Header Ads

Melepasi 25 Juta Tepat

25 juta ni kalau tukar jadi tunai, berebut lah masing masing buat blog. Kan? Tapi tak! Perasan angka nak menghampiri 25 juta di sidebar. Get ready lah konon nak tangkap layar 25 juta tepat. Angka 25,000,000 tu berdesup berlalu pergi ye.

Melepas lah bila dah melepasi 25 juta tepat tu. Dapatlah tangkap layar angka yang menarik juga 25, 000,999. Saja ambil nombor cantik belakang tu. Masa tangkap layar dah melepasi 4. 

25 Juta
Simpan lah buat kenangan zaman berblog di masa akan datang berblog dari tahun 2009 tu. Ikutkan 2008 tapi belum aktif lagi masa tu. Baru buat blog masa tu.

Pejam celik pejam celik 12 tahun dah. 

baca juga : pinterest penyumbang terbesar trafik blog

Dari zaman study, zaman bujang, zaman dah berkahwin. Tunggu zaman ada anak pulak. Harap ada rezeki lah panjang umur ada peluang merasainya.

Lama bukan? Tak sangka bertahan selama itu. Setakat ni pernah kurang aktif masa study je. Oh ya, masa kerja pun agak kurang aktif juga. 

Lepas tu konsisten je kot rasanya. Cuma entry tak banyaklah. Plus, banyak yang dah revert draft. Cerita lama usah dikenang. Dulu menulis entah apa apa entah. Baca semula kelakar pulak.

Itulah kenangan blog. Ye, tahu ambil masa yang lama untuk capai tahap tu. Yang belum sampai lagi tu, akan datang sampai lah masanya tu nanti. Sila bertenang.

Alhamdulillah untuk 25 juta ini. Kira satu kejayaan juga dalam berblog ni. Blogger je faham perasaan dia macamana. Semangat lah sikit nak  berblog gitu.




هناك 19 تعليقًا:

  1. wah..congrats!!! sama la berblog since 2009..tapi my blog baru 3 juta viewers...jauh beza tu...

    ردحذف
  2. Tahniah sudah lebih 25 juta! Ada tengok pengira pengunjung Fiza itu. Hehe ada perasan Fiza slow masa kerja juga.
    Semoga berjaya Fiza. Harap blogger akan terus ada.

    ردحذف
  3. Tahniah Fiza. Semoga terus sukses dalam dunia blogging.🙂

    ردحذف
  4. Wah.. Tahniah Fizah. Lama tu 12 tahun. Semoga terus sukses dalam blogging. Kalau cakap pasal entry lama memang segan la jugak. Zaman jari tu menaip laju je. Tapi takpe, makin lama makin matang dalam menulis

    ردحذف
  5. tahniah fiza!! byk tu viewer... ok lah blog fiza mmg ada content.. nmpk strateginya... blog kakmim barulah merapu... hahaha... saja kan suka²

    ردحذف
  6. Wow sis, tahniah ! Doakan saya berjaya mcm sis juga

    ردحذف
  7. Assalamualaikum. Wah seronoknya dah lebih 25juta... Saya turut terinspirasi ni.. Terima kasih juga selalu datang singgah dan komen kat blog saya yang tak seberapa tu... Banyak lagi yang saya perlu belajar berblog ni...

    ردحذف
  8. Tahniah Fizah.. semoga terus sukses dalam dunia blogging, akak memang x melepasi lagi😂😂

    ردحذف
  9. Tahniah, Fizah! Satu pencapaian yang hebat, tau. Lama dapat bertahan. Salute!

    ردحذف
  10. Tahniah Fiza!
    Teruskan usaha menulis, meriah-meriahkan blog.
    Banyak manfaatnya, untuk kepuasan diri, dan kongsi info dengan orang lain.

    ردحذف
  11. Perghhhh... Tahniahhhh! Bestnyaaa.. memang blogger je faham perasaannya camanaaa... Kalau leh ganti ngan duit.. dah jadi jutawan woooo... Sy start 2010... Dulu pun byk merepek aje... dan join giveway je... tak ter revert or edit entri lama.. hahahaha.. malu dan kelako betullll

    ردحذف
  12. wahhhh tahniah tahniah👍👍👍👍 keep on blogging✏✏

    ردحذف
  13. dssat fiza.. tahniah for 25M.. memang laju PV tuh..

    ردحذف
  14. bukan senang nak capat tahap tu. tahniah sis, semoga terus sukses dalam dunia blogging :)

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.