Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 11 Januari 2021
11 Januari 2021 | Masing-masing ternanti-nantikan Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ni pukul 6 petang.
Adakah Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketatkan semula? Harapnya perutusan yang terbaik lah untuk rakyat. Keutamaan dan fokus lebih kepada COVID-19 yang sedang mengganas ni.
Nantikan siaran lansung yang diadakan serentak melalui saluran RTM, TV3, bernama TV, Astro Awani dan Facebook LIVE Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PKP 2.0 (13 JANUARI 2021 - 26 JANUARI 2021)
RENTAS NEGERI TIDAK DIBENARKAN UNTUK SELURUH NEGERI
PKP 2.0
Pulau pinang
Selangor
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
WP Labuan
WP Putrajaya
WP Labuan
Melaka
Johor
Sabah
- Rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan.
- Hanya 2 orang anggota isi rumah dibenarkan dalam kenderaan sama.
- Pergerakan terhad dalam 10km radius saja bagi membeli barang keperluan
- 30% dibenarkan bekerja dalam pejabat (kum. pengurusan)
PKPB
Pahang
Perak
Negeri sembilan
Kedah
Terengganu
Kelantan
PKPP
Perlis
Sarawak
PERLAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKPB DAN PKPP
Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 & 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.
Hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing. Jumlah pekerja yang ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa. Semua majikan mesti mematuhi arahan ini untuk mengurangkan pergerakan di dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi.
Sepanjang perlaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP, kedua duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.
Siaran lansung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 11 Januari 2021
kredit info : Majlis Keselamatan Negara
hmmmmm masa penang disebut, terus mood rasa down :(
ReplyDeletemood down juga masih PKPB dan seluruh Malaysia kena PKP PKPP lagi. huhu
DeleteKita akur aje dengan peraturan yang ditetapkan.
ReplyDeleteye, wak. Menurut perintah :)
Deletepersoalan dah terjawab smlm.. walaupun sarawak pkpp tapi kuching pkpb.. huhu
ReplyDeleteTerjawab sudah. Marilah kita berPKP PKPB PKPP beramai ramai.huhu
DeleteTidak sangka Melaka masuk PKP.
ReplyDeleteMasuk dalam kumpulan ketat pengawasan. Sebelum ini dalam kumpulan Pemulihan.
samalah kak, saya rasa macam N9 PKP tapi masuk PKPB. takpelah, apepun kita hadap je.
DeleteSemoga dengan usaha ini, kes akan semakin berkurangan.. Tolonglah semua patuhi arah yang telah dikeluarkan..
ReplyDeleteHarap begitulah. Kalau masih ada berdegil tak tahu nak kata dah. huhu
Delete