Sedap dan Sememangnya Puazz

PKP2.0 kali ni masih ada yang panic buying ye? Terpaksalah beli apa yang ada je. Tak boleh nak memilih. Laju masing-masing buat kerja habiskan stok. Roti putih gardenia terlajak laris jugak ke macam PKP1.0? 

It's okay. Sememangnya PUAZZ kan ada! 

PUAZZ! Gardenia

PUAZZ! keluaran produk baharu Gardenia. Roti ban Sambal Bilis kembali semula dengan tahap keenakan yang sama sebelum ni. Selain sambal bilis, ada 2 lagi variasi iaitu :
  • Kari ayam
  • Sambal mackerel
Produk PUAZZ! Gardenia dibuat di 5 kilang dan dihantar segar setiap hari di seluruh Semenanjung Malaysia, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, hujan atau cerah.
Dia punya prinsip tak kalah. Harap stok mencukupilah ye.

                  jenis-jenis roti wholemeal gardenia
                  roti gardenia ala Eropah

Perasan juga ada iklan Puazz ni berlegar legar muncul dalam blog. Tapi itulah tak teringin pulak nak membeli sampailah terbaca entri blogger Nona Sani wordless wednesday : Betul betul puas dengan Puazz! Keluaran Gardenia.

Kita pun terjebak membeli. Pengaruh rakan blogger ni kuat tau! Haha... Tapi ada stok sambal bilis je lah. Kari ayam dan sambal mackarel dah habis awal kot. 

Tak ada rezeki nak mencuba roti ban kari ayam dan sambal mackerel. Takpe, next kalau ada terus beli.

PUAZZ Gardenia Sambal Bilis

Puazz Tak?

Sebagai seorang pencinta roti gardenia. Kelembutan roti ban gardenia memang tak disangkal lagi. Lembut sama macam roti ban coklat, roti ban kacang merah, roti ban kaya tu. 

Inti sambal bilis pun sedap. Sambal bilis pedas pedas sikit yang buat lagi sedap tu. Puazz hati! Packaging pun lagi menarik dari yang sebelum ni. 

Untuk sambal bilis ni sekali sekala okay kot kan. Cuma nak cakap, rasa dia sedap boleh terima tekak. Cukup rasa. Sesuailah untuk makanan emergency bila lapar. Kenyang juga makan satu biji roti ban ni.

Harga Puazz Gardenia

Harga RM1.10 untuk pek 60g. Ada satu lagi saiz pek 2 biji roti ban dengan harga RM2. Maksudnya lebih berbaloi beli yang pek 2 ban tu. 

PUAZZ Gardenia Sambal Bilis


12 comments:

  1. Kalau akak pun pilih ban sambal ikan bilis.
    Produk baru keluar sempena PKP ke?

    ReplyDelete
  2. Selalu standby dalam kereta bila ke mana-mana..ni dah kurang sebab PKP.

    ReplyDelete
  3. Belum try lagi bun ni. Nampak inti bilis nye macam banyak je.

    ReplyDelete
  4. Akak setuju. Sesuai time emergency bila lapar. Buat kopi secawan. Alhamdulillah. Tapi memang sambal bilis je la jumpa. Tak pernah jumpa lagi kari ayam dan sambal mackarel.

    ReplyDelete
  5. Sambal bilis packaging baru ini tak rasa lagi.. Dah rasa yang kari ayam.. sedap..

    ReplyDelete
  6. Wah! Ada roti Gardenia keluaran terbaru ya!Roti yang sedap ni memang tak jumpa di LD sebab penghantarannya hanya di Malaya sahaja. Biasanya kalau kami balik Malaya memang kami khaskan satu beg penuh isi roti Gardenia pelbagai inti.Beli di airport. Kalau Abang Farid balik dari sana pun, dia akan beli banyak-banyak sebab dia tahu bapa dan adik-adiknya suka makan roti tu!

    ReplyDelete
  7. Wahh yg baru..nak carilah shida suka bun ikan bilis dia..

    ReplyDelete
  8. Kepuasan berbeza untuk kedua duanyaaa. saya suka yang ni sebab pedas.. lagi satu tu swbab ada dua bun.. mengenyangkan sungguh.. Hahaha... Kak. sy pun malam tadi dah terbeli satu roti tuuu. terpengaruh entri akakkk...nanti cari balik yang mana satu.. sy post entri tuuuu..bila dah makan t.. hahahahaha

    ReplyDelete
  9. belum sempat try lg...sbb roti kt umah ni x abis lg😊

    ReplyDelete
  10. Lama x ke kl lamalah x memborong gardenia.. skrg ada puazz pulak dh.. x jumpa lg kt supermarket.. kalo ada kompom berapi rega kt sini

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.