Buah Tembikai Manis

Pernah dengar makan buah tembikai anak cantik nanti? Baru terbaca masa nak cari maklumat tentang buah tembikai ni. Ada rezeki peluang mengandung, kena makan buah tembikai lah macam ni. 
[tem.bi.kai] | تمبيکاي

Definisi : sejenis tumbuhan (herba memanjat dan buah), betika, semangka, timun cina, Citrullus vulgaris; kemendikai, mendelikai, men­dikai.
kredit : (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Buah tembikai bukan sekadar buah yang sedap, kebaikan buah tembikai untuk kulit memang bagus. Buah tembikai membantu melancarkan sistem percernaan dalam usus kecil yang mempengaruhi keadaan kulit. 

Masalah pigmentasi kulit dapat dikurangkan dengan mengamalkan makan tembikai dengan lebih kerap. Kandungan air dalam tembikai juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Begitulah bunyinya. Tapi makan banyak banyak tak elok juga ye tak? Asyik nak ke toilet je kerjanya.

Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil yang mana ia mempengaruhi keadaan kulit. Masalah pigmentasi dapat dikurangkan dengan memakan tembikai lebih kerap.


Sedap dapat buah tembikai manis. Potong potong letak dalam peti ais. Sedap di makan sejuk-sejuk. Ada juga yang suka makan tembikai ditaburi serbuk asam. Tapi jadi tak sihat lah makan macam tu.

gambar buah tembikai


Buah Tembikai Untuk Diet

Ye, walaupun buah tembikai tu rasa dia manis tapi khasiat buah tembikai ada banyak khasiat dia. Manis tapi masih lagi tersenarai dalam makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan antioksidan. Kalori buah tembikai, 100 gram bersamaan 30 kalori.

Sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan dan dalam masa yang sama nak makan makanan yang manis. Boleh dijadikan snek atau jus minuman.

Khasiat buah tembikai untuk ibu mengandung

  • Menjaga kesihatan jantung
  • Kaya dengan antioksidan dan vitamin A
  • Melancarkan penghadaman
  • Menyokong pembentukan tulang bayi
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mengurangkan pembengkakan
  • Mencegah pigmentasi
  • Mengelakkan kejang otot
  • Mengatasi masalah morning sickness
  • Mengelakkan dehidrasi
  • Menyingkirkan lemak

Singkirkan lemak tu nampak bagus. Buah tembikai dikatakan bantu menyingkirkan lemak dalam badan kerana tembikai mengandungi citruline. Singkirkan dan kurangkan lemak. Bukan makan tembikai terus kurus. Dari segi pemakanan eloklah amalkan kalau untuk diet.

Lepas tu kena seiring dengan senaman juga. 

15 comments:

  1. Buah yang memang selalu ada di rumah selain buah nanas.
    Suka buat jus sebab boleh minum terus.

    ReplyDelete
  2. tembikai susu is my 100% favorite hahaah

    ReplyDelete
  3. suka tembikai...dpt yg merah manis..buat jus yummyyy

    ReplyDelete
  4. Akk suka tembikai, kalo dpt yg manis tu sedapnya, tembikai sedap mkn sejuk2 kan.

    ReplyDelete
  5. salam singgah
    sukaaa tembikaiii. sedapp mkn sejuk2
    tp tu la lepas tu asyik ke toilet he hee
    cuma tak suka mkn mlm sb risau asyik terjaga malam

    ReplyDelete
  6. kalau tembikai akk lebih suka makan gitu je, sejuk atau tidak tetap menjadi pojaan hatiku

    ReplyDelete
  7. untuk anak jeke ? untuk ibu sekali la..
    iloikkee tembikai. kuning my fav hehe..

    ReplyDelete
  8. Banyak khasiatnya ye. Rasa pun sedap. Duduk rumah ni dari makan snek yang bukan-bukan, lebih baik makan buah macam tembikai ni

    ReplyDelete
  9. Waktu Kak Amie mengandung anak kedua, alahan teruk sampai tak boleh masuk makanan. Asyik muntah sehingga luka tekak dan berdarah. Kena injection untuk hentikan muntah, dan kalau masih muntah juga terpaksa masuk wad. Selepas itu cari apa juga makanan yang boleh diterima perut. Hanya buah tembikai saja boleh ditelan. Percaya tak Fiza, dua bulan Kak Amie makan tembikai, diselang-seli dgn makanan lain yang sememangnya akan terus termuntah! Bila baby lahir, kulitnya bersih cerah dan rambutnya sangat lebat.

    ReplyDelete
  10. banyak juga khasiat daripada tembikai ni. nice sharing :)

    ReplyDelete
  11. Suka tembikai.. Memang sedap makan sejuk-sejuk.. Tapi tu lah, nak ke toilet je kalau terlebih makan.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Akak suka juga tembikai, selain pisang. Kat running events, dia ada sediakan buah tembikai kat water station atau bila habis lari. Memang nikmat. Macam dapat tenaga segera gitew.

    ReplyDelete
  13. kalau ada batuk pulak, tak elok makan tembikai..kerana buahnya bersifat sejuk..

    ReplyDelete
  14. ms bln puasa lah best berbuka dgn tembikai... buat jus lg lahhh yummehh

    ReplyDelete
  15. mudah nk membuang sbb ibu mengandung ni akan ada masalah sembelit tp tak boleh mkn over byk sbb boleh bt badan panas

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.