12 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Dunia Online Marketing

Online marketing bukan lagi benda baru dalam dunia bisnes di zaman serba moden ni. Seiring dengan zaman teknologi yang serba canggih, para usahawan mahupun pemilik bisnes kecil kecilan dah mula berjinak jinak dengan dunia online marketing.

Online Marketing

Online marketing adalah satu strategi pemasaran untuk mempromosikan jenama atau jualan produk dengan menggunakan internet marketing (pemasaran digital) secara lebih meluas serata dunia. Bila market dia meluas serata dunia, maka jualan pun akan turut meningkat jika kena dengan cara yang betul.

Go Get Space Website Design Malaysia

Banyak cara boleh digunakan untuk pemasaran digital. Contohnya seperti website, blog, media sosial (facebook, instagram, twitter, whatsapp, telegram dan sebagainya). Semua tu dapat memudahkan jual beli dan komunikasi antara penjual dan pembeli.

Tapi untuk berjaya dalam dunia online marketing ni bukan main redah je. Kenalah ambil tahu dan faham tentang asas-asas pemasaran digital yang betul untuk pergi lebih jauh lagi. Nah, isi rahsia bagaimana untuk berjaya dalam online marketing.

12 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Dunia Online Marketing

1. Buat Konten Bernilai/Berkualiti

Konten adalah kunci utama dalam online marketing. Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan lagi strategi online marketing. Macamana konten boleh membantu dalam online marketing, antaranya :
  • Menjana trafik (SEO) 
  • Memudahkan berhubung dengan pengguna media sosial (pemasaran media sosial) 
  • Sebahagian kempen e-mel (pemasaran e-mel) 
  • Digunakan dalam promosi dalam talian (SEM) 
  • Digunakan untuk mendapatkan pelanggan baru (lead generation)
Dengan kekuatan sesebuah konten dapat meningkatkan lagi strategi bisnes online. Untuk memastikan konten strategi tu lebih berkesan, boleh ikut panduan perkongsian di bawah.
  • Konten yang asli membantu membina kredibiliti
  • Menyiarkan konten secara berkala sambil mengekalkan standard yang sama untuk menambah nilai kepercayaan dan kesetiaan 
  • Penceritaan adalah satu proses untuk membawa audience lebih mendalam memahami topik
  • konten bersasar dibuat untuk disasarkan kepada kumpulan tertentu, ia berdasarkan kepada minat dan persoalan mereka, yang mana perlu untuk mengenalpasti dan memahami kumpulan tersebut.
  • Sesebuah konten tidak dinilai berdasarkan kepada panjang atau pendek konten tersebut
  • Konten yang berkualiti lebih penting daripada kuantiti  
  • Konten juga perlu tepat, sahih dan menarik

2. Terokai Bentuk Konten Yang Berbeza

Sebut pasal konten, sudah pastinya ramai yang memiliki blog. Kebanyakkan apa yang dikongsikan di blog berdasarkan fakta dan pengalaman. Setiap blog ada daya tarikan tersendiri dengan format konten yang berbeza dengan yang lain. 

Untuk nampak lebih menonjol dari yang lain boleh mulakan dengan buat video, reka bentuk grafik, podcast dan sebagainya untuk menghasilkan konten yang lebih menarik bagi  meningkatkan online marketing.

3. Memperbaiki Website Design

Memiliki website dapat meningkatkan pemasaran online dengan lebih berkesan. Pastikan website berfungsi dengan baik dan mudah dilayari pengguna. 

Reka bentuk website mestilah responsif dan mesra pengguna seperti Website Design Malaysia. Kalau nak buat website dengan Website Price Malaysia yang berpatutan boleh gunakan servis Website Design Malaysia Go Get Space.

Website Design Malaysia Go Get Space

4. Mengoptimumkan Website Untuk Mobile

Setiap website design perlu mengoptimumkan website untuk pengguna smartphone. Memandangkan zaman sekarang zaman teknologi. Sudah pastinya ramai pengguna memiliki smartphone. Sebahagian besar pengunjung website adalah daripada mobile.

Jadi, amatlah rugi jika website tidak dioptimumkan untuk mobile. Kalau kurang faham tentang ni, boleh juga gunakan servis Go Get Space yang lebih pakar tentang selok belok Website Design Malaysia terkini.

5. Menjadi Influencer

Menjadi influencer, online marketing terbaru yang wujud dalam dunia bisnes. Bukan lagi asing dan agak popular sejak beberapa tahun ni. Menjadi seorang yang berpengaruh kuat memerlukan masa untuk mencipta satu identiti dan niche sendiri. 

Media Sosial adalah kaedah terbaik untuk influencer mewujudkan pengaruh. Tapi sebelum jadi seorang influencer, kenalah mempunyai kepercayaan dan kredibiliti.

6. Berinteraksi Secara Online

Pernah dengar 'communication is the key'? Ianya juga penting dalam dunia online marketing. Untuk memantapkan lagi online marketing, boleh menggunakan kaedah perbualan dan juga soal jawab di media sosial samada secara live, komen atau email.

Peluang berinteraksi dengan kumpulan sasaran perlu digunakan sebaiknya, kerana secara tidak lansung ia mengeratkan ikatan perhubungan. Dari situ boleh membina pengaruh dan mendapatkan kesetiaan serta kepercayaan.

7. Up-to-date Dengan Teknologi Terkini

Perlu diingat, online marketing sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan teknologi yang ada. Pelbagai aplikasi telah diperkenalkan untuk memudahkan pengguna. 

Jadi, setiap online marketer perlu sentiasa up-to-date dengan terknologi terkini untuk sentiasa aktif mempromosikan bisnes di website,blog mahupun media sosial.

8. Menggunakan kuasa google

Siapa yang tak kenal google. Terkenal di serata dunia. Google menawarkan pelbagai marketing tools untuk membantu dalam online marketing. 

Jika ada bajet lebih, boleh gunakan kempen berbayar (Goole Adwords). Google Analytics pula boleh digunakan untuk pantau prestasi website.

9. Memahami Sosial Media

Dalam online marketing, sosial media adalah asas yang perlu difahami. Sosial media sangat membantu dalam menyebarkan konten, penunjuk dan menjana trafik serta membantu membina jenama dan pengaruh.

Sosial media juga adalah online marketing yang sangat berkesan dan mudah. Boleh juga gunakan untuk mempromosikan bisnes secara iklan berbayar.

10. Pengaruh Kuasa Call-To-Action (CTA)

Setiap online marketing perlu ada matlamat dan merancang strategi online marketing yang betul. Matlamatnya adalah untuk mempengaruhi pengguna untuk klik pada CTA, iaitu butang atau link yang disediakan untuk 'close sale' dalam jualan.

11. Menggunakan iklan berbayar

Iklan berbayar mampu membantu menyasarkan iklan kepada sasaran tertentu secara advance. Pengiklanan yang kreatif dan menarik terutamanya yang mengandungi gambar dan video dapat memberikan kuasa tarikan untuk menekan CTA. Pengaruh iklan juga penting.

12. Pantau dan Analisa

Pemantauan perlu dibuat untuk melengkapkan lagi strategi online marketing dengan lebih berkesan. Analisa setiap kaedah atau teknik yang digunakan untuk meningkatkan online bisnes. Ia memudahkan juga untuk merancang strategi seterusnya dimasa akan datang.

Dapat sesuatu tak dalam artikel ni? Harap dapat membantu.


10 comments:

  1. good tips fiza, pada sesiapa yang betul2 serius untuk mencari pendapatan atas talian, memang kena mahir perkara2 tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius pun kena penting juga tu untuk berjaya capai matlamat :)

      Delete
  2. Akak baru belajar guna google analytics, dan ada baca sana sini, untuk improve blog. :)

    ReplyDelete
  3. Good sharing fiza... tak dinafikan yg tercatat di atas semuanya benar belaka.. tp syukur jugaklah teknologi skrg mmg byk memudahkan glgn usahawan.. nak tak nak je lg

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing. sangat berguna tips ni untuk saya

    ReplyDelete
  5. kena lengkap ada 12 ciri ciri ni baru boleh berjaya kan

    ReplyDelete
  6. info yang sangat berguna untuk para peniaga atau pengamal media yang hendak bergerak jauh dalam pemasaran digital..

    ReplyDelete
  7. Meriah sungguh berniaga atas talian. Pelanggan pun rasa seronok untuk berurusan. Tips ini sangat membantu mereka yang minat menjadi usahawan.

    ReplyDelete
  8. bukan senang nak buat online marketing yg penting kena rajin berusaha. nice sharing :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.