Kabus Pagi

Pagi ni sempat lah menangkap gambar permandangan kabus sepanjang jalan dari Kuala Pilah ke Seremban. Bila ambil gambar dari dalam kereta ni banyak halangan dia. Selain cermin, kelajuan kereta pun boleh tahan struggle juga.
[ka.bus] | کابوس
Definisi :
1. wap air yg kelihatan spt asap yg ber­ada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis;
2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus.
-(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bagaimana Kabus Terjadi?

Wap air yang berada dekat dipermukaan tanah terkondensasai dan membentuk seperti awan. Ini kerana hawa dingin dan kadar kelembapan hampir kepada 100% yang membuatkan wap air terkondensasi.

Kabus tebal pula dipanggil kabut. Kabut pula awan yang bersentuh dengan tanah dan penglihatan kurang jelas dalam 1km berbanding kabus kurang 2km. Untuk perbandingan, kabus kelihatan agak kebiruan manakala kabut keperangan dilihat dari jauh.

Nak tangkap secara tepat memang tak lah. Dapat lah sekeping dua yang elok selepas di edit sikit. Tengok gambar raw senget benget betul tak ikut rules of thirds photography lansung. Janji lawa, ye tak?

Permandangan kabus pagi yang cantik. Sejuk mata memandang. Sejuk lagi terasa sampai ke tulang. Sejuk oii tidur malam kat kampung. Bergabung pula dengan air cond. Lain macam sojuk eh.

Kabus Pagi
1/800 sec at f/2.2, ISO 32 4.15mm iPhone 6s back camera

Kebetulan tangkapan mengena di salah sebuah rumah. Rumah bentuk heksagon depan tu. Unik! Sayang gambar kurang sharp. Tangan gegar satu hal pula ye. Janji ada modal buat entry pagi ni. Idea entah merayau pergi mana entah.
Kabus Pagi
sebelum 8 pagi


Kabus bergabung dengan asap bakar sampah tepi tu. Awal pagi dah bakar sampah, tercemar udara pagi yang segar. 

Tiba-tiba rasa dunia blog macam hambar. Semua orang sibuk tengah sibuk. Ke diri sendiri yang sibuk tak sempat nak menjengah blog sangat. 


22 comments:

  1. Kak suka baca definition kabus tu.
    Ya memang mencabar ambil gambar atau video dalam kenderaan bergerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. info dari Dewan bahasa memang menarik untuk di ambil tahu.
      mencabar dan redha dengan hasilnya :)

      Delete
  2. Cantik gambar Fizah ambik. Persekitaran macam sesuai untuk jogging. Dengan bukit lagi, cantik pemandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Kawasan kampung berbukit ni cantik untuk jogging tapi bahaya sikit kalau jogging kat jalan utama ni.

      Delete
  3. Cantiknya rumah tu, tapi macam takda orang tinggal pulak :)

    ReplyDelete
  4. Masih nice bagi Aien gambar akak. Semua tengah struggle susun hidup balik sebelum 2021. semoga semuanya dipermudahkan laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aien. Betul Aien, semuanya struggle demi meneruskan kehidupan.
      Aaminnn...

      Delete
  5. alamak, kabus elok2 nyaman tiba2 ada bau bakar sampah , hmm spoiled mood

    ReplyDelete
  6. wahhh cantikkk! dapat tangkap gambar kabus tu..haah, unik sangat rumah tu..ingatkan rumah fiza tadi..rumah orang rupanya...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. in real lagi cantik kabusnya tu. antara rumah yang unik sepanjang perjalanan. Kebetulan dapat tangkap. Rumah siapalah tu kan.

      Delete
  7. Mungkin ramai blogger tengah sibuk bercuti, menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah. Tu yang busy tak nampak batang hidung. Hehe. Lagi2 kami di selangor dan kl ni. Sedang menikmati kebenaran rentas negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga, menghabiskan sisa 2020 ni. Sementara masih boleh rentas negeri.

      Delete
  8. Replies
    1. saya balik Johor haritu kerap hujan dan berkabus pagi juga wak. Tempat wak lama tak hujan ke?

      Delete
  9. Lamo tak poie nogori.. sejak atok dah meninggal lama....

    ReplyDelete
  10. cantik rumah tu... laman pun luas... best kalau buat family gathering.. fiza ambik gamba apa pun cantik

    ReplyDelete
  11. Sini setiap pagi berkabus sebab petang je ujan.. sejuk je..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.