Gua dan Batu Penyu Bukit Meriem Felda Aping

Baru baru ni perasan ada geng hikers kongsikan gambar gua dan Batu Penyu Bukit Meriem Felda Aping di media sosial. Cantik betul tempat prasejarah ni dijadikan satu daya tarikan untuk mereka yang suka hiking.

Kalaulah gua dan Batu Penyu Bukit Meriem Felda Aping ni dekat dengan rumah, laju ke dah ke sana. Bila jauh, kita hanya mampu melihat dari jauh dalam gambar je lah.


Gua dan Batu Penyu Bukit Meriem prasejarah di Felda bukit Aping Timur

Tempat yang menarik untuk dikunjungi ni terletak di antara Felda Bukit Aping Barat dan Gugusan Waha di Kota Tinggi, Johor. 

Jarak dari kawasan perumahan dan lokasi lebih kurang 1km sahaja seperti yang dikatakan oleh mereka yang dah pernah sampai sini.

Diberi nama batu penyu mungkin disebabkan ada sebuah batu besar yang berbentuk penyu. Bukit Meriem tu saya tak pastu datangnya dari mana. Belum mengkaji lagi.

Batu Penyu Bukit Meriem Felda Aping
kredit : to respective owner


Selain permandangan yang cantik dan ada batu penyu besar tu. Struktur batu besar yang sangat rare menarik perhatian betul. Tak pernah lagi nampak struktur batu yang sebegini. Lain dari yang lain.

Dari atas nampak cantik betul struktur batu ni, kan? Geng hiking, jangan lupa singgah sini. Saya dah pencen hiking. Ni kalau nak hiking semula, pewai!


8 comments:

  1. cantiknya view esp yg atas batu besar tu?? kalau pakai drone tu lg lah lawa kan?

    ReplyDelete
  2. Lawa gambar atas batu tu...
    Memang rare batu bentuk penyu tu kan.

    ReplyDelete
  3. Wow, lawa tempatnya. Dia orang tu tak rasa gayat ke, duduk tepi batu curam macam tu (gambar first dan last)? Akak tengok macam gayat je.

    ReplyDelete
  4. ooh, felda simpang waha tu tempat kanda wak yg tua ., tapi wak pon dh pencen hiking jugak., ;p

    ReplyDelete
  5. cantik gmbr yg di abadikan di batu penyu tu

    ReplyDelete
  6. Batu tu memang nampak bentuk kepala penyu.

    ReplyDelete
  7. cantiknya tempat ni ....i baru nak starts hiking.. hopefully satu hari sampai sni

    ReplyDelete
  8. Macam mencabar Bukit Meriam.
    Panjang nama.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.