Kuih Lidah @Kuih Tiram
Ingat lagi zaman kanak kanak ribena dulu. Bila tiba hari raya, sibuk tolong kakak ngan mak buat kuih raya lidah buaya.
Kuih lidah buaya, dikenali juga dengan nama kuih tiram, kuih selayang, kerepek layang, kuih kertas, kuih lidah kucing dan kuih kapal terbang. Sejenis kuih traditional melayu yang biasa didapati ketika hari perayaan dan kini semakin banyak dijual di pasaran.
Kuih tiram dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama minuman panas. Sesuai juga dijadikan sebagai kudap-kudapan.
Lidah buaya? Siapalah bagi nama lidah buaya tu ek? Kita panggil kuih lidah je lah. Takut pulak nak panggil lidah buaya.
Kuih Lidah Buaya
Kuih tiram dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama minuman panas. Sesuai juga dijadikan sebagai kudap-kudapan.
Kenangan betul buat kuih lidah ni. Paling suka bab tolong masukkan doh dalam mesin canai tu. Makin dewasa, makin banyak kuih tunjuk tunjuk (baca : kuih beli), makin kurang membuat kuih kuih raya.
Terasa rindu betul zaman bersusah payah buat kuih raya tu, kan?
1cawan tepung ubi
1biji telur
Air utk menguli
Sedikit garam
*5sudu mkn minyak masak
7sudu mkn tepung jagung
Bagus jugalah kuih tradisional masih lagi dibuat dan dijual. Takdelah generasi zaman sekarang tak kenal kuih dulu dulu.
Zaman rajin buat kuih lidah ni memang suka makan. Lagi lagi bila buat sendiri kena dengan selera sendiri. Lama gila tak makan kuih lidah.
Rezeki lah mak datang singgah semalam bawa kacang salut tepung dengan kuih lidah sekali. Suka jenis kuih lidah yang nipis nipis dan rangup.
Resepi Kuih Lidah Buaya/ Kuih Tiram
Bahan-bahan Doh
1kilo tepung gandum1cawan tepung ubi
1biji telur
Air utk menguli
Sedikit garam
Bahan sapuan
*2sudu mkn butter*5sudu mkn minyak masak
7sudu mkn tepung jagung
Bahan-bahan salut
Gula kastorCara membuat doh kuih lidah buaya/kuih tiram
Satukan tepung gandum, tepung sagu dan telur. Uli bersama air garam sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagianCara membuat sapuan
Panaskan bahan yg bertanda*. Kemudian curah kedalam tepung jagung dan kacau rata.Cara membuat kuih lidah buaya/kuih tiram
- Ambil seketul doh canai nipis
- Kemudian sapu rata adunan sapuan tadi dan gulung doh.
- Setelah gulung doh, potong lebih kurang 1/2 inci secara menyerong.
- Susun atas dulang yang telah ditaburkan tepung supaya tidak melekat sebelum menggoreng.
- Selepas habis adunan tepung, panaskan minyak dan goreng.
- Angkat dan toskan. Bila dan sejuk baru salutkan kuih dengan gula kastor.
- Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan kuih lidah buaya/kuih tiram ni.
[ca.nai] | چاناي
Definisi : batu ~ batu yang digunakan untuk mengasah sesuatu.
mencanai1 mengasah sesuatu dengan batu canai.2 melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan.3 meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek.pencanai1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll).2 alat untuk mencanai.-(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
ni kuih yg dgn gula tu kann., manis potong ni cik kak., hahaha
ردحذفps. gmbr maintain ohsem., ;p
tempat akak panggil kuih tiram, mak metua akak panggil kuih kapal terbang hehehe...
ردحذفbanyak bebeno nama dia rupanya, akak suka yang sira pedas, tapi susah nak jumpa
kalau sira gula akak suka gula sikit je, kalau beli yg sira gula mesti akak ketuk ketuk bagi gula tu jatuh baru ngap hehehehe...
kat penang pgl kuih kapal terbang kot hahah
ردحذفkuih tiram kan nih..sedapnya favourite tuhh
ردحذفfavourite! kejap je selesai kalau dapat ni hehe
ردحذفSalam Kenal,
ردحذفJemput ke blog saya
https://241107hh.blogspot.com
kite panggil lidah kucing heheh..sedap sebab ada salut gula
ردحذفLama tidak nampak kuih ini.
ردحذفAkak masa kecik panggil kuih kapal terbang. Bila dah besar ni, panggil kuih tiram. Bahaya kuih ni. Satu tak cukup. Susah nak stop. :)
ردحذفAkk pun panggil kuih kapal terbang :) Ada juga memori buat kuih ni dgn arwah mak. Tapi sekarang ni kalau nak makan, beli je. Nak membuatnya malas huhu
ردحذفKalau dapat yang sedap memang tak berenti makan.. sha panggil kuih tiram..
ردحذفkalao kat sarawak, kami panggil kueh sarobana.. hehehe
ردحذفkalau x silap org kg sy pggl kuih ni, kuih serati hehehe
ردحذفselalu juga makan kuih ni. baru tahu nama dia kuih lidah..haha
ردحذف