Roti Bulan Sabit @Croissant

Tahu tak roti bulan sabit? Tak tahu? Haa kalau sebut croissant confirm terus kenal. Macam comel pula nama dia dalam Bahasa Melayu.

Roti Bulan Sabit/ Croissant

Roti bulan sabit dalam bahasa Melayu dan bahasa Perancisnya croissant. Roti bulan sabit sejenis roti pastri berbentuk seperti bulan sabit yang asalnya dari Perancis. 

Perkataan asal dalam bahasa Inggeris crescent. Di perancis, croissant dijual kosong tanpa isi dan dimakan begitu saja.

Pronounciation Croissant

UK: /ˈkrwʌsɒŋ/
US: /krwɑːˈsɒ̃/, /krəˈsɒnt/
French: kʁwa.sɑ̃

How to make a croissant ni bukan mudah ye kawan-kawan. Pernah tengok croissants recipe Light Km di youtube. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi sebab dia ambil masa yang lama untuk siapkan croissant tu.

Lepas uli doh, kena simpan, uli lagi simpan. Lepas tu buat layer by layer lagi. Dah siap, ngap kejap je. Nak membuatnya berjam jam. Orang yang sabar dan rajin je berjaya buat sampai menjadi. saya surrender awal-awal.

Croissant yang sedap adalah yang jenis banyak lapis, nipis dan lembut. Lebih suka chocolate croissant baru lah ada rasa. Beli yang kosong dan celup dengan beryls gourmet milk compound chocolate tu sedap.

Kadang kadang akan beli 7 days croissant chocolate. Cuma 7 Days punya brand tu tak selembut croissant Baker's Cottage. 

Tapi 7 days ada filling dalam tu. Okaylah fine, sama sama menang. Dalam gambar dibawah adalah Butter Croissant Baker's Cottage. Beli sekali dengan roast chicken dan macau egg tarts.

Roti Bulan Sabit @Croissant
  • Flaky, crescent-shaped pastry made with folds of unsalted butter.
Kemain pagi pagi tadi breakfast croissant dengan susu. Pernah terbaca, susu tak bagus minum waktu pagi..kecuali... Sila baca dibawah.

Waktu Terbaik Minum Susu

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Marilah kita stay home, stay safe.

16 comments:

  1. Rasa croissant ni merasa sedikit.
    Eh ye ke tidak elok minum susu waktu pagi? Akak campur susu dengan bijirin (cereal)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh tertinggal pula. Hendak taip lembut ganti merasa. Roti croisant ni lembut sedikit.

      Delete
  2. tak rajinla nak buat. beli kat kedai je..hehe

    ReplyDelete
  3. pelik pulak nma dia dalm bahasa eh, baru tau nma dia gitu..

    ReplyDelete
  4. sedapnya croissant!
    stay safe juga ya^^

    ReplyDelete
  5. Nasib baca blog sis Fiza ni. Hari tu konfius jap, susu ni elok minum bila. Haha

    Roti Sabit tu tak pernah makan. Jakun jap. Haha

    ReplyDelete
  6. Biasa juga beli croissant, yang kosong, bila pergi bakeri. Pernah juga tengok orang buat croissant, memang rumit. Orang biasa buat roti boleh kot. Kalau akak, fail la, baik beli. Hehe. Bergantung pada susu apa juga kot. Susu segar waktu pagi, ok kot. Pada akak ler. Oh, memangla, sebab banyak aktiviti fizikal pagi. :D

    ReplyDelete
  7. Wow.. susah gak buat croissant.. baru kutahu.. kurang minat sikit croissant ni.. maybe sebab makan jenis yang tak berapa lembut tu haaa

    ReplyDelete
  8. Kalau minum susu waktu pagi selalunya mesti memerut. Tulah kan, croissant bukan senang buat, no wonder bakeri jual mahal. Comelnya nama dalam bahasa Melayu

    ReplyDelete
  9. akak suka crossaint sebab rasa dan bau butter dia...kalo nak buat sandwich pun sedap ni..

    ReplyDelete
  10. Croissant ni tahan sikit dari roti biasa. So boleh simpan lama. Selalu makan brand 7 days tu. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Sedap makan croissant waktu masih panas.
    Walaupun kosong, harga boleh tahan.

    ReplyDelete
  12. kalau yg jenis lembut best makan. kadang2 jumpa yg keras spoil terus.

    ReplyDelete
  13. 7days tu sedap pada aida, fiza.
    nice. anak-anak pun suka dah :)

    ReplyDelete
  14. kakmim minum susu sebelum tidur... nnt tidur pn lena.. hehehe... tp minum masa peknen je.. ahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.