Matcha Mochi
Siapa suka green tea angkat tangan. Yeay, kita geng! Apa saja jua minuman dan makanan ada green tea saya suka. Even green tea without gula pun sedap. Pahit pahit kelat gitu. Yang tak suka, of course lah akan kata tak sedap.
Selera masing-masing, kan? Well, macam yang saya pernah cakap sebelum ni. Aiskrim Wall's selection tak pernah mengecewakan dari segi rasa dan juga kuantiti isi-isi dalam aiskrim tu.
Matcha
Matcha adalah serbuk halus yang telah diproses khas daripada daun teh hijau. Dalam bahasa Jepun disebut mat.tɕa.
Mochi
Mochi pula sejenis kuih tradisional jepun yang diperbuat daripada beras, ditumbuk sehingga lembut dan kenyal. Bentuknya bulat, ada kalanya ada isi dalamnya dan adakalanya kosong. Mochi akan dihidangkan ketika menyambut perayaan mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun.
Wall's Matcha Mochi (750ml)
Aiskrim green tea @teh hijau dengan pes kacang merah dan bebola mochi. Betul-betul Japan mari ni. Gabungan ketiga-tiga ni rasa dia unik.
Kejap rasa green tea, kejap rasa kacang merah. Mochi tu tak tahu rasa dia tang mana sebab macam tak kelihatan. Tenggelam dalam kunyahan agaknya.
Ini bukan pertama kali beli. Rasanya dah 2-3 kali jugaklah beli sejak dikeluarkan. Last makan 2019. Macamana boleh ingat? Sebab masa tu ada update kat blog, aiskrim matcha mochi ni.
So bila teringin nak makan aiskrim green tea boleh cuba walls selection ni pengubat rindu nak makan aiskrim matcha Family Mart tu.
Harga Wall's Mochi Matcha
Harga dia sama je macam harga aiskrim Wall's selection Strawberry Cheesecake tu. RM13.50.
Tapi ada satu lagi aiskrim Wall's Top Ten Matcha belum cuba lagi. Macam sedap je coating chocolate dan kekacang, dalam dia aiskrim matcha. Dah cuba?
Masih tak dapat lagi aiskrim kit kat gold tu. Bukan emas je orang pulun beli. Kit kat emas pun terlajak laris sekarang ni. Harap ada rezeki merasa.
Setakat ni akak cuma boleh minum Ahmad green tea.
ردحذفLain2 produk green tea, dah beberapa kali cuba. Masih tak kena selera.
ohh tak kena dengan selera akak tu. tapi okaylah minum juga air green tea :)
حذفAiskrim kit kat gold tu dekat area rumah saya melambak, kalau boleh pos dah lama hantar ke Fizah. Hehe. Saya minat green tea. Jarang makan aiskrim, tapi kalau flavour matcha tak pernah say no
ردحذفTerharunya Sal! Sini manjang takde. Orang lain dah borong dulu kot. Eh takpe, kalau pos nanti tak serupa aiskrim dah..hihi.inshaAllah ada rezekinya nanti :)
حذفNanti cuba aiskrim matcha ni okay.
suka mochi tak suka macha!!! haha kat jepun hari tu pernah kena paksa minum original macha! Allah..... sabo je la... senyum ja ckp sedap tkot tok jepun terasa hati haha
ردحذفkalau kat sana, memang kena behave dan ikutkan je kan. jaga hati tuan rumah kaedahnya. Yang original tu lagi pahit kot kan. perghh dapat bayangkan kena menahan rasa dia tu.
حذفtak xpa.. pastu no air lain haha...redha ja la
حذفwak pon sukak green tea uncang tanpa gula je.. 😅😅😅
ردحذفtak pernah rasa lagi aiskrim matcha mochi ni. nampak sedap juga..
ردحذفKena cari ni :)
ردحذفAlamak, sedap ke mochi jadi ais krim?
ردحذفMemang suka teh hijau! Mula-mula skeptikal mesti ingat tidak sedap. Sekali ok minum tanpa gula.
ردحذفBolehlah cuba matcha mochi dan top ten. Aiskrim Walls memang tidak mengecewakan. Cuma kena sediakan duit lebih.
Tak tau lah kenapa, air green tea Ai boleh telan tapi benda-benda lain yang berperisa green tea tekak Ai tak boleh nak terima.
ردحذفNanti leh try gak la.. hehe.. bolehla telan matcha ni.. setakat harini.. huhu
ردحذفSuka juga green tea.
ردحذفHantu green tea sudah tentulah Abang Farid. Kak Amie ikut-ikut saja sebab selalu juga Abang Farid beli minuman, ais krim, dll yang bergreen tea.
Allah..lawanya fiza gambar ni...menarik betol tgknyee..kalah aiskrim tu haaa ^_^
ردحذفmochi balls dia ada ke dalam kunyahan2 tu..ke tak rasa jugak..hahahha..adeii
ردحذفSedapnya aiskrim matcha mochi.. Tapi tak ternampak pula dekat sini..
ردحذف