Macau Egg Tart Baker's Cottage
Alang alang husband dah ke Baker's Cottage, sempat kirim beli egg tart antara baker's cottage cake menu yang sedap. Sebenarnya teringin nak makan cheese tart cerita dia.
Entah kenapa laju je mulut ni cakap egg tart. Sel sel otak tak berhubung agaknya masa tu. Tercakap egg tart pulak. Otak tak seiring dengan percakapan tu lah dia.
Husband dengan yakinnya beli egg tart lah bila dah pesan egg tart. Sekali balik rumah isteri buka kotak, "eh, kenapa egg tart dia lain?" Bukan tadi nak egg tart ke? husband tanya semula.
Ehhhh.. dia main eh eh eh zizi kirana pulak.
Ehhhh.. dia main eh eh eh zizi kirana pulak.
Isteri : Nak yang shell tart tu.
Suami : Itu cheese tart bukan egg tart.
Hahahahaha...Hanya mampu gelakkan diri sendiri.
Baker's cottage ada 2 jenis menu tart iaitu Macau Egg Tart dan Blueberry cheese tart. Dua dua pun sedap. So tak kisah sangat lah tersalah beli cuma teringin cheese tu lah.
Ada rezeki lebih, next time lah beli. Pujuk hati sendiri.
Macau Egg Tart promotion harga 4pcs RM8.90. 8pcs RM15.90. Satu biji egg tart RM2.85. Lapisan kulit tart menggunakan pastri lapis @puff pastry. Rapuh dan nipis. Berterabur makan tu. Sumpah sedap!
Macau Egg Tart Improved Recipe
- Higher egg yolk content
- Silkier, smoother texture
- Richer premium cream
- Less Sugar
Benar seperti yang dikatakan. tekstur halus, egg yolk dan krim sedap. Rasa pun kurang manis semestinya. Isi padat, tu yang best. So sedap!
mcm sama je dgn portugess egg tart?
ReplyDeletei sendiri pun kadang blur nak bezakan cheese tart and egg tart hahaha
ReplyDeleteKalau pergi bakery, akak selalu beli egg tart. Cheese tart pun layan juga kadang-kadang. Nampak tebal isi egg tart dia. :)
ReplyDeleteWah, egg taart ini tampilannya terlihat sangat menarik dan enak !
ReplyDeleteseigt sy, penah try sekali kot. beli kat TBS sblm blk kg. laa ni CB dah x de lg...
ReplyDeleteakak biasa beli egg tart BC ni, fiza. suka sgt!
ReplyDeletesebab lately dok beli set ayam dgn egg tart ni.
4 ketul, akak sorang yg makannya.
lelain tak minat :) bertuah la badan ha ha ha ha...
Kak Amie suka egg tart, tapi selalu beli juga cheese tart sebab sedap.
ReplyDeleteSaya suka dedua.. aihhh, dah lama tak gi Bakers Cottage.. huhu
ReplyDeleteTeringat masa gi Macau. Geram tengok tapi tak berani nak beli takut tak halal. Nak beli lah yang Bakers Cottage ni. Saya suka egg tart
ReplyDeleteEh nama Macau ya. Ingat Portugese. Beli set nasi ayam Baker's Cottage dapat pilihan donut atau tat jadi pilih ini.
ReplyDeleteOh tapi akak rasa kuat rasa telur. Haah memang berterabur kulit apabila makan.
Haha tidak buat pos pasal set nasi ayam BC.
sedapnya..terus lapar balik tengok egg tart ni :)
ReplyDeletelagi suka cheese tart..sbb lagi yummy!
ReplyDeleteOh my... akak punya favourite ni!
ReplyDeletekurang manis tu yg lg nikmat..
ReplyDelete