Header Ads

You Memang Sangat Cute!

Siapa suruh you cute sangat! Haaa kan dah kena termasuk dalam gambar. Ini kalau ada macro lens for smartphone tu mesti lagi cantik kejadian gambar ni.

Nak menabung untuk beli macro lens lah untuk outdoor photography. Boleh juga ambil gambar serangga tercomel macam si ladybug ni.

Ladybug atau ladybird ek?

Ladybug dan ladybird adalah spesis yang sama. Nama ladybugs lebih dikenali di Utara Amerika dan dikenali dengan nama Ladybirds di Britain. Dikenali juga dengan nama ladyburd beetles atau lady beetles.

Ladybug atau ladybird

Rasa macam dah lama tak nampak ladybug in real. Macam dah pupus pulak spesis ladybug ni. Bila nampak terus cepat cepat snap sebelum dia terbang dan berlalu pergi.

Short and quick entry je lah pagi sabtu ni. Bila bersiaran di kampung ni entry pendek pendek je. Boleh jengah kejap kejap je. Banyak aktiviti nak dibuat.

Lepas tu kesana, kesini dengan macam macam urusan. Ada masa berlunjur kaki berehat baru lah taip sepatah dua kata. Berpatah patah kata dah nampaknya ni.

Masing masing emo eh tengok cerita Cinta Sekali lagi tu. Sabar sabar, isnin depan episod akhir cinta sekali lagi. 

هناك 16 تعليقًا:

  1. jarangkan nampak ladybug, itu setuju, tapi kalau sesekali ternampak , excited!

    ردحذف
  2. Boleh tangkap gambar lady bug yang kecil.
    Oh ya kalau sudah di kampung pasti kita hendak buat aktiviti-aktiviti yang tidak dapat buat di rumah.

    ردحذف
  3. Wah seronoknya fiza dapat balik kampung, macam2 lah tu altivitinya bersama keluarga, aktiviti utama mesti masak dan makan betul tak, pastu pusing2 keliling rumah nampak plak si lady bug comey tu.

    ردحذف
  4. cute giler ladybug ni..ada jumpa sekali kt jenjarom..

    ردحذف
  5. Oh, ingat ke sape, cute tu. Rumah akak ada juga nampak ladybird. Biasa nak ambik gambar je, tak sempat, dia dah terbang. :)

    ردحذف
  6. ladybird! dr mak sampailah ke anak suka je tangkap ladibird pastu simpan dlm bekas.. kesian ladybird x bernafas.. hehe

    ردحذف
  7. Macam jarang dah jumpa sekarang ladybug nih..

    ردحذف
  8. Lawa gambar ladybug fizah. Balik kg memang tak dan nak rehat..byk aktiviti hehehe

    ردحذف
  9. Sekarang nie dah jarang jumpa ladybird nie, tapi memang comel sangat-sangat..

    ردحذف
  10. teringat dulu ada pakai baju brand ladybird, bila dh masuk tadika baru tahu.

    ladybird kerap masuk rumah lps tu mati begitu di dinding.

    ردحذف
  11. Kecik2 dulu selalu jumpa serangga kecil comel merah hitam di atas dau berbulu... daun terung kot!

    ردحذف
  12. dulu kecik2 suka tangkap dia letak kat tapak tangan..berebut2 dengan sepupu sepapat..skang rumah kat kampung da takde hutan belakang dah..so tak banyak dah benda ni..jarang dah jumpa..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.