Masalah New Interface Blogger. Tak Mencapai Tahap Mesra Pengguna Lagi
Rasanya semua blogger yang menggunakan platform blogspot dah boleh adapt dengan New Interface Blogger yang diperkenalkan sejak tahun lepas. Bulan July kalau tak silap. Lepas tu automatic semua blogger kena hadap new interface blogger.
Tak ada pilihan dan tak boleh nak revert to classic. Mulanya memang tak biasa. Benda baru nak belajar dan adapt, agak ambil masa. Lepas beberapa hari bertukar minggu bertukar bulan, barulah macam okaylah senang hati dengan new interface blogger.
Walaupun nampak nice dah lebih bagus katanya. Katanya lah kan. Tapi masih banyak kekurangan dengan new interface blogger ni.
1. Susah update menggunakan handphone.
Ini perkara paling dibenci oleh blogger. Cara post blog menggunakan handphone tersangatlah mencabarnya. Ada yang susah nak upload gambar. Ada yang boleh upload tapi tengok dari laptop/desktop gambar tu tak ada. Lepas tu susunan ayat dan gambar kacau bilau dalam entry. Sakit mata tengok.
Kena juga upload guna laptop/dekstop untuk kemaskan entry. Haihhh..
2. Tak ada pilihan delete dalam komen blogpost
Ini saya baru perasan sebab nak delete broken link yang ada dalam blog. Terpinga pinga mencari mana pilihan delete komen dalam blogpost/entry. Sekali tak ada daaa..yang ada cuma pilihan reply je.
Jenuh godek godek html dan setting. Tukar itu tukar ini, tak juga muncul pilihan delete tu. Sudahnya tanya pada blogger Shida. Lepas dia check, dia pun baru perasan juga pilihan delete komen tu tak ada. Maksudnya memang tak ada pilihan delete pada komen.
gambar contoh sahaja |
Tak kan kena delete komen melalui dashboard pulak?. Siyes aaaaa..komen ada puluhan ribu, nak scroll sampai jumpa komen entry lama lama tu entah bila nak jumpa.
Baru scroll sampai bulan December 2020 pun berkurun. Inikan pulak nak scroll ke tahun 2009. Aiyooo
Tambah lagi internet slow siput sedut. Macamana nak delete broken link komen blogger tu dalam blogpost yang dulu dulu.
Ada sesiapa tahu cara mudah? Kalau tak delete, beranak pinak lah broken link dalam blog.
update terkini : 26 januari 2021, button delete dah muncul semula. yeay!
3. Setting Berubah
Dah setting tick iklan show antara post. Tapi dia jadi sekejap je. Lepas check semula, dah untick. Jenuh lah kalau nak tick untick. Masalah betul.Setakat ni tu je yang tak mencapai tahap mesra pengguna macam yang klasik dulu.
Apa lagi new blogger interface problems?
Apa lagi new blogger interface problems?
Alang-alang tu nak tanya jugak. Siapa tahu widget komentator yang lebih bagus, ada pilihan bulanan dan tarikh. Sebab widget yang sekarang ni dia sambung kira dari tahun lepas. Walaupun dah reset dan limitkan hari, tetap kira dari tahun lepas.
Macamana eh nak setting dia mula kira tahun 2021? Kalau ada, share dalam kotak komen ye. Terima kasih semua.
Sedar ada masalah nak muat turun gambar sahaja. Itu kira awal bertukar ke pemuka baru.
ReplyDeleteAlahai yang 'delete' komen itu tidak buat sebab sudah buat ketika guna pemuka lama.
Heee tidak guna widget komentator. Harap ada blogger lain yang dapat beritahu.
Kak Amie memang sedikit buta kayu dalam bab-bab ini Fiza. Memang betullah tu tak berapa mesra pengguna.
ReplyDeleteakak setakat ni ok lagi nak update guna fon dengan interface baru..tapi yg delete komen tu memang betul takde..ke sebab coding template memang takde eh? Akak pun tak pasti..belum kelebet lagi codingnye..
ReplyDeletehaha...gigih tau nak skrol entry lama kat dashbod. salah tekan dia naik atas balik...skrol balik. masa tu rasa macam nak carutz je
ReplyDeleteRabia update guna laptop . kalau guna phone susah sikit nak menaip
ReplyDeleteApa2 pun kena beradaptasi untuk terus maju..ehehe
ReplyDeletesetakat ni ok lagi..tak pernah update guna handphone lagi :D
ReplyDeletekenapa nk delete komen? broken link fu apa? huhuhu
ReplyDeleteaah kan... baru perasan suda takda button delete komen
ReplyDeletemakin complicated nampaknya
mmg tak boleh langsung nak update guna phone skrg ni, rasa mcm new interface ni terlalu byk kekurangan dan memeningkan .hmmmm
ReplyDeletelg 1 entry lambat publish kt dashboard. dia ikut suka. adakala lps seminit dua dah muncul. ada kala nak nk sejam baru keluar. panassss je dibuatnya
ReplyDeleteSaya selalu updste guna hp.. kecuali join giveaway atau kena update kat word sebelum masul blog... Sy guna PC.. sebab gmbr dlm hp.. cuma x guna apps blogger.. x reti sgt... So far, tang delete tuh jela rsenye... yang lain.. ok ok aje.. sy dtg balil entri ni.. nak baca komen gak pasal nii.. hihi
ReplyDeleteKakmim selalu taip guna hp je lately.. kalo ok publish kalo x ok touch up lg guna pc.. mungkin dlu kakmim jarang update blog x terasa sgt perubahan interface baru.. nk delete komen tu mmg betul.. kena msk kt comment utk delete
ReplyDeleteYg widget komentator tu mmg amik kumulatif je kan? X jmpa lg yg boleh update by month.. bkn dlu fiza ada buat tutorial coding by month tu ke? Kakmim x try lg kira nk try hujung bln ni
yang nak buang komen tu, kena tukar dulu setting komen kepada pop-up window kejap..then bukak balik kat link entri yang nak dibuang komennya tu..tekan kat Post a comment, konon2 je sebab nak bukak popup window..lepas tu nanti akan keluar popup comment cam biasa blogspot klasik punya tu..boleh delete dari situ..pernah jadi juga sebelum ni...memang jadi tak cantik kejap ruang komen tu tapi ok la daripada kena cari kat dashboard..hahaha
ReplyDeleteadoyai kenapa takde button delete tu kat blog sis? masalah juga interface baru..
ReplyDelete