Roti Canai Frozen Pun Sedap Juga

Dulu, sangat skeptikal untuk mencuba roti canai frozen. Mungkin dulu pernah cuba roti canai frozen yang tak sedap. Keras kematu bila dimasak dan dipanaskan. Sekarang dah boleh terima roti canai frozen. Sedap juga rupanya.

Roti Canai

Roti canai adalah sejenis roti leper yang berbentuk bulat yang terkenal di negara Asia Tenggara. Dijadikan hidangan sebagai makan pagi, tengahari, petang dan juga makan malam.

Dihidangkan bersama kuah kacang dal, kari ataupun sambal ikan bilis. Tambah lagi ada teh tarik. memang mavellous!

Perkataan canai adalah dari perbuatan pencanai roti, maksudnya meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Fakta lain pula, canai ni asalnya dari jenis kacang dal yang digunakan iaitu 'channal'. Lagi satu, katanya canai tu datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti berasal dari India.

Di India dan Singapura, roti canai lebih dikenali dengan nama roti prata. 


Cerita tentang roti canai ni, skeptikal juga nak makan roti canai di kedai mamak. Bukan seorang yang suka makan di kedai mamak. Dia punya imagination bila mamak tu mencanai tu buat rasa kembang tekak terus. Kebersihan diutamakan.

Dulu lagi lah tak boleh terima roti canai di mana mana kedai melainkan mak punya roti canai. Masa kecil dulu mak abah buka warung kedai kopi. Mak penebar roti canai handalan. Tak delah handal pun. Saja je cakap pun. Kira kedai roti canai legend lah. Lama dah pencen menebar. Rindu nak makan roti canai mak.

Tak boleh nak request. Malas nak memenatkan mak. Sesekali teringin roti canai, kenalah cari kedai roti canai yang sedap dan diyakini bersih.

Roti canai frozen husband beli masa balik Pilah sebelum ni. Beli dekat Melang. Dah buang pula label tu. Kalau beli lagi nanti Fiza share okay. Dalam satu bungkus ada 5 keping.

Lepas dah masak, letak minyak sikit. Lepas angkat tu kena kepit dan tepuk macam kat kedai tu. Barulah sedap makan. Mak pun pernah buat macam tu dulu.

Tak plan nak makan roti canai. Kuah pun tak ada. Makan roti canai kosong je lah. Pun sedap juga. Sedap roti canai dimakan panas panas dan rangup.


15 comments:

  1. menarik pulak fakta last tentang nama canai tu..macam relevan jugak..akak ada seorang kawan yang tak pernah makan roti canai kat luar, tak kisah la mamak ke melayu, sebab dari kecik mak ayah dia ajar makan biar kat rumah sebab lebih dipercayai halalan toyyiban nya..jadi mak ayah dia memang pandai buat semua termasuk menebar roti canai..kalo anak2 teringin, haa menebar lahh kat rumah..tak tahu la sampai sekarang ni dia masih berpegang dengan prinsip tu ke tak..

    ReplyDelete
  2. beli di kedai yang sebelah petronas tu ek? rindunya pilah..lama dah tak ke sana sejak WFH..pengasuh anak pun dah rindu ayu

    ReplyDelete
  3. betul tu..kengkadang takut nak beli yg frozen sebab keras kejung

    ReplyDelete
  4. betul fiza..bkn nk kata la..roti canai frozen bkn kaleng2 ..shida amik hat tesco je..pn okay je mkn..cicah pula dgn kari daging pekat2..fuh!

    ReplyDelete
  5. Saya rajin juga beli yang instan, kadang cicah dengan gula atau susu pekat manis pun okey juga ,sedap :)

    ReplyDelete
  6. Samalah tak boleh masuk kedai mamak. Roti canai segera ni kadang buat stok jugak. Kalau ada buat kuah kari boleh regu dengan roti canai.

    ReplyDelete
  7. Mmg selalu ada stok roti canai segera kat rumah ni... maklumlah anak ramai tengah kuat makan. Tak kira masa nak order makan. Selalu buat roti tampal kat diorang. Goreng telur mata...pap roti canak segera goreng garing atasnya... sorang sekeping tak cukup

    ReplyDelete
  8. Adik ada perkenalkan jenama Fatihah. Roti canai ini sedap walaupun sudah sejuk, masih lembut.
    Fobia kalau makan roti canai keras

    ReplyDelete
  9. wow! your mom pandai buat roti canai, ada belajar tak ? tapi actually frozen pun mmg sedap... i agree

    ReplyDelete
  10. Oh, sekarang akak faham kenapa Fiza kurang suka makan di mamak. Sebab akak cuba bayangkan juga. Hehe.. ok. Faham, faham. :)
    Roti canai frozen adalah salah satu benda ada dalam peti ais bila anak sekolah. Sebab dia sarapan senang nak sediakan. Lagi satu, pecah telor atas tu, jadi roti telur. Sedap juga!

    ReplyDelete
  11. To be honest actually roti canai orang Melayu buat lagi sedap dan lagi lembut. Arwah nenek dulu pandai buat. Tapi bak kata Saiful apek dalam cerita Senario, tak semua orang boleh buat roti canai ni

    ReplyDelete
  12. Lama dah Kak tak makan roti canai.
    Ada dulu nenek saudara dia pandai buat roti canai yang sedap frozen.

    ReplyDelete
  13. Makan roti canai ngn sos je... klu dh xde kuah sgt.. haha..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.