Kais Pagi Kais Petang Andi Bernadee

Kais Pagi Kais Petang, single terbaru Andi Bernadee yang baru release 29 Januari 2021. Aneh aneh tajuk lagu zaman sekarang. 

Tapi dia dekat dengan situasi sekarang dimana ramai yang struggle bekerja untuk cari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

baca juga : Andi Bernadee penat
                   Andi bernadee berlakon dengan Janna Nick (Melastik Ke Hatimu)
                   Shimmy Andi Bernadee

Mesej yang disampaikan dalam bentuk lagu. Peribahasa Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dipendekkan jadi Kais pagi kais petang jadi tajuk lagu terus.

Peribahasa

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Maksud

1. Keadaan hidup seseorang yang sangat miskin yang harus bekerja setiap masa.
2. Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (jika tidak bekerja tidak makan).

"Kais", umpama ayam yang mencakar @mengais tanah untuk mencari makanan. Tak kais, tak adalah makanan macam tu.
Kais Pagi Kais Petang Andi Bernadee
sumber : Warner Music Malaysia



Komposer : MFMF, Andi Bernadee &Nasir Deraman
Lirik : MFMF, Andi Bernadee & Nasir Deraman 
Produser : MFMF 

Lirik Lagu Kais Pagi Kais Petang - Andi Bernadee

[Chorus] 
Kais pagi makan pagi 
Kais petang makan petang
 Masih mencari rezeki 
Demi hidup senang lenang 

[Verse] 
Bangun pagi aduh jam lagi 
Matahari tak muncul lagi 
Hidup aku begini 
Hutang aku di sana sini
Macam mana nak sara diri 
Hidup aku begini 

[Pre-Chorus] 
Dum da da dum da da 
Dum da da da da 
Dum da da da da da da 
Dum da da da da 

[Chorus] 
Kais pagi makan pagi 
Kais petang makan petang 
Masih mencari rezeki 
Demi hidup senang lenang 
Buat itu buat ini 
Buat itu sampai jadi 
Masih mencari rezeki 
Demi hidup tiap hari 

[Post Chorus] 
Ohh ohh ohh ohh ohh Ohh ohh ohh ohh ohh
 
[Verse 2] 
Hari hari balik lewat lagi 
Sampai bila nak dapat bini 
Tiada teman di sisi 
Ibu ayah dekat di hati 
Takkan penat menyerah diri 
Untuk terus hidup ini 

[Pre-Chorus] 
[Chorus] 
[Post Chorus] 
[Bridge] 
Onak duri akan ku tempuhi 
Bersabarlah oh wahai diri 
Percayalah, sinar pasti kau temui 

[Chorus] 
[Post Chorus] 
[End] 
Buat itu buat ini buat itu 
Buat itu buat ini buat itu


baca juga : dengar lagu Kais Pagi Kais Petang Andi Bernadee

sumber : Warner Music Malaysia

10 comments:

  1. Ringkasan peribahasa.
    Belum dengar lagi. Kalau sedap mesti dapat dengar di radio.

    ReplyDelete
  2. lagu dia punya rentak tak pernah mengecewakan :)

    ReplyDelete
  3. Senang.. guna peribahasa jer jadik tajuk. Hahah... Dari situ dihuraikan jadik lagu gitu...

    ReplyDelete
  4. Belum pernah dengar lagu ni. Terlepas dengar kot... maklum selalu ketinggalan keretapi.

    ReplyDelete
  5. pertama kali dgr fiza..lagu2 andi ni kalau keluar mesti best,tau2 meletop!

    ReplyDelete
  6. Lagu dia bunyi lebih kurang sama je, Andi Bernadee ni. :)

    ReplyDelete
  7. lagi2 tengah pandemik gini, makin la kena kais lebih sikit...

    ReplyDelete
  8. Comel sangat video klip dia dan liriknya pun nice..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.