Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 4

Rupanya sebelum Ezlan sampai ke rumah Laila, Laila dah siap-siap buat satu upacara untuk menyambut kedatangan Ezlan. Selepas memeluk Ezlan, Laila mengajak Ezlan duduk dan menggodanya.

Ezlan memberitahu Laila untuk mencari rumah. Tapi Laila mengajak Ezlan untuk tinggal bersama dengannya. Nak tidur satu bilik pun boleh katanya. Belum sempat membuat apa-apa, orang gaji Laila muncul. Laila berkeras mengajak Ezlan tinggal bersamanya.

Ezlan telefon Naim dan memberitahunya dia sudah sampai di bandar dan tinggal bersama Laila. Naim terkejut Ezlan tinggal bersama Laila . Tapi Ezlan kata dia hanya menumpang seketika sementara mencari tempat tinggal baru.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 4

Di kampung.

Rais, anak Ezlan rindukan ayahnya. Rai menasihati Rais supaya bersabar dan memberitahu ayahnya sedang kerja di bandar. Pian membantu Rai mengambil Rais dari sekolah, balik sekolah Rais terus naik ke atas rumah kerana merajuk rindukan ayahnya.

Rai menyuruh Pian telefon abangnya Naim untuk bertanyakan tentang Ezlan. Pian sebaliknya memberitahu Rai yang Ezlan sebenarnya ikut Laila. Rai terkejut dan kenapa sekarang Pian baru memberitahu hal sebenarnya.

Rai mula risau tentang hal suaminya. Rai masuk bilik dan menangis. Pian pula masuk ke bilik Rai tiba-tiba. Rai memarahinya dan menghalau Pian balik. Tapi Mak Lang nampak Pian keluar dari rumahnya. 

Di rumah Laila.
Ezlan sedang tidur, Laila ada disebelahnya. Mereka tidur sebilik. Tukang kebun Laila menasihati Ezlan sebab terlalu lama tinggal disitu tanpa ada ikatan dengan Laila. Ezlan masih tinggal di rumah Laila dah berbulan lamanya. 

Masih belum ada kerja yang diberikan oleh Laila.

Mak Lang menasihati Rai supaya ambil sendiri anaknya dari sekolah. Dia tak nak orang kampung fikir bukan bukan tentang Rai dan Pian. Belum sempat Rai nak beritahu Ezlan ikut Laila, Mak Lang bagi amaran pada Rai supaya tak memburuk-burukkan anaknya.

Laila pergi ke rumah Cik Embun. Laila menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Ezlan dan menceraikan Rai di kampung. Cik Embun pesan, kau jangan seronok sangat eh. 'Benda' ni kena topup, kalau tidak dia tak kekal.

Teringat kata-kata Cik Embun, Laila balik ke rumahnya. Laila melakukan upacara untuk tambah 'benda' yang dimaksudkan oleh Cik Embun. Walaupun Mak Wan sempat menasihatinya tapi tak diendahkan oleh Laila. Kubur masing-masing kan, kata Laila.

Di rumah Mak Su.
Mak Su menasihati Pian supaya tidak rapat dengan Rai. Pian juga memberitahu Mak Su yang Ezlan tinggal bersama Laila. Mak Su terkejut dan berpesan supaya tidak mencampuri urusan rumahtangga orang lain.

Ezlan masuk ke bilik. Dia mendapati Laila tiada di bilik dan mencari Laila. Tiba-tiba Laila muncul.

Di kampung.
Mak Su bertanyakan kepada Mak Lang betul ke Ezlan tinggal bersama Laila. Mak Lang naik angin dan terus menyangkakan Rai yang bawa cerita tentang kisah anaknya.

Laila keluar dengan Rose, isteri Naim. Rose memberitahu Laila yang Ezlan keluar dengan Naim. Laila terkejut Ezlan keluar dari rumahnya. Ezlan berkata, dia bosan duduk di rumah. Ezlan nak balik ke kampung kerana rindunya dengan anak isterinya.

Laila benarkan tapi dengan satu syarat. Ezlan kena kahwin dengan Laila. Ezlan membantah. Laila tetap mahukan Ezlan berada disampingnya.

Sedang anak anak Ezlan bermain di halaman rumah. Tiba-tiba ayahnya muncul. Ezlan membelikan mainan untuk anak-anaknya. Belum sempat Rai menghulurkan tangan untuk salam Ezlan, Ezlan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

bersambung...

18 comments:

  1. Rasa pernah tengok cerita ni, tapi dah lupa episod berapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti boleh tengok marathon kak lepas habis :)

      Delete
  2. Replies
    1. Tahu takpe kak. ramai yang geram dengan Laila ni. Jahat betul dia.

      Delete
  3. tak tgk pun drama ni fiza.. byk sgt drama huhu

    ReplyDelete
  4. Baca sinopsis sahaja untuk tahu perkembangan setiap episod.

    ReplyDelete
  5. Adoilah si Laila nie.. kemain menjadi-jadi..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.