Tahniah Neelofa dan PU Riz. Akhirnya Terjawab Persoalan.

Baru baru ni Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group telah membuat keputusan untuk berniqab. Ramai yang memuji dan menyokong keputusan Neelofa berubah penampilan yang lebih baik. 

Ada juga sebahagian artis yang juga mengikut jejak langkah Neelofa untuk berniqab. Alhamdulillah. Ikutan yang baik.

Berniqab bukan satu keputusan yang mudah untuk seorang Neelofar yang kini namanya tengah top, duta produk dan jenama antarabangsa lagi. Pasti sukar untuk dia meneruskan kerjayanya. 

Tapi di saat namanya tengah top, dia berani untuk berubah demi mencari akhirat yang dikejar. Perubahan penampilan Neelofar juga dikaitkan dengan hubungan Naelofar dengan PU Riz. Baguslah kan ada orang membimbing ke arah yang lebih baik. 
Saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan- Neelofa.
Siapa yang tak kenal dengan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, salah seorang peserta program Pencetus Ummah tahun 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon. 

Hubungan  Neelofa dan PU Riz agak tular di media sosial kebelakangan ni. Kelibat PU Riz di mana mana dengan Neelofa terutamanya masa perkahwinan adik Neelofa baru baru ni.

Tapi Neelofa dan PU Riz tidak pernah memberikan komen samada mengiyakan atau menafikan hubungan mereka berdua. Macam biasa jawapan klise dia, hanya rakan kerja dan selalu bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan.

Selain itu aktif juga dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan oleh Neelofa tu. No wonder lah macamana bibit bibit cinta dan perubahan itu boleh terjadi. 

Semalam pula dok scroll di explore instagram memang penuh gambar Neelofa dan PU Riz. Rupanya keluarga Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz. Tujuaannya apa? 

Katanya kunjungan tersebut adalah majlis merisik yang dibuat secara sederhana untuk keluarga terdekat sahaja. Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting orang.

Ada yang mengatakan Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada penghujung Mac 2021. 

Akan tetapi Neelofa dan PU Riz belum membuat sebarang kenyataan rasmi lagi tapi hint-hint sah tu ada dari posting ibu Neelofa sendiri.

Neelofa dan PU Riz Bertunang


“Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.

“Aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” 


Sumber : astroawani

Nampak perbezaan seorang Neelofa yang dulu dan sekarang. Bukan hanya penampilan berubah, dia punya percakapan pun dah nampak juga perubahan tu. Semoga istiqomah. Orang nak bina masjid ni doakanlah yang baik baik.

Bukan peminat Neelofar tapi suka tengok Neelofar yang sekarang. Pakai Niqab pun nampak aura cantik dia.

Ramai yang tertanya tanya siapalah jodoh Neelofa ni. Ramai yang jangka jodoh Neelofa ni orang have have je ada gelaran Dato' atau Datuk baru padan dengan dia. Siapa sangka, jodoh Allah berikan yang terbaik buat dia. 

Akhirnya terjawab juga persoalan. Tahniah Neelofa,31 dan PU Riz,25. Jarak umur bukan halangannya. Soal jodoh, siapalah kita untuk menentukan. Kalau dah jodoh, tak kemana. Jodoh pun tak pernah salah alamat.

16 comments:

  1. Dah agak dah kan...apapun jom doakan yg terbaik untuk keduanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah kerap sangat sama sama dalam satu majlis family, mesti dah boleh agak dah kan. betul, doakan yang terbaik.

      Delete
  2. Wah sebelum ini tiada kata apa-apa.
    Kalau emak Neelofa cakap, ada restu, insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. kalau dah ibunya berkias begitu. ada lah maksud tersirat disitu.

      Delete
  3. Alhamdulillah...kalau betul bagus la.. :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan hingga ke hari diijabkabulkan.

    ReplyDelete
  5. Dah semakin nyata bayangan jodohnya. Rizalman dah hint-hint 😊

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga jodoh berpanjangan. Aku jugak yang masih single. Eh tetibe. Haha

    ReplyDelete
  7. tahniah semoga berpanjangan jodoh buat mereka!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.