Embun Pagi Di Kampung

Ambil gambar dah jadi satu hobi. Lagi lagi bila ambil gambar outdoor. Tak perlu struggle beria sebab natural light ni dah mengcukupi. Lighting is the key dalam photography. Tanpa cahaya, kelam dan kurang sharp gambar tu.

Setiap pagi berpagian di kampung tak lepaskan peluang ambil gambar sebarang satu dua keping untuk simpanan dan mengasah skill kononnya. Pantang nampak bunga cantik, pantang nampak moment yang macam best untuk ditangkap.

Ready..1,2,3. click! Nasiblah siapa yang bakal menjadi mangsa tangkapan lensa kamera handphone. Nak ada DSLR besar pula modalnya. Tapi dapat upgrade ke iPhone 12 Pro Max pun dah memadai kot. Terus lupa DSLR, padahal harga lebih kurang je kot.

Moment pagi yang paling indah selain kabus, embun pun menarik perhatian juga. Kalau ada macro lens gerenti lagi menarik titisan embun bila digambarkan. Embun in english disebut dew.



[em.bun] | امبون
Definisi : 1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk);
2. wap air yg telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll); ~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tahukah?

Embun betina berbentuk kecil kecil rintik embunnya. Embun jantan, embun yang lebat dan besar titiknya. Embun wujud pada kabus waktu pagi. Kemudian embun mulai kering lebih kurang pukul 7 pagi.

Dalam mencari info embun, baru tahu ada embun betina, embun jantan. Macam tu pulak ye. Ke wujud hanya untuk peribahasa sahaja? Mohon pencerahan.

Peribahasa yang ada kaitan dengan EMBUN

Embun betina : Embun yang kecil-kecil
Embun jantan : Embun yang besar-besar
Embun di hujung rumput : Sesuatu yang tidak kekal
Kutu embun : Seseorang yang suka merayau-rayau sehingga lewat malam

Cakap pasal embun, teringat juga dialog dalam cerita P.Ramlee Do Re Mi tu.
Jebon tu apa?
Jebon tu nenek ko
Nenek aku cik embun, bukan jebon.

14 comments:

  1. Peribahasa melayu kan, sangat indah..org dulu2 nak mengaitkan sesuatu dgn sesuatu tu cukup kena dgn situasi cth kutu embun tu, kutu kan mmg merayap2, embun tu plak nak ceritakan punya lama merayap sampai turun embun..kagum sungguh dgn peribahasa melayu. Rugi budak2 sekarang dah tak arif dgn peribahasa melayu kita yg indah ni.
    Btw..cantik gambar embun tu,kalau dapat gambar embun setitis atas daun pun cantik.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha lawak ar Jebon tu hahaha..
    Syoknyaaa duduk kampung...nikmatt hirup udara segar...

    ReplyDelete
  3. embun di hujung rumput

    Maksud: Sesuatu yang tidak kekal.

    Contoh ayat: Perkahwinan Lee dan Nina bertahan cuma sebulan seperti embun di hujung rumput.

    ReplyDelete
  4. suka ambik embun slow2 dengan jari.. best sangat perasaan tu hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah dah sampai kampung ye Fiza? Enjoy yourself...

    ReplyDelete
  6. Embun di pagi buta... Menebarkan bau basah... Detik demi detik kuhitung... Inikah saat kupergi?

    cer teka cer teka lirik lagu apa??? hehehehe

    selamat bercuti fiza

    ReplyDelete
  7. Embun pagi memang menarik fiza..sejuk damai :)
    fiza mmg pro ambil gmbar tau! suka tgk hasilnya :)

    ReplyDelete
  8. syoknya balik kampung.....

    walaupun harga lbh kurang sama, DSLR cuma boleh tangkap gambar je, iPhone 12 pro max mcm2 boleh buat..

    ReplyDelete
  9. baru tahu embun pun ada jantan betina.. tahu semua tu nama embun saja.
    kadang2 kalo yang jenis bergantung kt benda2 mcm kt penyepit baju tu suka p kacau main dengan air dia..

    ReplyDelete
  10. Betul baru tahu pengertian embun betina dan jantan. Hehe, embun betina titik kecil rupanya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.