Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1-40(Akhir) Lakonan Uqasha Senrose & Syukri Yahaya

Drama bersiri Rindu Awak Separuh Nyawa akan ditayangkan di Slot Megadrama Astro Ria lakonan Syukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa ni adaptasi novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rosmizah yang telah diterbitkan pada tahun 2016. 

Karya Siti Rosmizah jarang tak best. Salah satu yang letop dan didramakan adalah Drama 7 hari mencintaiku. Hero yang sama tapi heroin yang berbeza. Drama bersiri sebanyak 40 episod ni diarahkan oleh Jamal Khan dan Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd. 

Terbaru : Drama Rindu Awak Separuh Nyawa ditambah 8 episod lagi.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1-40(Akhir) Lakonan Uqasha Senrose & Syukri Yahaya

DRAMA RINDU SEPARUH NYAWA

Jumlah Episod : 40
Waktu Tayangan : 23 Mac 2021 (Expected)
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
Penulis Skrip : Rozie Rashid & Amka Ahmad
Penulis Novel : Siti Rosmizah
Pengarah : Jamal Khan, Along Kamaludin
Produksi : SR One Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
  • Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
  • Fizo Omar sebagai Aidil
  • Marsha Milan sebagai Nurul Huda
  • Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
  • Aida Khalida sebagai Puan Norida
  • Ikhlas Jalil sebagai Izudin
  • Norreen Iman sebagai Qistina
  • Fiza Thomas sebagai Sally
  • Fauzi Nawawi sebagai Kasim
  • Fareez Hazwan sebagai Malek
  • Lisdawati sebagai Datin Shidah
  • Aleza Shadan sebagai Esah
  • Noorkhiriah sebagai Kak Munah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
  • Munira sebagai AzmidaPuteri Rafasya sebagai Mah / Putri
  • Rahim Jailani sebagai Dato Halim
  • Khaty Azian Sebagai Datin Khaty
  • Fara Nadiah sebagai Manja/Fatin
  • Farouk Hussain sebagai Kader Salem
  • Farez Ridzwan sebagai Agil
  • Silfeny Osman sebagai Anis

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Mengisahkan tentang seorang anak tunggal yang hidup dalam keluarga berada bernama Kasih Maisara. Dia mempunyai sikap yang sangat angkuh dan sombong. 

Kasih Maisara menyimpan dendam dengan ayahnya, Datuk Raqib kerana menyebabkan kematian ibunya. Untuk melepaskan dendamnya, dia menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil sebagai kambing hitam.

Maisara merancang berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba di hari majlis pertunangan, Maisara membatalkannya dengan sengaja. Kecewa Aidil dibuatnya. Walaupun kecewa, Aidil masih menyimpan perasaan sayang pada Maisara. 

Adakah Maisara akan menerima Aidil dalam hidupnya?

Dalam satu kejadian, Maisara telah melanggar seorang lelaki di dalam kampus yang bernama Nazril Nazim. Nazril Nazim adalah kawan kepada Aidil. Aidil meminta tolong Nazril Nazim untuk menyerahkan sepucuk surat kepada Maisara, itulah kali kedua mereka berjumpa selepas insiden tu.

Kemudian kawan Maisara mencabar Maisara untuk menjadikan Nazril Nazim sebagai suaminya. Apakah yang akan terjadi antara Maisara dan Nazril Nazim seterusnya?

Lagu Tema/ OST Rindu Awak Separuh Nyawa

Lirik Lagu Rindu Separuh Nyawa - Naqiu ft Vanessa Reynauld

Terpisah kita... 
Angkara dusta... cinta 
Luluh jiwa dan raga 
Saat dikau tiada 

Di kala... 
rindu ini membara 
Ku pandang bintang 
Wajah menjelma 

Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Ku pandang bintang 
Wajahmu menjelma 

Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa
 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Duhai nyawa...

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Rindu_Awak_Separuh_Nyawa

10 comments:

  1. siti rosmizah ni xtaulah kalau buat novel mmg kompom meletop.. so bila diadaptasi ke drama mmglah follower siti rosmizah ni akn melekat je dpn tv.. x gitu fiza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakmim. Pelakon pun okay. Tak sabar nak tengok drama ni.

      Delete
  2. wow menarik citer ni mama tak tgk lagi

    ReplyDelete
  3. Uqasha Senrose ni makin lama berlakon makin ok pula. Dulu2 lakonannya kaku-kaku.

    ReplyDelete
  4. Tak follow drama ni lama tak tgk drama melayu ni

    ReplyDelete
  5. Pergh!! 40 episod tu.. lelah nak ikut.. hehehe

    ReplyDelete
  6. uhuk..uhuk..astro kot..xley tgk la gini ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.