Daging Harimau Menangis

Jadi bualan hangat betul harimau menangis. Terbatuk batuk harimau bila manusia sebut nama dia. Dengan viralnya harimau menangis, maka ramailah dah tahu harimau menangis maksud nya apa. Kalau tak viral, tak siapa ambil peduli. Kan?

Harimau Menangis

Harimau menangis adalah bahagian daging PALING LEMBUT dan mungkin sangat mudah empuk bila dimasak. Nama "HARIMAU MENANGIS" kerana bahagian paling sedap tu tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu.

Daging Harimau Menangis
kredit : google

Jadi, harimau tidak dapat memakannya akan "menangis". Begitulah kisahnya harimau menangis dan bahagian daging tu dipanggil DAGING HARIMAU MENANGIS. So, dah tahu dah maksud daging harimau menangis tu.

Tenderloin

Dikenali dengan nama 'daging batang pinang' terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. 

Tenderloin merupakan sebahagian kecil daripada potongan loin pendek. Tekstur daging batang pinang disukai ramai kerana lembut dan tiada lapisan lemak. 

Antara potongan steak yang digunakan di bahagian tenderloin ni adalah T-bone steak, Strip steak dan Porterhouse Steak. 

Dalam masakan tradisional melayu, daging batang pinang sedap dimasak rendang, kari, gulai, daging salai dan sebagainya.

Sirloin

Juga dikenali dengan nama 'daging batang pinang' tapi potongan daging yang berbeza. Sirloin terletak di antara bahagian pinggang lembu dimana bahagian ini mempunyai daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu. 

Daging ini mempunyai rasa lemak (buttery), juicy dan paling lembut bila dimasak. Bahagian sirloin lah sedap di dipotong nipis, diperap dan dibakar menjadi 'daging harimau menangis'. 

Selain tu, potongan terbaik untuk buat steak dari bahagian sirloin ni adalah Top Sirloin filet, Sirloin Steak dan Tri-Tip Steak. 

Nilai harga bahagian ini semestinya tinggi. Jangan ditanya kenapa harga daging harimau menangis tu mahal. Setanding dengan kesedapan dia. 

Harimau Menangis/ Crying Tiger/ Suea Rong Hai

Harimau menangis in english crying tiger, betul kan?  Asalnya hidangan daging harimau menangis ni adalah dari Thailand, iaitu Suea rong hai. 

Suea rong hai hidangan ringkas daging Thai. Potongan daging dipotong nipis, diperap dengan rempah, kemudian di grilled. Dihidangkan bersama dengan sos pedas Thai nam jim jaew.

Di Malaysia, daging harimau menangis popular di negeri Kelantan. Patutlah pun popular kat Kelantan sebab sempadan je pun. 

Sinonim Harimau Menangis

Selain harimau menangis, boleh letak lagi Ghimau gheyau, Ghimau teriak, harimau sodih, harimau melalak, harimau meratap. Nah, banyak sinonim perkataan menangis tu.

Sampai sekarang masih belum pernah lagi rasa daging harimau menangis tu. Mungkin sebab bukan seorang pemakan daging sangat. 

Jadi, keinginan untuk mencuba tu tak berapa nak ada. Tapi kalau ada depan mata, boleh je makan.

So far, daging harimau menangis review mostly kata sedap. Tak cukup se pek! Hebat betul penangan daging harimau menangis.

Kalau ada stok daging batang pinang tu boleh lah cuba resepi harimau menangis di rumah. Resepi daging harimau menangis tak susah pun. Paling mudah, boleh cuba resepi daging harimau menangis khairulaming.

Selamat mencuba.

17 comments:

  1. Terliur plak membayangkan daging steak batang pinang. Lama tak online socmed, tak tau pulak tengah viral.

    ReplyDelete
  2. Lucu pula ada nama lain selain harimau menangis, melalak, meratap segala bagai. Kak Amie pun belum pernah makan bahagian daging harimau menangis. Tapi kalau kedudukannya di situ, rasanya Kak Amie dah pernah makan daging kambing menangis, dan daging rusa menangis.

    ReplyDelete
  3. Ada pulak sorang makcik tu suruh panggil harimau kentut 😂

    ReplyDelete
  4. Samalah belum pernah makan lagi.
    Pernah dengar 2-3 tahun lepas tapi masa itu tidak pasti maknanya.

    ReplyDelete
  5. Selalu juga buat resepi tu kat umah.. I tod disebut begitu sebab pedas juga sos dia sampai menangis berjejeran air mata.😀😀.

    ReplyDelete
  6. saya pun tak pernah makan lagi daging harimau menangis ni

    ReplyDelete
  7. Glamour daging harimau dua tiga menjak ni

    ReplyDelete
  8. macam jadi trending ja akhir2 ni hehe

    ReplyDelete
  9. Wuuuu. kesian harimau tu nangisss. hahaha

    ReplyDelete
  10. sebenarnya yang ni da viral dalam setahun dua yang lepas, sebab ada someone post kat FB, makan daging bakar Danok..bahagian daging rimau menangis tu katanya dekat bahagian celah peha bawah perut lembu..dan bila kerat rentas daging tu, ada lapisan lemak sikit kat bawah kulit lembu..bila non muslim tengok, diorang ingatkan daging khinzir..tapi sebenarnya daging lembu bahagian rimau menangis tu...sebab dagingnya memang jarang2 orang jual..

    tak tahu la mana satu yang betul..sekarang da makin banyak diperkenalkan..boleh order online, mak neelofa ada jual..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ni. aida da dgr da daging bakar danok.
      hingga plan nak ke danok la dgn kawan2, fiza.
      tapi tu la, tak berkesempatan.
      lepas tour bangkok, kami da x berjalan, penangan pandemik covid.

      Delete
  11. Eza tengok kat IG memang selalu orang review daging harimau menangis ni. Setakat ni belum rasa lagi. Hehe.

    ReplyDelete
  12. bab nama pun nk viral.. jgn guna kuasa semata-mata kesian peniaga lain.
    memang sedap setakat makan di royale chulan, sbb chef masak live. kalau beli siap tu mcm xngam

    ReplyDelete
  13. viral ekk ni dek sorang tu.
    hmmmm mcm2 hal kerenah manusia zaman sekarang.

    ReplyDelete
  14. penah rasa yg daging rimau nangis tu... kakmim rasa ok lah.. xde lah rasa nk repeat order... skrg dh ada jugak dh resepi ayam meraung... hahaha

    ReplyDelete
  15. Dah penah try dah,bagi Syu biasa-biasa jer. Tetap jugak rasa daging😂.Cuma dia lembut jer lebih kurang macam daging batang pinang.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.