Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

Makin lama terperap kat rumah, makin tepu otak. Makin tak berkembang nak berfikir. Nak fikir masak apa pun malas dah! Makan je apa yang ada kat rumah. 

Bila beli stok barang dapur barulah ada rezeki dapat menu luar biasa sikit. Itupun sekali sekala je lah. Tak tahu nak masak apa, nampak ada stok beras pulut susu yang masih banyak lagi. Masak pulut je lah!

Lagipun lama husband tak makan pulut favourite dia. Alang-alang pagi buat nasi lemak, ada lebih sambal tumis, tengahari makan pulut kuning dengan sambal tumis tu je sudah. 

Mudah, tak payah pening-pening nak masak apa lagi untuk tengahari. Mungkin boleh membawa sampai ke menu petang.

Saya guna cara masak pulut kuning guna rice cooker je. Cepat dan mudah. Cara masak pulut kukus pun senang juga tapi saya malas nak tunggu bila ada kerja lain nak kena buat.

                  resepi rendang ayam mudah

Pulut Kuning Dan Sambal Tumis


Rendang ayam tak ada, makan dengan sambal tumis pun sedap. Kenyang pun kenyang kan. Tiada hiasan pulut kuning yang menarik. Letak pulut kuning dalam pinggan, letak sambal. Okay, done ambil gambar buat modal entry.

Kotlah tak ada idea juga nak masak. Buat lah menu pulut kuning dan sambal tumis. Itupun kalau rajin lah.

17 comments:

  1. wow teriur tengok gambar..dekat tmpt iena ni memang menu sarapan pagi kalau ade buat kenduri

    ReplyDelete
  2. baru lps khatam quran ke ni?😊😊 siap berpulut kuning

    ReplyDelete
  3. yummy! pulut kuning mmg favorite ! suka makan

    ReplyDelete
  4. Selalu pulut kuning ini makan ketika kenduri tapi kalau teringin buat sahaja.

    ReplyDelete
  5. bab pulut ni lemah sikit, haha! pulut kuning tak pernah try lagi, mcm sedap je sbb harini pun buat ayam masak merah kuah lebih, sedap jgk klau buat cicah pulut kuning nih..

    ReplyDelete
  6. Berselera tengok pulut kuning tu. kalau makan pagi tentu kenyangnya sampai ke tengahari.

    ReplyDelete
  7. Sehari dua ni mmg akk teringin nak makan pulut kuning, tapi asyik terlupa beli beras pulut :D

    ReplyDelete
  8. special tu pulut kuning dgn sambal tumis.. sambalnya nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. sedap pulut kuning kalau dapat makan dengan kari ayam..hehe

    ReplyDelete
  10. sy pun pening bab masak ni. x tau mau masak resipi apa

    ReplyDelete
  11. Perghhh. sedapp! Haritu member jual rm5 sebekas dengan rendang daging sikit... uhuk, tak cukup rasanyaaaaa

    ReplyDelete
  12. Mgu lps dh buat rendang daging.. mkn dgn nasi himpit je.. masih x kompiden nk buat pulut.. tkt x jadi to teringin.. uwaaa

    ReplyDelete
  13. sedapnya, walau beberapa minggu lepas baru je makan pulut kuning dengan rendang, rasa macam nak lagi pulak..

    ReplyDelete
  14. lama tak mkn pulut kuning cicah kari ayam..

    ReplyDelete
  15. Sedap tu, Fizah. Pandai Fizah masak guna rice cooker. Akak tak tahu. Pernah masak sekali dulu, guna periuk kukus.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.