Jasmine & Rose Bud Tea Dengan Kemanisan Daun Stevia

Feeling good sangat dapat menikmati aroma jasmine dan rose bud bersama kemanisan daun stevia. Bukan sekali, bukan dua kali tapi dah banyak kali juga minum teh bunga kering. Antara teh bunga pernah Fiza cuba adalah rose bud, lavender, apple flower dan roselle.


Berminat nak tahu, bolehlah baca entry lama tahun 2015 tu. Flower tea pemberian ex schoolmate. Schoolmate pun dah tak jual dah flower tea tu. Fiza pun beli lah di shopee. Mana lagi kalau bukan tempat shopping online favourite rakyat jelata. Tak boleh hadap lama-lama shopee tu nanti entah apa lagi masuk bakul angkat sendiri.

Fiza beli dried jasmine bud, dried rose bud dan juga dried stevia leaf. Boleh tak nak cakap, tergoda membeli sebab jar yang comel dengan ikatan tali jut tu. Motif dia nak buat props gambar lah tu kan? Ye, tak syak lagi. Pantang nampak benda comel dan cantik. Semua dia nak buat props.



Tengok air dengan bunga-bungaan macam ni mampu membuatkan hati berbunga bunga juga kan? Air dah menarik dah. Rasa dia menarik tak? Okay mari kita cerita satu-satu rasa air bunga-bungaan kering dengan kemanisan daun stevia ni.

Dried Stevia Leaf

Stevia, spesis herba yang dikenali juga dengan nama sweetleaf, sugarleaf dan sweet herb. Stevia adalah pemanis semulajadi pengganti gula yang jauh lebih manis dan lebih sihat. Biasa nampak kalau produk kesihatan banyak menggunakan stevia sebagai pemanis.

Ini pertama kali cuba buat air menggunakan daun stevia kering. Nak tahu apa rasa dia? Macamana eh nak describe. Rasa dia manis yang light je. Sederhana manis macam tu dalam masa yang sama macam rasa daun teh pun ada.

Bagus ni kalau nak minum teh tanpa gula. Letak daun stevia ni pun dah cukup kalau tengah diet rindu nak minum air teh manis sikit.

Dried Stevia Leaf

Dried Rose Tea

Lepas dah rasa air stevia tu, Fiza letakkan dried rose bud tea. Aroma dried rose bud ni kalau dah letak dalam air panas memang best bau dia. Aromaterapi sangat! Rasa macam duduk spa sambil berehat santai. Kalau dah biasa dengan flavour rose, tak jadi masalah rasa teh rose bud dengan stevia ni.

Dried Rose Tea

Dried Jasmine Bud

Pertama kali juga cuba dried jasmine bud. Rasa dia agak sedikit kelat. Tapi bila dah campur dengan daun stevia rasa dia lebih baik. Lebih kurang macam green tea tanpa gula juga.

Dried Jasmine Bud

Yang tak biasa dengan teh tanpa gula mesti kau orang rasa pelik semacam. Yang dah biasa, tak ada masalah bab rasa tu. Nak rasa masam masam sikit boleh tambah hirisan lemon. 

10 comments:

  1. Teh rose kering pernah rasa. Ok ler. Boleh layan. Lebih suka kopi dari teh. :)

    ReplyDelete
  2. Maybe I should give a try. Minuman-minuman herba ni memang banyak bagi manfaat even dari segi dalaman dan luaran.

    ReplyDelete
  3. biasanya minum green tea je tanpa gula..aish

    ReplyDelete
  4. pernah try teh rose ni. chinese opismate kasi..

    ReplyDelete
  5. Baru sahaja berjinak minum the tanpa gula. Boleh minum rupanya.
    Akak minum teh hijau dan kamomil. Wah lepas ini boleh cuba bunga ros atau lavender.

    ReplyDelete
  6. Kakmim br jugak stat minum green tea tanpa gula... teh ros minum letak gula.. hihi... tp teh mcm gambar² fiza tu x penah try lg

    ReplyDelete
  7. Kak Amie dah biasa minum tanpa gula. Teh tanpa gula. Lemon tanpa gula. Tapi sesekali bergula juga.... gula batu.

    ReplyDelete
  8. tak pernah try lagi. kalau green tea memang boleh minum tanpa gula..hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.