TikTok Tortilla Wrap Hack Hash Browns
Tempting betul bila tengok orang masak-masak atau share makanan kat media sosial. Masuk instagram explore, scroll scroll asyik lalu lalang orang buat tortilla wrap hack tik tok tu.
Jenis cepat terpengaruh nak buat juga tiktok wrap hack tu. Cadang buat tiktok tortilla hack breakfast pagi ni. Tapi isi dia gunakan hash browns sebab dah jemu nak makan ayam.
Serious! Tekak tak boleh nak terima ayam sekarang ni. Jemu tak boleh bawa bincang dengan ayam. Sebab tu baru-baru ni masak siput, lala dan kupang tu.
Tiktok tortilla hack recipes
Dengan kemunculan tiktok tortilla hack recipes ni membuatkan tiktok tortilla wrap recipes tu lebih menarik. Betul tak? Teruja betul nak mencuba.
Dan dengan ada hack ni nampak lebih praktikal dan lebih mudah untuk wrap segala isi dengan lebih proper.
Tortilla wrap hack ideas siapa yang create ni? Terbaik!
Saya gunakan sekeping hash browns, daun salad, 1 keping cheese, sos cili dan juga tomato. Lupa pulak nak ambil gambar tortilla wrap hack tik tok tu.
Nah, saya carikan gambar untuk lebih faham.
source : easycheesyvegetarian |
Selepas siap lipatan dalam step ke 5 tu, letakkan dalam kuali untuk panaskan tortilla wrap tu. Siap! Mudah dan boleh pelbagaikan nak letak isi apa ikut selera masing-masing.
Buat tortilla wrap untuk breakfast pun sedap dan kenyang. Makan satu pun dah kenyang. Sumpah sedap bila dah lama tak makan tortilla wrap.
Tortilla wrap ni lebih sedap dimakan panas-panas sebab kulit tortilla tu lebih rangup. Bila dibiarkan sejuk agak kurang sedap lah.
Lebih sedap letak cheddar cheese tarik. Saya ada stok slice cheese je. Dapat cheese tarik, lagi tertarik rasa dia, kan?
Ini lah menu viral terbaru yang anak ajak saya buat...tapi belum berkesempatan buat...menarik gak idea letak hash browns tu...
ReplyDeletehttps://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html
Menarik. silakan cuba :)
DeleteViral mgu lepas ni.. kakmim mkn bila adik buat je.. sbb adik je suka layan benda2 viral ni.. hehe
ReplyDeleteHihi..untung sangat tu kakmim ada orang buatkan. senang :)
DeleteWah susun 1/4 bahan-bahan lepas itu lipat satu persatu. Hmm boleh buat tapi baru sahaja pembungkus tortilla habis. Kira nanti boleh buat.
ReplyDeleteNanti cuba tau kak wina :)
DeleteSedapnya. Ada haritu tengok, Tak berkesempatan lagi nak try 🙂
ReplyDeleteAda bahan-bahan dan masa nanti cuba ye :)
DeleteWahh..menarik..intinya apa2 aje kan..
ReplyDeleteYup, ikut suka nak letak apa :)
DeleteWoaahh memang sedap ni, tak try lagi..
ReplyDeleteJangan lupa cuba nanti kak :)
Deletedok perasan jugak viral dekat tik tok, haha!
ReplyDeleteDah cuba ke belum tu? hihi
Deleteuish nampak sedap ni..nanti nak cuba buat jugak lah..
ReplyDeleteTersedap ni. Sila cuba :)
Deletemacam senang je nampak cara buat dia tu hehe
ReplyDeleteSenang amat kak syaz. Silakan mencuba.
DeleteKita pandai jemu makan ayam, tapi Abang Farid tak boleh kalau tak ada ayam. Tak tahulah tekak apa...kah!
ReplyDeleteWah! Tortilla wrap hash browns ... tang hash brown tu Firdaus suka sangat.
Raja Ayam tak leh bawa bincang tu, kena ada ayam juga kak amie.hihi
DeleteFavourite Firdaus ye. Hihi..Firdaus bagus makan apa saja mommy masak.
terliur pulak... mmg ramai yg share wrap ni.. nak cuba la nanti
ReplyDeleteRugi tak cuba tau. Selamat mencuba :)
Deleteramai nak buat wrap tapi mcm eh susah betul nak wrap lepas tgk tiktok ni, laaaa senang jer ! hahah
ReplyDeleteKann..dulu rasa macam leceh betul. Now, viral terus ramai rajin. tibehhh
Deleteok bahan dah ada. esok boleh cuba hehe
ReplyDeleteYeay, selamat menjamu selera :)
Deletememang sedap buat roti tortilla ni. tp hubby bkn sejenis makan. memang beli jelah senang
ReplyDeleteOhh kalau camtu, beli je senang :)
Deletesedapnya fiza..boleh cuba nanti :)
ReplyDelete