Promosi Ayam Panggang Baker's Cottage

Sumpah pening bila fikir nak makan apa. Nak fikir masak apa lagilah pening. Penyakit perempuan yang tak tahu bila nak sembuh. Kah! Bila isteri dah pening pening lalat, selera pun kemurungan. 

Lalu keluarlah husband membeli lah ayam panggang @roast chicken Baker's Cottage. Cuti gunakan foodpanda. Selain ayam golek bro resepi mak aku bukan mak kau tu, Ayam panggang Baker's Cottage ni pun boleh masuk dalam ayam panggang kegemaran juga.

Ayam panggang Baker's Cottage ni sangat berbaloi membeli bila ada harga promosi. Harga biasa RM16.85 tapi harga promosi ayam panggang baker's cottage RM11.90. Bukan 1 tapi 2 ekor dibelinya. 

Baker's cottage roasted chicken ada dua jenis je iaitu Berbeku (barbeque) dan lada hitam (blackpepper). Beli dua dua jenis tu sekali. Dalam gambar dibawah ayam panggang barbeku. 

Ayam Panggang Baker's Cottage
Maafkan dia kerana kurang sopan

Ayam panggang blackpepper masih dalam bungkusan untuk santapan hidangan dinner pulak.

Dua dua jenis ayam panggang Baker's Cottage ni sedap. Perapan terasa dan daging ayam yang lembut. Senang je isi tertanggal dari tulang tu.

Dilengkapi dengan sos. Lebih kurang macam sos cili. Tapi kan kalau dia sediakan sos blackpepper mesti bertambah sedap. Barulah kena dengan ayam panggang tu. Nak buat sos blackpepper sendiri tak ada kerajinan pulak. Kita makan apa yang ada je lah.

Ayam panggang dibungkus dengan foil paper bag. Paper bag tak bocor dan ayam pun masih panas.

Roast Chicken Baker's Cottage

Baker's Cottage outlet pun dah semakin berkembang. Cari je bakers cottage near me. Selain ayam, ada bun & pastries, cakes dan mooncakes.


13 comments:

  1. Aah kan ,dulu tak banyak pun outlet dia. Bagus dah bertambah maju jaya 😊

    ReplyDelete
  2. Masa bulan puasa tahun lepas, akak memang kerap beli ayam panggang ni. Memang sedap! Ada harga promosi, memang berbaloi beli..hehe.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa... sini xde lg baker cottage

    ReplyDelete
  4. hahahahahah disebabkan kemalasan nak buat blackpaper source sendiri .. maka makan la apa yg ada kan ..senang hehehe

    ReplyDelete
  5. Tengok ayam Fizah, terus akak klik link outlet Baker's Cottage yang Fizah sertakan. Wah, ada cawangan di Sitiawan. Akak tak tahu pun. Mari kita serang! ^_^

    ReplyDelete
  6. Murah betul harga ayam panggang tu. Berbaloi-baloi beli 2 ekor tu.

    ReplyDelete
  7. Ini yang bagussss.. offer harga murah gini.. perghh.. rasa nak mencari plak.. keh kehhhh

    ReplyDelete
  8. Memang berkembang outlet. Ada baru buka berhampiran Mydin Mitc tahun lepas waktu PKP.
    Belum cuba ayam panggang seekor. Hehe nanti cuba sebab selalu pandang kek atau pastri dahulu.

    ReplyDelete
  9. huishhh dia punya ayam bikin lapar ni

    ReplyDelete
  10. masih boleh improve bisnes dorang ni.. ayam pun nampak ala nandos

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.