Resipi Udang Galah Goreng Berlada

Menghabiskan stok udang galah yang mak bagi masa balik kampung haritu. 2 ekor udang masak lemak cili api. Hari ni kita guna resipi udang galah goreng berlada. Yang 2 ekor ni saiz dia besar sikit daripada masak lemak haritu. Besar sikit daripada tapak tangan.

Nak masak lemak cili api, haritu dah masak dah. Tukar selera masak udang galah goreng berlada pula lah. Udang galah ni masak apa pun sedap. 

Rasa udang galah sungai yang manis ni tu yang buat lagi sedap. Udang galah ni beli dari orang kampung yang suka menangkap hasil sungai. Bila musim ada lah rezeki dapat udang galah. Kalau takde, memang tak ada lansung. 

Cara Bersihkan Udang Galah

Cara nak siang udang galah pun kena ada caranya. Kena buang tahi belakang udang tu, Buang kulit udang sikit dan belah, keluarkan tahi udang yang panjang tu. 

Bahagian kepala pun kena keluarkan kotoran juga. Apa nama dia entah. Mak saya pantang betul kalau tak buang dua kotoran tu dari udang. Kena siang dan basuh bersih bersih pesan mak.

Resipi Udang Galah Goreng Berlada


Bahan-Bahan

Udang Galah
cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
1 cawan air
1 keping asam keping

Cara Penyediaan

Tabur garam sikit pada udang yang telah dibersihkan. Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu sampai agak masak. Udang galah ni ambil masa sikit nak masak. 

Sambil tunggu udang masak boleh blend atau tumbuk bawang putih, bawang merah, cili api dan juga kunyit hidup.

Bila udang dah masak, angkat, tos dan ketepikan. Kurangkan minyak goreng udang tadi, tinggalkan untuk menumis. Tumis bahan bahan tumbuk tadi sampai garing, masukkan garam sikit dan juga asam keping. Masukkan udang dan juga air. Kacau rata dan biarkan udang masak.

Saya taburkan daun bawang penambah accesorise masakan. Memandangkan daun bawang sepasu comel tu makin meninggi. Dari di cantas untuk maintain hidup subur, baik gunakan untuk masakkan.

Tujuan goreng udang galah dulu sebab nak bagi rasa garing udang goreng tu. Boleh juga masukkan udang galah mentah selepas menumis tu. Ikut selera masing-masing. Tambah air untuk masakkan betul betul udang galah tu.

Udang galah kalau tak masak betul betul dia akan jadi tak sedap. Isi hancur macam tak masak. Sebaiknya biar masak lama sikit masak betul baru sedap rasa kenyal dan lembut isi udang galah tu. Dia bukan macam udang biasa yang masak sekejap je. 

Kulit pun bukan main keras lagi. Ingat lagi, masa kecil selalu kena tegur jangan makan otak udang nanti jadi macam peribahasa otak udang. Tak pasal pasal je kan. Biasalah zaman kecil kecil, mudah meresap kata kata orang tua.

Otak udang sebenarnya memang tak bagus dimakan pun. Kolestrol tinggi tu. Tak sesuai untuk orang diet. Sekali sekala merasa sikit okaylah. Saya pun tak boleh makan banyak otak udang ni. Rasa nak muntah kalau termakan banyak. Sekadaran je lah sebaiknya.




5 comments:

  1. Pelbagai resipi udang galah dah Fiza kongsikan ni. Next time boleh try. Setakat ni husband belum pergi pancing lagi. Huhu. Tak boleh lah nak masak lagi.

    ReplyDelete
  2. akak lak tak suka otak udang..tak pandai pun ye jugak...sekali aje pernah try hari tu dekat renaissance sebab udang dia kemain besau..sekali tu je lah, lepas tu takde dah..hahaha

    ReplyDelete
  3. Udang galahhhh. dapnyaaa.. jarang makan kalau kat rumah... kecuali bila ada food review .. merasa la udang galah ni... tapi otak udang.. memang kurengg minat

    ReplyDelete
  4. Alamak baru tadi lupa diri hisap2 otak udang opppsss. Masih berbakti lagi Bawang yang Fiza tanam tu.

    ReplyDelete
  5. Menggodanya udang tu... masak kari pun sedapppp... suka otak udang... dr kecik² dulu suka... hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.