Resipi Sotong Sardin Tumis Pedas

Macam lama je tak makan sotong sardin. Timbullah rasa teringin nak makan sotong sardin. Ingat lagi masa kecil mak pernah masak sotong sardin ni pedas pedas, sedap betul! Masakan mak, mana pernah tak sedap.

Siap siap senaraikan dalam senarai barang yang nak dibeli. Beli yang kecil je lah untuk makan berdua. Ikutkan saiz tin kecil ni untuk 3 orang makan secara adil dan saksama. Tapi disebabkan sedap, untuk dua orang je lah cukupnya. Tamak yang tak rugi ni. Dapat makan lebih.

Sesekali je lah kita masak makanan dalam tin, menu sardin simple. Walaupun tin kecil, harga dia tak sekecil yang disangka. Satu tin kecil 170g lebih kurang RM6-RM7 macam tu. Harga berbeza di setiap kedai. Lebih kurang harga ikan sardin juga. 

Sotong Sardin Rex Halal

Fiza biasa beli jenama REX berlabel sotong dalam kicap soya tapi panggil sotong sardin. Ada logo halal di situ ye. Gambar di bawah ni selepas tin dibuka. Ada kepingan sotong yang besar. Tak faham kenapa pembuka tin dia dibawah.

Sudahnya nak ambil gambar, terbalik tulisan label tu.

Sotong Sardin Rex Halal

Sebelum masak, kau orang kena carik-carikan kepingan sotong besar tu menjadi kecil macam ni. Baru sedap dan mudah nak makan nanti. Nampaklah isi sotong sardin tu banyak sikit. Air dia Fiza tak buang sebab nak campurkan sikit masa masak nanti.

Isi Sotong Sardin

Resipi Sotong Sardin Tumis Pedas

Bahan-bahan

1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Cili api (sukat ikut tahap kepedasan masing-masing)
3 biji asam belimbing buluh (boleh gantikan dengan asam keping atau pes asam jawa)
garam secubit
1/2 cawan air sikit
4 sudu minyak masak untuk menumis

Cara masak sotong sardin tumis pedas

Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan cili api. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi sampai garing. Kemudian masukkan sotong, air, garam dan juga asam belimbing. Kacau rata dan biarkan masak.

Kalau suka kering, tak perlu tambah air banyak ye. Hidangan sotong sardin sedap makan dengan nasi panas-panas. Ini cara masak sardin tin bujang je ni. Mudah sangat tak ada protokol dan pantang larang.

Resipi Sotong Sardin Tumis Pedas

11 comments:

  1. Wah letak belimbing buluh.
    Sejujurnya tidak pernah masak sotong sardin.

    ReplyDelete
  2. Akak x pernah rasa lagi sotong sardin..nanti la nak cuba..

    ReplyDelete
  3. Biasa nampak sotong dalam tin ni kat kedai. Tak pernah beli pula.
    Nampak sedap juga tu, Fiza. :)

    ReplyDelete
  4. Mula baca tajuk, akk bayangkan masak sotong campur dgn sardin dlm tin tu,haha. Sbb akk tak pernah jumpa sotong dlm tin camni, atau mgkn tak perasan agaknya. Tapi akk rasa akk tentu lebih suka sotong fresh je.

    ReplyDelete
  5. kecil-kecil tp harganya x kecil kan... ada stok kat umh ni setin tapi x mkn pn lagi... kalo mak kakmim suka tumis balik masak kicap tp kalo sendiri buat mst x sebest mcm yg mak buat.. hihi

    ReplyDelete
  6. housemate akak suka ni..dia pernah masak untuk kitorang guna sotong dalam tin ni..

    ReplyDelete
  7. Beza betul harga sardin Sotong ni banding dulu2 masa kita remaja kan Fiza.

    ReplyDelete
  8. Uihh mcm tu ye rupa dia..shida first time tgk sotong sardin..

    ReplyDelete
  9. Nampak lembut sotong tu. Pernah makan sotong tin tapi sekali dua saja.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.