Sinopsis Mael Totey The Movie Full. Apa Maksud Totey?

Mael Totey The Movie, Filem pertama arahan YouTuber Syahmi Sazli yang popular dengan menghasilkan cerita pendek dan drama spontan dalam loghat kelate (kelantan). Ada yang suka dan ada yang mengecam. Itu adat! Sebab kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Betul?

Well, bagi orang Kelate sudah tentunya berbangga dengan anak muda kelahiran Kelatan berjaya menghasilkan filem "Mael Totey The Movie" ni. Siapa sangka selepas 12 hari tayangan menerusi siaran Astro First, Filem Mael Totey berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.4 juta.

Sekaligus mencatat sejarah filem nombor satu terlaris pecah rekod file box office Polis Evo dan Hantu Kak Limah!. Dasyat betul.

Filem ber'genre' drama komedi ini telah ditayangkan di Astro First saluran 480 sejak 22 Oktober 2020 (release date) dengan harga langganan RM15.

Sipnopsis Mael Totey The Movie Full. Apa Maksud Totey?
sumber : Astro First

FILEM MAEL TOTEY THE MOVIE

Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2020
Siaran TV : Astro First saluran 480
Pengarah : Syahmi Sazli
Penerbit : Syahmi Sazli Production

Pelakon Mael Totey

Syahmi Sazli
Emaleen Minhad
Aween Ismail
Asif Suhaimi
Yoe Parey
Hushairi Hussain
Daler Yusof
Aznah Hamid
Kamarool Yusoff

SINOPSIS FILEM MAEL TOTEY THE MOVIE

Mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Apa Maksud Totey

Syahmi Sazli telah menjelaskan maksud 'Totey' bagi mengelak salah faham terutamanya mereka yang tak faham loghat kelantan. Maksud Totey hanyalah sekadar gelaran semata-mata yang sinonim dengan sesiapa yang bernama Mael. Maksudnya siapa yang bernama Mael di Kelantan, auto dapat gelaran Maal Totey. Begitulah ceritanya.

Kesimpulannya, ‘Totey’ hanya sekadar gelaran sahaja.

Ada yang dah tengok Mael Totey The Movie? Kalau saya tengok, confirm sepatah pun tak faham ni. Susah juga nak catch up loghat Kelate.

7 comments:

  1. Akak dah tengok, mungkin tak kena dengan jiwa sikit huhu..

    ReplyDelete
  2. Dh tgk dh ceta ni awl bulan ari tu.. okaylah boleh phm kn ada subtitle... hehehe

    ReplyDelete
  3. ahaha saya pun ada tanya kawan Kelantan apadia 'totey' tu..
    sebab kalau salah sebut jadi lain.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. tak tgk juga lagi.. so tatau how nak comment, nanti i review bila dah tgk

    ReplyDelete
  5. Kalau drama/filem yang menggunakan loghat ini, seeloknya ada sarikata bahasa melayu dibawahnya supaya yang menonton dapat lebih faham..

    ReplyDelete
  6. Tengok promo iklan menarik juga rasa hendak tengok.

    ReplyDelete
  7. Tgk dlm youtube slot yg sedia ada pn..okay la..fiza..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.