Percubaan Buat Dan Guna Baja Yakult, Telur dan Ajinomoto

Kemain beria nak cuba cara buat baja guna telur, yakult dan ajinomoto yang viral tu untuk suburkan tanaman. Ada yang dah cuba ke diy baja untuk suburkan tanaman guna yakult, telur dan ajinomoto yang pernah saya kongsikan sebelum ni?

Macamana hasilnya, okay ke tidak? Saya pun baru nak mencuba nak tengok keberkesanan baja untuk suburkan tanaman tu. Dengan semangatnya masa beli barang dapur, beli sekali beli yakult dan ajinomoto. 

Telur masih ada stok lagi kat rumah. Jadi, tak perlu beli lagi. Lepas dah campurkan sebotol yakult, 2 biji telur dan ajinomoto dalam satu bekas. Goncang bagi keluar berbuih banyak. Memang berbuih banyak lah naik seinci dari sebelumnya. 

Saya biarkan semalaman je. Dah itu pesanan yang ditulis. Tapi tak campurkan dengan air dengan 10 liter sebab tak ada bekas besar. Campur dengan 1 liter air biasa je. Derhaka sangat kan dengan resipi asal baja tu.

Dengan alasan, nanti bila masukkan dalam botol spray tambah lagi air. Boleh tak gitu? Asal boleh je kan. Kalau tak jadi, dah tahu dah mana silapnya. Sila jangan tiru aksi ini di rumah. Ikut cara asal okay.

Percubaan Buat Dan Guna Baja Yakult, Telur dan Ajinomoto


Apa jadi lepas wembur baja yakult, telur dan ajinomoto?

Nak tahu apa jadi, kenalah tunggu hasilnya sebab baru 2 kali je pun saya sembur baja tu. Masih tak nampak lagi kesannya.

Tapi kan, yang tak bestnya baja ni dia mengeluarkan bau hanyir telur sikit dan bau masam yakult tu. Ye lah kan, bahan tu diperam. Telur mentah diperam, haruslah berbau sikit.

Pada saya, baja ni sesuai untuk disemburkan untuk tanaman outdoor yang kawasannya luas supaya bau tu tak berapa nak bau sangat. Kalau jenis rumah taman yang ruangnya tak berapa nak besar sangat dan outdoor jenis tertutup sikit, dinasihatkan sembur sikit-sikit je.

Tanaman indoor tak digalakkan untuk sembur baja ni melainkan pengaliran udara dalam rumah okay. Kalau jenis tahan bau takpa. Kalau jenis sensitif bau macam saya, lebih baik jangan sambur. Nanti tak selesa pula duduk dalam rumah terbau something yang tak best.

Guna air basuhan beras untuk suburkan Tanaman

Ada cara lain lagi untuk suburkan tanaman dengan menggunakan air siraman beras. Yang ni mungkin lebih sesuai untuk tanaman indoor. Yang pastinya lebih menjimatkan dan lebih mudah nak sediakan. Yaa betul!

11 comments:

  1. Err. ok, dapat imagine it! Baunya tu . sy mmg x letak pokok dlm rumah.. mak x bagi...

    ReplyDelete
  2. tak cuba lagi...housemate guna ezgrow pulak..haha

    ReplyDelete
  3. Menarik, tapi bab ada bau hanyir tu yg xbest kan...

    ReplyDelete
  4. Ya betul sesangat, air beras tu. Akk mmg lebih suka guna air beras, bukan saja jimat tapi lebih mudah dan takde bau. Akk tak suka kerja cerewet2 ni, haha.
    Tapi akk untuk pokok2 bunga selalu guna stok baja yg ensomi bawak balik dari pejabat dia, stok baja sampel dari pembekal baja mmg selalu dapat.

    ReplyDelete
  5. Boleh bayangkan bau dia. Semoga berjaya je fiza. Maybe next time bahan lain tu ikut ratio air jugak. If 1/10 untuk air, lain pun amik 1/10 jugak. Ewah. Tau teori je. Bab praktikal tak berapa pandai kalau gardening ni

    ReplyDelete
  6. saya dah pernah guna tips buat baja dengan ajinomoto, pernah juga guna kulit telur dan biasa juga siram pokok dengan air basuhan beras, alhamdulillah, setakat ini semuanya baik untuk pokok-pokok di rumah.Paling jimat dan mudah sebenarnya guna kulit telur yang kita keringkan, kemudian blend sampai halus. simpan dalam bekas yg sesuai, tabur kat tanah seminggu atau sebulan sekali.Boleh juga tabur kat tanah yang kita nak guna tanam pokok, InshaAllah.tanaman tumbuh subur dan hijau:)

    ReplyDelete
  7. Senang air beras sebab hari-hari masak nasi.
    Betullah itu abah letak air yakult dan telur untuk tananan luar.

    ReplyDelete
  8. dah try memang terus gemok pokok bayam brazil ku hehehe

    ReplyDelete
  9. Anak-anak Kak nanti mengamuk tengok kalau maknya guna yakult bagi tanaman bukan diorang hehehehe...

    ReplyDelete
  10. sha selalu guna air basuhan ebras je untuk tanaman.. emmang subur cantik..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.