Drama Cukup Derita Itu

Drama cukup derita itu episod 1 akan mula ditayangkan pada 6 Mei 2021 di Slot Samarinda TV3. Drama cukup derita itu menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat  Hisyam Hamid, Ruhaines, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Sebelum ni drama cukup derita itu telah beberapa kali bertukar hero dan heroin. Dari Janna Nick, Aeril Zafril, Aprena Manrose, Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Intan Najuwa, Aqasha. Akhirnya hero dan heroin dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Ruhaines. 

Drama cukup derita itu ini bakal trending juga ni. Selamat menonton cukup drama derita itu episod 1 nanti.

Tonton Drama Cukup Derita Itu TV3

DRAMA CUKUP DERITA ITU

Jumlah Episod : 40
Mula tayangan : 6 Mei 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Along Kamarudin
Produksi : SR One Sdn Bhd
Genre Drama : cinta

PELAKON CUKUP DERITA ITU

  • Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
  • Ruhainies sebagai Ellani Rashdan
  • Chacha Maembong sebagai Ellana Rashdan
  • Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
  • Farhan Asri sebagai Amirul Zafran
  • Didie Alias sebagai Mak Yek
  • Dian P Ramlee sebagai Mak Long Tipah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
  • Sera Melissa sebagai Ayu
  • Rosnah Johari sebagai Datin Mahani
  • Lia Natalia sebagai Salwa
  • Mubarak Majid sebagai Pak Mat
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Dato' Azli
  • Ainina Ahmad B sebagai Zaleha
  • Fahrin Ahmad sebagai Fariz
  • Haji Samsuri sebagai Pak Long Ajis
  • Azhar Amir sebagai Pak Ngah Salim
  • S. Ruwiyani Ariffin sebagai Kak Salmah
  • Norazlina Ismail sebagai Senah
  • Jamilah Naim sebagai Bedah
  • Indhi Vernandha sebagai Bibik
  • Aziz AG sebagai Pak Hamid
  • Bella Abel sebagai Zetty
  • Zul Genting sebagai Akub
  • Mili Supina sebagai Mak Besah
  • Nik Ramly sebagai Pak Buncit
  • Din Dangerous sebagai Putih Katik

SINOPSIS CUKUP DERITA ITU

Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong) adalah adik beradik kembar. Mereka berdua tinggal bersama Mak ngah Gayah (Jasmin Hamid) selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah selalu membeza-bezakan mereka berdua.

Ellana di layan bagai puteri raja, manakala Ellani dilayan macam hamba. Ellani sentiasa dipersalahkan dan dipukul oleh Mak Ngah walaupun kesalahan tu datang dari kembarnya Ellana. Ellana suka menfitnah Elliani supaya Elliani kena hukum dengan Mak Ngah.

Ellana suka melihat Ellani sengsara. Ellani sudah lali dengan segala pukulan dan maki hamun Mak Ngah. Ellana seorang yang bijak dan berjaya menyambung pelajarannya. 

Ellani pula sebaliknya. Ellana dapat sambung belajar ke luar negara. Mak Ngah pula tak benarkan Ellani untuk sambung belajar.

Bila dewasa, Ellana telah bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid) anak Datin Mahani (Rosnah Johari), seorang lelaki kacak yang bekerja sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama membuatkan mereka untuk berkahwin. Semasa hari perkahwinan Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan berlangsung.

Zarul telah hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani. Zarul melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani runsing kerana bakal abang iparnya akan menjadi suaminya pula.

Demi kebahagiaan Datin Mahani yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Akhirnya Zarul Zafran menjadi suaminya.

Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Berbagai onak dan duri dilalui. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan perkahwinan itu dapat disambung semula? Adakah Ellani akan hidup bahagia akhirnya?

5 comments:

  1. eh diorang bergandingan lagi! haritu best juga dalam irony kasih ;)

    ReplyDelete
  2. Berpusing-pusing cerita. Banyak bersegi-segi.

    ReplyDelete
  3. Akak suka gak layan citer yg Akasha berlakon.

    ReplyDelete
  4. waaa!! look forward for this draamaaaaaa

    ReplyDelete
  5. kompilkated pulak jalan cetanya.. suka tgk rambut Intan Najuwa, hitam dan lebat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.