Vietnam Roll Guna Apa Yang Ada Je!
Setelah sekian lama teringin makan vietnam roll akhirnya mendapat juga. Itupun buat sendiri. Jadi tak tahu lah rasa vietnam roll original dia macamana.
Pertama kali buat, pertama kali rasa. Rasakan!
Vietnam Roll @ Vietnam Spring Roll
Dikenali dengan nama Gỏi cuốn yang berasal dari Vietnam. Vietnam roll sejenis kuih yang mengandungi udang, salad, sayur dan bihun yang digulung (dibungkus) menggunakan kertas beras.
Vietnam roll tidak digoreng selepas dibungkus. Di sajikan bersama dengan sos pencincah.
si daun salad gigih nak melepaskan diri |
Resepi Vietnam Roll Mudah
Bahan-bahan
8 ekor udang- rebus, buang kulit dan potong dua melintang
Salad
Timun Jepun -potong memanjang
Carrot-potong memanjang
Daun Ketumbar
Suhun- rendam dengan air panas
Rice Paper
Cara penyediaan
Sediakan satu pinggan berisi air (untuk rendam rice paper) dan satu pinggan untuk menggulung (spray air sikit, tujuan dia untuk elakkan rice paper melekat pada pinggan).
Basahkan rice paper sekejap dalam pinggan berisi air, kemudian letak dalam pinggan lagi satu yang dah spray air, letak bahan bahan lain dan gulung.
Cara gulung vietnam spring roll
Letak salad, timun, carrot, suhun, dan udang. Tarik rice paper kiri dan kanan tutup bahan bahan, lepas tu baru gulung. Nak jelas lagi boleh je tengok di youtube. Ada banyak cara gulung vietnam roll ni.
Saya gunakan cara yang mudah je. Boleh gunapakai kalau rasa senang nak ikut. Nak buat gulungan pertama tu agak struggle sebab saiz rice paper kecil dan terendam lama, rice paper jadi terlalu lembik pulak.
Sos pencicah vietnam roll
3 tangkai cili api
1 ulas bawang putih
gula melaka ( guna jenis nipis tu, suku je)
garam sikit
4 sudu sos cili
air secukupnya
minyak untuk menumis
Cara penyediaan
Tumbuk cili api dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan sos cili, garam, gula melaka dan air secukupnya. Ikutlah nak sos pencicah pekat atau tak.
Didihkan sampai masak. Sementara tu adjust lah rasa dia ye. Dah masak, angkat dan taburkan daun ketumbar.
Begitulah serba ringkas cara saya buat vietnam roll dari pemantauan beberapa resepi. Ini saya olahkan ikut bahan bahan apa yang ada kat rumah je. Cuma beli rice paper je sebab tak ada stok kat rumah.
Tak pasti lah resepi asal vietnam roll dan tak tahu juga rasa sebenar vietnam roll. Kena juga cuba yang original untuk perbandingan.
Ikut selera saya, rasa vietnam roll ni boleh diterima tekak. Tapi untuk repeat bahan yang sama mungkin tidak. Mungkin kalau repeat buat kena letak sayur salad je. Tak nak letak daun ketumbar. Tekak tak boleh terima.
Udang rebus agak tawar, mungkin kalau grill dengan butter lagi sedap kot ada rasa manis udang dan aroma bakar tu. Tambah crab stick lagi sedap rasanya. Untuk pertama kali buat boleh dikatakan berjaya jugalah.
Kalau pertama kali buat better gunakan saiz rice paper yang besar. Tersilap beli saiz kecil agak struggle nak gulung bila bahan besar-besar ni.
Mujurlah cantik juga dipandang kejadian vietnam roll tu. Untuk sos, okaylah. Kurang pedas. Kena tambah cili sikit pedas baru selera nak makan.
Makan masa pergi Vietnam dulu. Rasa dia memang tawar dan banyak sayur. Depend pada sos untuk sedikit flavour. Tak minat sangat maybe sebab bukan hantu sayur.
ReplyDeletedah lama teringgin nak makan ,tapi kat penang ni byk yg tak halal.. thank you sharing ! heheh
ReplyDeleteSedapnyaa.. sy pun suka.. tapi x pernah buat sendiri.. tq share resepi... Sos mmg kena pedas baru rasanya kick.. sebab vietnam roll ni biasanya memang kena dibuat tawar gitu.. Healthy sgt menu gini.. hihi
ReplyDeletesedapnya..gumuk2 udangnya..makanan sihat..
ReplyDeleteItulah kena makan yang Vietnam roll sebenar untuk tahu.
ReplyDeleteHehe samalah bersusah payah gulung ada gemuk ada kurus. Tapi kan kalau makan popia sahaja memang tawar.
Oklah mari kita sama-sama rasa yang sebenar kemudian buat semula.
Gigihnya Fizah buat, macam NA juga. :) Akak tak pernah rasa vietnam roll.
ReplyDeleteCP suka vietnam roll. Tapi tak pandai nak balut kalau nak buat sendiri.
ReplyDeleteSo, beli je lah senang.. hehehehe
Vietnam roll yang sebenar biasa-biasa saja rasanya. Banyak sayurnya. Udang pun rasa tawar sebab semuanya tak bubuh apa-apa perasa. Memang pilihan menyihatkan. Yang membuatkan jadi sedap bila celup sos. Bagi Kak Amie, begitulah.
ReplyDeleteSetuju dgn kak amie.. tawar je sbb tu x brp favor VR ni.. depends dgn sos nya.. kalau sos sedap mmg sedap.. kalo sos pn so-so rasa pn so-so jgk lah.. tp fiza mmg gigih buat.. rajinnnn
Deletewahh,...seksi dan gebu udangnya
ReplyDeletewah nak buat lah..yg vietnam roll tu iena tau buat..pernah buat yg DIY dekat Rasa Viet..kuah dia tak reti buat..nanti boleh cuba buat..
ReplyDeletewuuu..looks yummy!!
ReplyDeletex pe janji boleh mkn😊😊 sy x penah mkn lg wpn dah 3 kali g vietnam... nk buat mmg x laa hahaha
ReplyDeleteni kira menu sihat jugak lah ni kan..
ReplyDelete