Sebelas Sebelas
Ramai ke menantikan tarikh cantik sebelas sebelas ni? Ke menantikan big sale 11.11? Kalau tarikh ni jatuh hari jumaat atau sabtu atau ahad mesti dah ada booking buat majlis yang sepatutnya kan.
Sejak PKPB ni sebarang majlis tak dibenarkan dah.
Bertabahlah ye bagi yang telah merancang majlis. Ingat, perancangan Allah lebih baik. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Dalam musim PKPB ni, Mak ayah kat kampung surely terkesan sama. Menanti anak cucu balik kampung macam biasa. Bila lama tak balik mulalah bertanya bila nak balik. Soalan yang paling susah nak jawab buat masa ni. Tak sampai hati nak menjawab pun. Aduhaiiii
Tambah pula jenis mak ayah duduk kampung yang tak berapa nak faham sangat situasi yang berlaku sekarang ni kan. Kita pula yang risau.
Apapun 11.11 tarikh yang cantik. Senang ingat siapa punya birthday harini.
Bertabahlah ye bagi yang telah merancang majlis. Ingat, perancangan Allah lebih baik. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Apa cerita 11.11 ni?
Tak ada apa cerita. Sale bersepah sepah je. Nak shopping, tak ada keperluan buat masa ni. Tak tahu lah kot terjebak juga. Lebih baik jangan buka apps lazada atau shopee. Tapi dua dua apps tu macam bakal dibuka sebab nak check status parcel dah sampai mana. Harap tak terjebak lah. Mohon jauh..shuhhh shuhhh
Kemurungan
Agak kemurungan bila mak call cakap abah sakit lagi. Naik ambulance sekali lagi. Nak balik tak boleh rentas negeri pula. Sudahnya asyik berfikir je lah pasal tu. Mampu berdoa dari jauh je lah. Semoga Abah kuat semangat dan Allah kurangkan sakit abah. Aaminnn...Dalam musim PKPB ni, Mak ayah kat kampung surely terkesan sama. Menanti anak cucu balik kampung macam biasa. Bila lama tak balik mulalah bertanya bila nak balik. Soalan yang paling susah nak jawab buat masa ni. Tak sampai hati nak menjawab pun. Aduhaiiii
Tambah pula jenis mak ayah duduk kampung yang tak berapa nak faham sangat situasi yang berlaku sekarang ni kan. Kita pula yang risau.
Apapun 11.11 tarikh yang cantik. Senang ingat siapa punya birthday harini.
Alahai mesti mengganggu fikir an pasal ayah sakit.
ReplyDeleteHarap tidak serius sangat.
Semoga abah cepat sembuh.
ReplyDelete11.11 ni sis tak tau nak shopping apa. Tak tahu apa yang perlu dan apa yang teringin. Nanti2 boleh buka Shopee kut..cuci mata..
Semoga Abah Fiza cepat sihat. Memang risau sangat, nak dijenguk bukan mudah2 nak rentas negeri.
ReplyDeleteAkak pun dah tertangguh tangguh nak balik kampung di Johor dek PKPB yang melarat dari KL Sgor ke hampir semua negeri pulak. Mak akak dah pasrah anak2 luar Johor tak dapat balik.
smoga dipermudahkan urusan abah dan cpt sembuh...11.11 husband je dok belek..ntah apa la dia nk shopping..die mmg suka shopping online
ReplyDeleteKalau parents sakit memang boleh murung.. risau.
ReplyDeleteKalau nak balik boleh je. Kena pergi balai polis minta surat kebenaran.
InsyaAllah boleh lepas. Kawan CP mohon untuk balik ziarah mak dia alhamdulillah lepas je.
Cik TK buka apps tu bila perlu cari barang je. Nasib baik tak terpengaruh dengan sale sale ni semua. hehe...
ReplyDeleteSemoga ayahnya cepat pulih.. moga dipermudah semua urusan...
Moga Ayahnya Fizah sihat dan baik-baik ajaa yaa.
ReplyDeleteSis 11.11 ke 12.12 ke apa je la angka nya memang tak kisah, sebab tak double digit pun kejenya nyoping gak hahahaha
Hahahaahaa... sis Lin memanggggg .. kah kah!
Deleteshopee tu tak bole layan sgt, nnt mesti ada jer yg berkenan..
ReplyDeleteSaya doakan ayah awak cepat sembuh. Ayah saya pon kurang sihat juga. Dah berumur ni mmg macam tu. Doakan yang terbaik untuk ayah-ayah kita
ptg ni br nak klik klik shopee :)
ReplyDeletetakde aim apa2. window shopping je, fiza.
hari ni beli KFC aje sempena 11.11 hahahaha..
ReplyDeletemoga abah fiza cepat sembuh hendaknya..ameen
Semoga Abah Fiza cepat kembali kepada keadaan yang seperti biasa.
ReplyDeleteMemang ibubapa di Kampung akan menanti-nanti kepulangan anak-anak balik.
Seharian kena buat persediaan kongsi ilmu untuk kuliah petang hari ni. Baru dapat bernafas lepas makan malam.
hari ni birthday anak kak pip yang ke-6 tahun.
ReplyDeleteHappy Birthday! Moga sihat selalu, dilimpahkan rezeki berganda, dan berjaya dunia akhirat... Amin
DeleteUish, moga dipermudahkan urusan kak Fiza sekeluarga... dan sembuh segera ayah akak ye.. AMIN... ok, dah lepas 11/11... Tak beli pape punnnn.. tunggu 12/12, plak lah. hahahahaha
ReplyDeleteHari-hari berdoa agar dapat balik ziarah keluarga Disember nanti. Tahun ini dah 3 kali tukar tarikh penerbangan!
ReplyDelete11.11 tu banyak beno promosi barangan sana sini. Belek sana belek sini berkali-kali, last tak satu pun yang berkenan nak beli.
Semoga abah Fizah diberikan kesembuhan.. Aamiin..
ReplyDelete11.11 memang tarikh yang cantik tapi tak terjebak pun.. Hehehe.. seronok tengok sale merata-rata..
Semoga abah Fiza dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Memang tak tenang hati bila mak ayah sakit di kampung, kita tak boleh nak buat apa kat sini.
ReplyDeleteMOga tabah ye fiza..doakan abah fiza sgera sembuh..
ReplyDeleteInshaa Allah kalau dpt pelepasan nnt blh la balik..
shida pn dah lama sgt xbalik kg suami..
sale 11.11 hahaha terjebak juga fiza..nnt share ape shida beli nnt..