Doily Kait dan Fridge Magnet

Semalam, sampai satu bungkusan kemas dibungkus dengan kertas minyak. Nak kata tebal tak tebal, nak kata nipis tak nipis. Apakah? Tengok kiriman dari Perak. 

Dah boleh agak dah bungkusan dari siapa. Siapa lagi kalau bukan Kak Nur. Dapat kiriman doily kait dan juga fridge Magnet Pangkor Fishing Village Malaysia.

Hadiah sempena jadi top komentator blog Kak Nur.

Doily Kait dan Fridge Magnet

Secebis nota dari Kak Nur
Dear Fizah,
harap Fizah sudi terima hadiah ikhlas dari akak, sehelai doily kecil, hasil kait akak sendiri, juga sebiji fridge magnet. Terima kasih kerana selalu singgah blog akak dan tinggalkan komen. 
Dari, 
Kak Nur
-Kisah Seorang Slow Runner-
Mula kenal blog Kak Nur beberapa bulan lepas masa blogwalking. Lepas tu terus rajin singgah blog Kak Nur. Suka semangat Kak Nur buat cabaran aktiviti senaman sihat. Jump rope, plank, squad, back kick, star jump, jogging dan banyak lagi lah.

Molek sangat lah ikut gaya hidup sihat Kak Nur. Jeles pulak kita tengok Kak Nur maintain sihat maintain kurus gitu. Tahun baru ni bolehlah kita ikut jejak Kak Nur. Eh, esok je pun dah tahun baru. Amacam? Berani ke?

Doily kait

Dari nota Kak Nur, Kak Nur kait sendiri doily kait ni. Kagum betul dengan Kak Nur. Dalam kesibukan sempat juga dia kaitkan hadiah hadiah untuk top komentator blog beliau. 

Kemas betul hasil kait Kak Nur. Macam know know je saya suka dengan doily ni. Warna pink pulak tu, warna favourite. Boleh lah saya buat props photography saya. 

Doily kait mengingatkan saya zaman suka mengait dulu. Pernah lah kait guna benang kait minlon, sempat jugalah siaplah alas TV, bentuk V bentuk macam gugusan anggur gitu. Entah mana pergi pun tak tahu lah.

Nak mengait semula memang taklah, buat basic tali air ke apa entah orang panggil. Itu pun dah boleh gagal kalau nak buat semula. Mengait ni kena ada minat dan masa, barulah menjadi. Ada beberapa jenis benang kait yang biasa digunakan bergantung pada jenis hasil yang nak dihasilkan.

Jenis Jenis benang kait

  • benang kait polyester
  • benang kait acrylic
  • benang kait minlon
  • benang kait cotton
  • benang kait nylon

Paling ingat jenama benang kait minlon tu lah. 

Fridge Magnet

Yeay, bertambah satu lagi koleksi fridge magnet. Koleksi kedua fridge magnet Pangkor. Tak pernah sampai Pangkor, dapat fridge magnet pun jadilah. Feeling like macam dah pernah pergi gitu.

Terima kasih banyak-banyak Kak Nur. Walaupun Kak Nur kata Kak Nur slow runner tapi hebat jika dibandingkan dengan saya yang tak capai tahap runner lagi. 

Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan dan berterusan. Aaminnn....


8 comments:

  1. Warna kegemaran Fiza.
    Rupanya Fiza pernah mengait.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Fizah, buat entri tentang ni. Wah, Fizah pun pandai mengait dulu. Tapi air tu, omputih panggil chain. Tima kasih, atas doa dan ucapan. Aminnn... semoga Fizah juga murah rejeki dan sihat selalu. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.