Hukum mengucapkan Selamat Hari Natal/ Merry Christmas
Hari Natal tahun ni jatuh pada hari jumaat. Maka, ramailah ambil cuti hari jumaat. Boleh cuti long weekend terus sampai ahad. Semalam lagi dah ramai cuti awal dan balik kampung sementara masih boleh merentas negeri. Ikut SOP tak tu?
Tahun ni semua perayaan disambut dalam norma baru. Seadanya sahaja. Tak boleh dah nak kumpul ramai ramai macam kebiasaan.
Apa hukum ucapan Merry Christmas? Persoalan yang seringkali menjadi isu.
Tahun ni semua perayaan disambut dalam norma baru. Seadanya sahaja. Tak boleh dah nak kumpul ramai ramai macam kebiasaan.
Apa hukum ucapan Merry Christmas? Persoalan yang seringkali menjadi isu.
kredit : Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Al Bakri |
Kenyataan Mufti Wilayah : Hukum mengucapkan Merry Christmas/ Selamat Hari Natal
Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar sebagaimana yang telah dilampirkan, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat, adalah harus dengan meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan.Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007’:
“Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”
Kami menguatkan hujah ini melalui kenyataan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fil Islam antara lain menyebut:
Kami menguatkan hujah ini melalui kenyataan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fil Islam antara lain menyebut:
“Jika kita hendak menyimpulkan ajaran-ajaran Islam dalam tindakannya terhadap orang-orang yang menyalahinya dalam lingkungan apa yang halal dan apa yang haram, maka memadailah kita berpegang kepada dua ayat daripada al-Quran al-Karim yang boleh dianggap sebagai prinsip yang menyeluruh, sebagaimana firman Allah SWT:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ. إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil.Sesungguhnya Allah SWT hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah al-Mumtahanah (8-9)
Ayat yang pertama di atas tidak hanya menggalakkan seseorang berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Muslim, yang tidak memerangi, iaitu tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Muslimin dalam agamanya.
Penerangan penuh boleh baca dalam link ini : https://muftiwp.gov.my/artikel/tahqiq-al-masail/2919-tahqiq-masail-7-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian
Ayat yang pertama di atas tidak hanya menggalakkan seseorang berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Muslim, yang tidak memerangi, iaitu tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Muslimin dalam agamanya.
Penerangan penuh boleh baca dalam link ini : https://muftiwp.gov.my/artikel/tahqiq-al-masail/2919-tahqiq-masail-7-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian
Kadang ada selebriti/orang terkenal melayu dan islam ni memang nampak sangat macam celebrate, dalam rumah pun siap ada pokok krismas.. hmm..
ReplyDeleteSelamat long weekend fiza 😘
yang extra sedih.. bukan stakat ucapkan all the wishes tapi siap join sambut. hahaha.. tataula nak kata apa bila tengok yang dewasa2 yang patut tahu tu lebih dari orang yang sepatutnya sambut hehe..
ReplyDeletemy family kawen campur, so in order to respect each other.. we are celebrating
ReplyDeleteyep, kadang2 serba salah juga., lgpon ipar duai wak pon ada yg agama kristian., huhuhu
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteSekadar wish di mulut je dgn kwn2 tp xde lah smpai celebrate.. tp kalo diorg jemput open house pegi jugak 😊😊 rindu nk g open house.. thn ni xde open house 😅
ReplyDeleteUcap apabila perlu. Ok faham jangan mengagungkan.
ReplyDelete