Drama Derhaka Cinta Jebat

Drama DERHAKA CINTA JEBAT episod 1 mula bersiaran di Slot Widuri TV1 RTM, Isnin-Khamis jam 6:00 petang. Dibintangi oleh Azlee Khairi bergandingan dengan Alvina Mohamad sebanyak 26 episod. 

Diarahkan oleh Ejump Mohd dan diterbitan oleh Suhan Movies & Trading. Drama cinta jebat adaptasi dari karya novel cik tet. 

derhaka cinta jebat full episode

DRAMA DERHAKA CINTA JEBAT

Jumlah episod : 26
Mula siaran : 3 Januari 2022
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 6:00 petang
Siaran TV : Slot Widuri TV1 RTM
Penulis skrip : Syed Mohaamaad Taufik Syed Abdul
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain
  • Elvina Mohamad sebagai Aisyah Humairah
  • Ikmal Amry sebagai Tuah
  • Jasper Supayah sebagai Cemelia
  • Faez Nick sebagai Iqbal
  • Ikhwan Rosli sebagai Salim
  • Nina Fazurina sebagai Amira
  • Puteri A'teeqah Ayu sebagai Suria
  • Mimi Edina sebagai Inara
  • Hannah Qiassatina sebagai Fatihah
  • Daniel Fong
  • Bohari Ibrahim
  • Wilma Muhammad

SINOPSIS DERHAKA CINTA JEBAT

Disebabkan perasaan dendam, salah faham dan ego yang tinggi melangit, Jebat Zulkarnain sanggup menzalimi isterinya sendiri, Aisyah Humaira.

Jebat bijak mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya sehingga mereka berkahwin dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa, Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia bercinta dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. 

Aisyah benar-benar kecewa kerana Jebat mendustai cintanya. Dia berkahwin dengan Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. 

Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. 

Masih adakah ruang untuk Jebat memiliki cinta Aisyah? Mampukah Aisyah memaafkan Jebat?

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.