik ipar ada juga tanam, masa viral dulu..buat ubat kencing manis..
ReplyDeleteTengok ada juga orang jual produk rerama. Teh rerama. Tapi Jena hati-hati bukan semua orang boleh minum.
ReplyDeleteBetul. pernah tanam bunga/pokok rerama ni. org kata boleh buat ubat. tapi xpernah try lagi heheh
ReplyDeleteCANTIKNYA POKOK
ReplyDeleteNice juga yang warna hijau ya..
ReplyDeletecantik, memang macam rerama bentuknya..
ReplyDeletefirst time tgk fiza..unik :)
ReplyDelete