Beryl's Gourmet Milk Compound Chocolate Sedap Tak Terkata

Rahsia resepi popis viral sedap adalah topping popis chocolatenya lah. Topping paling mudah ready to use adalah dengan menggunakan Beryl's Gourmet milk compound chocolate. Gerenti sedap popis buatan kau orang tu nanti. Percayalah...

Jenis Jenis Beryls Gourmet

  • Milk Compound Chocolate
  • Dark Compound Chocolate
  • White Chocolate blend
  • Chocolate blend

Saya beli milk compound chocolate. Rasa susu coklat sesuai untuk dipelbagaikan dengan menu lain. Motif utama beli memang nak buat topping popis pun. Gunanya sikit je pun. Tapi beli 1kg punya. 

Dah itu je saiz kecil yang ada. Milk compound chocolate beryl's 250g tak ada. Takpe, stok lebih tu boleh digunakan untuk menu lain. Jenuh lah fikir nak buat apa lagi dengan stok coklat beryl's ni.

Sudahnya guna untuk sapuan roti ala ala nutella dan buat topping donut. Dah 2 kali buat donut topping chocolate. Badan pun mengembang macam donut bagai dipam pam. 

Tambah pulak makan chocolate. Aduhaiii..berat mata memandang, berat lagi menanggung berat ni. Haha..awasss..sila insof!

Harga beryl's milk chocolate compound

Harga dia RM17.90. Harga berbeza di setiap kedai. Selagi rajin nak survey harga boleh jumpa yang lagi murah. Haritu survey kat shopee, search filter pilih negeri. 

Then chat dengan seller kedai kat mana, kebetulan dekat terus pergi kedai beli. Senang tak payah pos dan tak payah risau rosak masa delivery.

Beryl's Gourmet Milk Compound Chocolate

Beryls gourmet coklat leleh ni sedap tau kalau buat topping kek tornado leleh ataupun kek coklat mousse. Memang padu rasa coklat dia. 

Coklat serbaguna untuk kek dan pastri. Sesuailah untuk mereka yang berniaga tu. Senang ready to use. Tak perlu bancuh coklat dah.

Tapi mostly bakeri memang guna coklat jenis macam ni. Cuma brand berbeza lah. So far coklat beryl's sedap kot, kan?

Halal Certified Beryl's Gourmet Milk Compound Chocolate

Halal Certified

Ingredients:
Sugar, Vegetable Fat, Whey Powder, Cocoa Powder, Full Cream Milk Powder, Emulsifier (Soya Lecithin E322 & E476), Natural Vanilla.
May contain traces of nuts and milk protein.

Allergen Information:
Made by equipment that also process products that contains milk protein, peanuts, other nuts, sesame, egg and cereals containing gluten.

Storage Condition:
Store in cool and dry place. Best between 15℃-20℃.
With high temperature, some oil may appear on the surface. Stir before use if necessary.
Eh lupa nak kongsi kat mana beli beryls milk chocolate compound ni. Beli dekat Pembekal Bakeri Kuala Pilah sebelah kedai Lemon Vanilla Bakery sebaris KFC. Atau kau orang boleh beli online di shopee ,cari pembekalbahanbakerionline. 

Tapi tengok dah sold out pulak masa nak cari maklumat harga dia. Takpe, boleh survey kat shopee. Banyak je muncul. Shopee kan macam-macam ada.

13 comments:

  1. brand ni pun nmpk nya dah semakin kedepan... mungkin diorg dah improve kn dr segi kualiti dan rs... pengusaha bakeri tempatan pn dah mula akui brand ni yg sblm ni dipandang sepi...ni pandangan sy je��

    ReplyDelete
  2. Takde gambar isi dalam dia Fiza?
    Akak ni memang tak berapa tau benda gini, ‘rajin’ sangat memasak kan..hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau buat kek coklat leleh, memang suka pakai coklat beryls untuk topping dia.. lebih sedap..

    ReplyDelete
  4. Pembungkusan dalam bentuk baldi kecil nampak menarik. Awal-awal Bayangkan dalam bentuk blok yang kena cairkan. Boleh ini buat untuk sapu roti juga.

    ReplyDelete
  5. jrg mkn coklat beryl's tp kalo buat cookies or brownies ada beli la coklatnya utk masuk dlm adunan

    ReplyDelete
  6. cousin ada guna ni untuk topping.. kalau dia bawak balik kg mesti mintak sikit hahaha.. sedap makan gitu pun sedap dah..

    ReplyDelete
  7. Kalau coklat begini tak panjang umurnya di dapur Kak Amie. Firdaus suka makan begitu saja heheheee.

    ReplyDelete
  8. sedap buat topping kek. nanti nak try cari..hehe

    ReplyDelete
  9. Oh, buat topping kek atau donut. Akak tak tahu, sebab jarang buat kek, kalau makan kek, selalu. Hehe..

    ReplyDelete
  10. ohh kat bakery supplier sini ada tapi tak pernah pulak nak beli..rupanya dalam dia macam nutella la ek...

    ReplyDelete
  11. baker yg buat premium mmg suka guna ni... kalu buat kek batik tu mst premium rasanya... buatlah fiza... hehehe

    ReplyDelete
  12. semua sedap! tp pkp ni kedai tutup. nk mkn kena cari di shopee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.