Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40
Yayasan YTL foundation telah mengumumkan untuk memberikan telefon pintar percuma kepada golongan B40 di bawah anjuran Inisiatif Belajar Dari Rumah (Learn From Home Inisiative).
Bantuan Telefon Pintar Percuma B40
Telefon bimbit percuma kepada pelajar dari keluarga B40 ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada pelajar yang bersekolah di sekolah kerajaan yang tidak memiliki telefon pintar bagi sesi pembelajaran norma baharu.
sumber : google |
Daftar telefon percuma dan dapat kad SIM YES 4G dengan pakej data internet percuma 120GB. Mudah juga untuk pelajar menonton TV pendidikan untuk sesi pembelajaran. Boleh buat permohonan telefon pintar percuma B40
Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40
Borang percalonan di bawah hendaklah diisi oleh guru yang mewakili pelajar yang layak. Sebelum mendaftar, sila sediakan maklumat seperti :
- Nama dan nombor kad pengenalan pelajar
- Nombor kad pengenalan pelajar
- Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Pautan borang permohonan telefon pintar percuma b40 | https://appform.prod.frogdev.asia/ |
Soalan Lazim berkaitan bantuan telefon pintar percuma b40 | https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/ |
Untuk menerima bantuan telefon pintar percuma b40 dengan pakej data kad SIM YES 4G, hanya guru sahaja yang boleh mencalonkan pelajar yang layak dan berhak menerima bantuan ini.
Guru yang terlibat akan memberikan nama pelajar yang layak untuk memastikan pemberian telefon pintar ni kepada pelajar yang betul-betul memerlukan dan layak.
Kriteria Permohonan Telefon Pintar Percuma B40
Berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi oleh guru untuk membuat permohonan telefon pintar percuma b40:
- Calon pelajar masih bersekolah di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan
- Calon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40
- Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berehat.
- Ibubapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.
Proses Pendaftaran
Sekiranya berjaya, ibubapa pelajar akan dimaklumkan. Untuk mendapatkan telefon pintar percuma dengan data data internet percuma 120GB (10GB sebulan), pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa.
a. Proses pendaftaran hendaklah di isi oleh ibu bapa dengan maklumat lengkap dan muat naik dokumen seperti :
- Satu salinan MyKad ibubapa
- Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
- Muat naik tangkap layar (Screen shot) status penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
b. Maklumat di atas diperlukan bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima.
Ibu bapa akan menerima notifikasi e-mel untuk proses penghantaran telefon pintar percuma semasa proses pendaftaran dapat disahkan. Pastikan maklumat yang di isi lengkap dan betul agar proses pendaftaran berjalan lancar.
Semak StatusTelefon Pintar Percuma B40
Ada dua cara untuk semak status telefon pintar percuma B40 samada lulus atau tidak berjaya.
Semakan Online : https://lcs.yes.my/
1. Klik pada pautan di atas, dan pilih inisiatif pilihan
2. Isi No Kad Pengenalan ibu bapa yang digunakan semasa proses pendaftaran sebelum ini
3. Masukkan No Mykid pelajar sekolah
4. Tekan butang hantar untuk melihat semakan keputusan permohonan
Semakan Manual
1. Keputusan permohonan akan dihantar melalui email yang didaftarkan semasa permohonan dibuat. Ikut langkah-langkah yang diberikan untuk tindakan proses selanjutnya.
2. Perlu memuat naik dokumen berikut :
1 salinan mykad atau mykid
1 salinan mykad ibu bapa
1 salinan surat bantuan sara hidup sebagai bukti penerima BSH/BPR/BPN yang sah
Soalan Lazim (FAQ) Telefon Pintar Percuma B40
1. Bagaimana untuk hubungi pihak YTL Foundation?YTL Foundation (421570-A)Level, Menara YTL205, Jalan Bukit Bintang55100 Kuala Lumpur, MalaysiaEmel: ytlfoundation@ytl.com.myHotline: 03-203808882. Adakah telefon yang diberikan ini boleh membuat panggilan?Ya. BOLEH. Selain anda menikmati kemudahan keseluruhan internet percuma berjumlah 120GB untuk selama 12 bulan iaitu 10Gb setiap bulan.Selain itu, anda boleh call secara percuma selama 60 minit ke talian YES atau talian lain yang sah selama 12 bulan atau setahunAnda juga boleh hantar SMS secara percuma TANPA HAD untuk talian YES3. Adakah telefon pintar percuma ini perlu dipulangkan semula selepas ini?Tidak, jika samartphone ini telah diberikan kepada anda, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya4. Saya masih belum daftarkan anak saya untuk mohon bantuan ini? Masih boleh mohon lagi?Ya. Masih boleh lagi. Dipersilakan. Sudah ramai yang telah berjaya dapatSebarkan berita baik untuk keluarga B40 yang memerlukan bantuan telefon pintar PERCUMA dan sim kad percuma yang ditawarkan supaya lebih ramai dapat belajar secara online dengan lebih mudah. Sharing is caring.
wahh untungla leh dpt free iphone satuu.. huhuhu
ReplyDeleteAlhamdulillah ringan beban pelajar B40 yang layak.
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat..
ReplyDeletealaa yg dah keje x dpt ke😆😆😆
ReplyDeleteRezeki budak sekolah ketika penularan wabak belum dapat dibendung sepenuhnya. Sekurang-kurangnya ada cara untuk mikuti pembelajaran online.
ReplyDeleteharap murid yg dpt fon ni memanfaatkan kegunaan
ReplyDeleteSyukur dengan nikmat yang diberi..
ReplyDeleteBoleh caya ke x ni eh? Tkt diorg ambik data personal je nnt hp x dpt.. ssh nk caya benda2 free ni
ReplyDeletealhamdulillah, moga bermanfaat untuk mereka yang benar2 memerlukan..bagus jugak cikgu je yang boleh pilih, sebab cikgu lebih tahu dan kenal pelajar mereka..tapi risau macam cerita korea gak, ada cikgu yang rapat ngan mak budak sampai ambil kesempatan..eh macam cerita penthouse pulak..hahahah
ReplyDeletemoga membantu mereka yang memerlukan kan
ReplyDeleteklu benda ni betul kan, Alhamdulillah tuk budak2 skolah pada family yg tak mampu
ReplyDeletenice sharing fiza.. harap rajin lah hadap kelas on9
ReplyDelete