Biskut Panjang @Biskut Lutut

Biskut panjang, lebih dikenali dengan nama biskut lutut. Siapa yang tak kenal dengan biskut lutut kegemaran ramai sejak zaman berzaman. 

Bukan hanya menepati selera orang zaman dulu, generasi sekarang pun dah pandai makan biskut lutut. Biskut lutut cicah air kopi atau teh panas, hidangan klasik zaman dulu. 

Bila tetamu datang, hidangkan biskut lutut dengan air kopi panas pun dah cukup. Dijadikan juga sebagai minum petang. Duduk pulak kat pangkin. Nostalgia sungguh haihh. 

Biskut lutut

Roti lutut ni ada banyak nama dan panggilan berbeza mengikut negeri dan tempat masing-masing. Biskut panjang, biskut kepala lutut, biskut keras, biskut mayat dan juga roti kok. 

Itulah nama-nama panggilan biskut lutut ni. Ke ada nama lain lagi?

Apakah nama biskut lutut in english? Takkan knee biscuit kot? Biskut lutut ada jenis biskut lutut gula dan biskut lutut bulat juga.

Biskut lutut ni keras, sebab tu kena cicah dengan air panas. Bagi lembut dan mudah untuk makan. Saua bukanlah penggemar biskut lutut ni tapi kalau ada, makan je. 

Baru-baru ni mak mentua ada bagi biskut lutut azan/ biskut panjang azan. Only in Kuala Pilah. Tapi ada perasan ada dijual di shopee. 



Biskut Lutut Azan

Biskut lutut azan ni adalah produk keluaran bumiputera. Bentuk biskut azan juga berbeza, dia panjang dan nipis sikit dari biskut lutut yang biasa. 

Dipanggil juga dengan nama Long Rusks atau biscottes lounges. Tekstur dia juga lebih licin dan lebih nampak menarik lah. 



Sebenarnya pertama kali tahu kewujudan roti panjang azan/ roti lutut azan ni. Husband kata roti ni famous kat Kuala Pilah. Kita bukan orang pilah memang tak tahu dan bukan penggemar. 

Pertama kali juga nampak roti lutut dijual dalam pek lawa macam ni. Biasanya kan dalam pek lutsinar tu je. 

Keistimewaan Biskut lutut Azan

1. Halal
2. Keluaran Bumiputera
3. 100% menggunakan bahan asli dan tanpa pengawet
4. Tahan lama. Cuba tengok expired date tu, tahan sampai tahun depan tu 2022.
5. Hidangan dipelbagaikan. Di belakang pek ada serving suggestion. Boleh dimakan dengan sapuan peanut butter, mayonis dan nugget atau dibuat ala-ala sandwich.
6. Lembut sikit dan tektur roti yang halus


Serving suggestion tu tak pernah cuba lagi lah.Ikut tahap kekuatan gigi ni macam tak mampu nak makan macam makan roti biasa tu dan tak mampu nak makan begitu saja. 

Tetap kena celup dalam air panas gak bagi lembut.

Masa kecik dulu tak berapa suka roti lutut ni sangat sebab dok fikir roti ni keras. Entah macamana nak makan entah. Tapi bila cicah air, eh sedaplah pulak. 

Roti lutut azan ni tak sekeras roti lain. Dia lembut sikit lah dan rasa dia roti keras yang halus macam tu. Tengok tekstur dia pun tahu lembut bila cicah dengan air panas. Tak payah rendam lama macam tu.

Harga pun murah boleh tahan. RM3.30 satu pek.

12 comments:

  1. walau tahan lama.. tapi klu sedap..dua hari pun habis hahah

    ReplyDelete
  2. Mak akak memang suka biskut lutut memang beli di kedai kampung tepi simpang rumah Uwan untuk bawa ke rumah.

    ReplyDelete
  3. Walaupun pelbagai serving suggestion, cicah kopi o jugak la paling sedap. Cara dolu-dolu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini betul. aida setuju statement sal.
      olskul jugak yg best ekk.

      Delete
  4. Allahu..ingatkan azannya panjang...rupanya tu brand dia ek..haha

    ReplyDelete
  5. Tak jumpa lagi biskut jenis ni. Alahai. Kena tengok balik kalau pergi shop. Sebab nak try jugak!

    ReplyDelete
  6. Ada nama lain untuk biskut lutut ni. Orang kampung kami panggil biskut kelutok. Paling nikmat celup dalam milo panas. Tapi dulu jarang dapat minum milo, celup jew dalam air kopi.

    ReplyDelete
  7. biskut ni pernah makan tp jenama lain. ada byk jenis variasi dh

    ReplyDelete
  8. dari kecik, aida makan biskut gini jugak, fiza.
    lain skit rupanya. arwah atok panggil biskut bulat :) ha ha ha...
    ntah nape. so kami pun panggil biskut bulat.
    cicah kopi panas. wow!

    ReplyDelete
  9. nmpknya roti keras dh dikomersialkan.. cantik packaging brand azan tu

    ReplyDelete
  10. owh baru tahu nama dia biskut lutut. dulu mak rajin juga beli, cicah dengan air panas baru sedap makan :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.