Tahap Pedas O-Meter Mengikut Negeri di Malaysia
Bagi seorang Fiza, kalau makanan tak pedas. Tak laju nak menghabiskan makanan. Rasa 'dull' sungguh makanan kalau tak pedas. Orang Johor kan! Dah terbiasa makan pedas dari kecil. Lepas tu kahwin dengan orang negeri sembilan yang memang kuat pedas. Double pedas gitu!
Betul ke tahap pedas kau orang mengikut kenegerian ni? Ini cerita dari zaman dulu lah kot kan. Generasi sekarang kebanyakkannya kurang makan pedas. Betul ke? Ada juga orang johor tak makan pedas. Begitu juga sebaliknya di negeri lain yang kurang pedas.
Ada yang kata makan pedas ni bagus untuk meningkatkan tahap metabolisma badan. Kandungan capsaicin dalam cili dikatakan mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya. Capsaicin juga merupakan kompoun bahan kimia yang terdapat dalam semua jenis cili memberikan rasa Pedas.
Mahu tak terbakar makan cili. Menjejes peluh keluar. Tak semua orang boleh tahan pedas. Jadi jika memudaratkan lebih baik lupakan saja makan pedas. Makan pedas kenalah ikut kesesuaian tahap pedas masing-masing.
kredit : google |
Tahap pedas-o-meter mengikut negeri di Malaysia
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Perlis
- Penang
- Selangor
- Kedah
- Perak
- Sabah
- Sarawak
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
Ada yang kata makan pedas ni bagus untuk meningkatkan tahap metabolisma badan. Kandungan capsaicin dalam cili dikatakan mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya. Capsaicin juga merupakan kompoun bahan kimia yang terdapat dalam semua jenis cili memberikan rasa Pedas.
Mahu tak terbakar makan cili. Menjejes peluh keluar. Tak semua orang boleh tahan pedas. Jadi jika memudaratkan lebih baik lupakan saja makan pedas. Makan pedas kenalah ikut kesesuaian tahap pedas masing-masing.
Cili yang popular ditanam di Malaysia
- Cili Besar (Capsicum annum)
- Cili Bengala (C. annum)
- Cili Padi (Capsicum frutescens)
Hasil dari kajian saintis di Chile mendapati :
- Jenis cili atau capsaicin yang paling pedas di dunia adalah dari veriety Red Savina (Guiness World Record) dari negara Chile
- Bagaimana pun kini telah pun terdapat jenis cili baru yang didakwa mempunyai 2 kali ganda kepedasan iaitu Naga Morich (Didakwa mempunyai capsaicin mencapai 970,000 SHU).
- Red Savina Habanero mempunyai kepedasan pada 577,000 Scoville Heat Unit antara jenis cili yang terpedas didunia yang dikaji secara saintifik.
- Di India pula terdapat jenis Naga Jolokia atau Tezpur yang didakwa mempunyai tahap kepedasan sehingga hampir menyamai Red Savinaa.
Bayangkan lah tahap kepedasan yang melebihi tahap kepedasan normal 16,000 SHU sahaja. Tak sanggup nak telan pedas tahap pedas terlampau tu.
Tahap kepedasan capsaicin yang telah dibuat kajian saintifik:
- C. chinensis - 970,000 SHU
- C. frutecens - 150,000 SHU (Ini jenis cili padi)
- C. annum - 100,000 SHU ( macam jenis Cili Kulai)
- C. pubecens - 50,000 SHU
- C. baccatum - 30,000 SHU
Suka makan pedas masakan tradisional. Tapi yang ramen pedas tu memang tak boleh tahan lansung tahap pedas dia. Berapi mulut!
kredit info : http://animhosnan.blogspot.com/2010/05/capsaicin-yang-pedas.html
Maggi pedas giler 2X pun akak tak boleh makan, Fiza. Maggi pedas giler yang biasa ok lagi. Fiza pernah try tak? Hui, meleleh ayor hidung. Hehe...
ReplyDeletesaya orang Selangor tpi tekak mmg kenot pedas2 hahaha..
ReplyDeleteBetul itu makan pedas laju bertambah makan.
ReplyDeleteTidak sangka Melaka tangga je-2. Mula-mula ingat gambarajah pasal susunan cili mengikut kepedasan rupanya negeri.
mesti ada sambal atau benda pedas kalau nak makan bertambah.. hee
ReplyDeleteOrang kelantan paling takut pedas.
ReplyDeletesampai jadi manis.
Wah! Tahap kepedasan Kak Amie ranking ke 6! Kira tahap sederhanalah tu...ahaks!
ReplyDeletelidah akak memang selangorian hehehe
ReplyDeleteSejak duduk kat Sabah ni dah kurang sikit tahan pedas berbanding bila duduk kat Semenanjung yg tahap pedas orang negeri.
ReplyDeletePerut pun pandai berubah.
saya suka makan pedas tapi level sederhana je la..hehe
ReplyDeleteNismilan mmg kaya dgn tahap kepedasan dlm masakan..
ReplyDelete