Root Beer A&W Like No Other!

Sejak wujudnya aplikasi foodpanda dalam handphone, rajin juga order makanan dari A&W. Setiap kali order, mesti beli 2L Pitcher Root Beer A&W. Root beer A&W like no other. Kalau beli air A&W selain francais A&W rasa dia tersangat lah lain. Jauh beza!

Root beer original dari A&W je yang boleh diterima tekak. Air gas lain jangan harap mesra di tekak. Sejenis yang tak boleh minum air gas sebab nanti sakit perut. A&W je okay untuk Fiza. Pelik tapi benar. Tapi tak lah minum selalu pun. Sesekali kalau teringin. 

Root Beer A&W

Root beer A&W rasa dia memang manis sikit dan kurang gas. Ala ala coke letak vanilla. Tapi kalau dine in di A&W haruslah order Root Beer float tu. Lagilah sedap dengan aiskrim vanilla. 

Semalam tak order via foodpanda atau grabfood. On the way balik rumah husband singgah A&W sebab dia pula yang teringin nak minum Root Beer A&W.

Alang-alang dah singgah, beli sekali lah untuk dinner. 3pcs spicy aroma chicken, Curly Rings, Chicken Sandwich burger dan 2 cups root beer float.

Curly Rings & Chicken Sandwich A&W

Curly yang disaluti dengan crispy batter masih sedap walaupun agak dah sejuk sikit. Sandwich chicken rasa dia tak berubah. Chicken breast yang diperap, lettuce dan mayonnaise sahaja. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Nak pedas boleh letak sos.

So far burger dan sides dish A&W okay je. Cuma ayam Fiza kurang sikitlah sebab salutan tepung tu terlalu keras kot. Prefer yang crispy tapi tak terlalu keras. Sakit pula gigi nak mengunyah part salutan tepung keras tu.

Spicy Aroma Chicken A&W

Next time kalau beli tak nak dah ambil package combo yang ada ayam. Kecewa berkali kali. Nak makan ayam, sila order KFC. Ayam goreng KFC so far tak pernah kalah lagi. 

Well, kalau nak lebih jimat sikit kenalah beli sendiri. Guna foodpanda atau grabfood haruslah ada extra charge dan juga delivery charge. Tapi kalau ada voucher jimatlah juga, kan.


24 comments:

  1. Samalah hanya suka air gas rootbir. Itupun jarang-jarang minum. Sebenarnya lagi sedap minum di restoran sebab perasaannya lain kalau beli yang botol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali teringin memang cari RB A&W kak Wina :)
      Betul tu, dine in lagi sedap.

      Delete
  2. A&W memang sedap dari dulu, esp root beer tu kan..

    ReplyDelete
  3. Akak paling suka A&W la, Fiza. Bila pi KL je boleh beli, masa singgah R&R kat highway. Kat sini mana ada. Hehe.. rutbir float the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A&W ni tak banyak francais sangat kan. cuma sesetengah bandar je ada. Betul, float the best!

      Delete
  4. A&W is one of my top 5 fave fast food. A&W punya memang lengkap, air sedap, dessert best (waffle dia will always be my fave), burger mozza dia kaw2 sebab crispy bacon dia sedap and fries dia lagi sedap dari mcd, both string and curly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waffle tu tak cuba lagi Tqa sebab dok asyik order sandwich je lah. Itupun dah kenyang makan. Onionn rings dia pun sedap giler kan. Next time nak try waffle dan burger mozza jugaklah. Thank you recommend :)

      Delete
  5. Lamanya sungguh tak minum rootbeer! Terakhir minum zaman belajar dulu... alahai memang lama sungguh tu! Lupa dah rasanya cemana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan kak amie, A&W ni semakin dilupakan sebab banyak produk makanan segera yang ada. Francais pun tak banyak tapi masih bertahan. Rasa dia pun tetap sedap.

      Delete
  6. A&W yg sedap adalah burger, curly fries dan waffle. Lagi suka dine in sebab boleh minum root beer float sejuk2. Bila la nak habis pkp, merayap nak gi dine in ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. waffle A&W belum cuba lagi Sal. Tq suggest. Nanti kita try okay. Betul, dine in lagi best kan. Sama samalah kita menantikan waktu bebas :)

      Delete
  7. jarang mkn atau minum A&W.. air gas dia kurang ya. boleh la beli nanti.

    ReplyDelete
  8. memang wajib minum air rootbeer ni kalau gi a&w

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. sangatt kak. kita pun kalau tengok balik rasa tergoda lalu teringin. huhu

      Delete
  10. bahaya apps apps ni , buat kita nak makan sedap ja haha

    ReplyDelete
  11. masa kecik2.. dok Penang ada 1 outlet A&W tp jauh sikit dr rumah. cuma weekend kalau parents ajak p mmg happy yang amat dah. padahal nak minum float je. childhood memories. skrng kalau singgah ke Jenjantas Sg Buluh kdg2 akan beli float. tingat pada arwah ayah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.