Telefilem Kifarah Buta

Seperti biasa, hujung minggu disajikan dengan telefilem yang menarik di kaca TV. Yang suka menonton telefilem boleh layan telefilem Kifarah Buta lakonan Azmi Saat, Farisha Iris, Fareez Fauzi, Coki dan ramai lagi.

Telefilem ni akan bersiaran pada hari sabtu nanti, 12 Disember 2020 jam 9:00 malam di Astro Citra dan Citra HD. Telefilem Kifarah Buta diarahkan oleh pengarah Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Ari Zaharie Production & Knack-Knack Studios.

Telefilem Kifarah Buta
sumber : Astro Citra

TELEFILEM KIFARAH BUTA

Waktu Siaran : 12 Disember 2020 (Sabtu), jam 9 malam
Siaran TV : Astro Citra HD 108 dan SD 128
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar dan Ctna Marzuki
Pengarah : Hashim Rejab
Penerbit : Arie Zaharie Production & Knack-Knack Studios

PELAKON

  • Azmi Saat
  • Farisha Iris
  • Fadh Majid
  • Izzmad Harun
  • Fareez Fauzi
  • Coki
  • Zali Shuhali
  • Din Latah

SINOPSIS KIFARAH BUTA

Zahid hidup bersendirian dan berdikari walaupun serba kekurangan. Minat Zahid terhadap muzik membawanya kepada Suraya, seorang gadis yang menjadi mangsa ketamakan abangnya sendiri, Kamal, yang kehilangan pandangannya secara beransur. 

Zahid menjadi tempat Suraya berkongsi cerita, impian dan cita-cita sehingga ketamakan Kamal mula mengancam keselamatan Suraya. 

Kehadiran Fikri, seorang eksekutif muda yang bencikan pengemis dan orang kurang upaya mengubah hidup Kamal yang selalu selalu mengemis untuk dadah dan hiburan.

13 comments:

  1. Memang nak tengok... sebab orang yang bebetul buta yang berlakon..

    ReplyDelete
  2. Azmi dah berlakon sekarang ya, hebat azmi 👏

    ReplyDelete
  3. astro cerita best2 , tapi un tak der astro.. bca review jer la

    ReplyDelete
  4. cita ni , i tggu org review dulu baru nak tgk :)

    ReplyDelete
  5. dari sinopsis nya menarik, ada unsur2 pengajaran hidup disitu

    ReplyDelete
  6. tgk ceta ni mlm tu kat umah mak.. pastu ceta x abis tp dh balik.. sampai umah x sambung pulak tgk lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Macam kena amati betul Jalan cerita dia untuk faham.

    ReplyDelete
  8. Baca review awak nie, nampak filem nie menarik untuk ditonton sebab ada kisah tersirat di sebaliknya..

    ReplyDelete
  9. Akhir-akhir ini tak sempat dah nak tonton tv huhuhuuuu...

    ReplyDelete
  10. kalo netflix makin banyak cite korea muncul, astro lak makin banyak cite melayu baru...

    ReplyDelete
  11. Akak musykil, camana dia baca skrip. Guna braille ke, susah juga production dia nak sediakan ye. Sama kes macam note muzik, camana dia ingat, kan, banyak lagu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.