Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 6

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 6 | Laila ikut kata Cik Embun. Dia Menggantung 'benda' yang semalam Cik Embun asapkan dan gantung di depan pintu rumah. Setiap kali 'benda' tu berayun ditiup angin, masa itulah Ezlan akan terpanggil datang pada Laila.

Saat 'benda' tu terkena angin. Ezlan tiba-tiba rasa pening bila keluar rumah dari kampung dan ingin kembali ke bandar bersama Laila. Ezlan memberi kata dua pada Rai, samada ingin bercerai atau bermadu.

Kau patut bersyukur Laila sebab aku jujur dengan kau untuk berkahwin lain. Ezlan melangkah keluar meninggalkan anak-anaknya.

Pak Darus, suami mak Wan ternampak 'benda' yang tergantung tu lalu dia menanggalkan. Laila pelik kenapa ianya tak menjadi. Ezlan masih belum balik lagi. Dia terus memanggil Mak Wan.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 6
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episod 6


baca juga : aku yang kau gelar isteri full episode

Rai kurang sihat. Tiba-tiba Rais bertanyakan pada maknya,"betul ke ayah nak kahwin lain?". Rai pun tak tahu apa salahnya sampai Ezlan nak kahwin lain.

Tiba-tiba Ezlan muncul dan memarahi Rai kerana menghasut anak-anaknya. Rais bertanyakan pada ayahnya. Betul ke ayah nak kahwin? Ezlan berjaya menghasut fikiran anaknya yang Rais akan dapat apa saja kalau Ezlan kahwin dengan Laila.

Di rumah Laila.
Laila bawa Mak Wan ke depan pintu rumahnya dan bertanyakan pada Mak Wan mana 'benda' tu. Laila ugut Mak Wan dan menyuruh Mak Wan pergi dari rumahnya. 

Pasa satu malam, Laila melakukan satu 'upacara' di rumahnya. Dalam masa yang sama, Rai di kampung muntah darah dan keluar sesuatu dari mulutnya.

Mak Lang mengadu pada Ezlan yang Rai tu sakit buat-buat. Dia juga menghasut cucu-cucunya yang mereka akan duduk di bandar di rumah besar Laila nanti. Mereka akan jadi orang kaya.

Kemudian mereka semua keluar makan di luar sebab Rai tak masak. Pian pulak datang ke rumah semasa ketiadaan semua orang. Hanya Rai je ada di dirumah. Rai menyuruh Pian balik sebab tak ada orang di rumah.

Pak Leh pulak muncul untuk menghantar ubat Mak Lang. Pak Leh terkejut mereka berdua di dalam rumah. Pak Leh memarahi Pian dan memberikan amaran pada Pian supaya tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Laila pergi ke rumah Cik Embun sebab dia masih belum dapat Ezlan. Kau jangan risau Laila, ilmu kita halus. Tak dapat dari pandangan mata. Cik Embun tak berkenan dengan orang gaji Laila, Mak Wan tu. Tapi Laila kata Mak Wan okay. Perbualan mereka terhenti di situ.

Di rumah Mak Su.
Pak Leh datang mengamuk dan memberitahu Mak Su tentang Pian dan Rai. Pian menerangkan segalanya yang berlaku. Tapi Pak Leh dan Mak Su tetap menyalahkan Pian supaya tidak masuk campur.

Pian keluar jumpa kawan-kawannya. Mereka pun menasihati Pian supaya tak masuk campur.

Rai teringat kembali janji Ezlan masa mula-mula kahwin dulu. Tapi sekarang janji tu hanya tinggal janji. Dia teringat kembali masa dia muntah darah haritu. 

Kemudian baru dia teringat dia pernah berjumpa dengan Cik Embun mas tumpang di rumah Laila dulu. Rai syak sesuatu dengan Laila yang ada kene mengena dengan apa yang terjadi. 

Sejak Ezlan balik, bermacam perkara pelik berlaku. Satu malam, masa Rai tengah minum di dapur. Ada satu lembaga hitam duduk di atas meja dan makan sesuatu. Rai terus pengsan sampai ke pagi.

Ezlan terkejut Rai terbaring di dapur. Rai berkata dia nampak 'benda' atas meja. Ezlan kata tak ada apa. Ezlan menuduh Rai hanya reka cerita untuk dapatkan perhatiannya.

Pian dan Rai berjumpa secara senyap-senyap. Tapi Pak Leh ternampak mereka berdua dan mengadu pada Mak Su. Pian telefon abangnya Naim untuk membantu Rai. Rai beritahu Pian yang Ezlan dan kena 'guna-guna' oleh Laila.

Sedang Pian bercakap di telefon dengan Naim, Mak Su muncul.

Bersambung...

19 comments:

  1. Sakit hati pulak dengan Ezlan.. Tak sabar nk tengok ending cerita ni

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita memang menyakitkan. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Geram.. tapi kalau dah namanya org kuat hasad dengki.. mmg susah nk ajarr.. tunggu balasan Allah je... kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, selagi tak puas hati. Selagi tu dengki mendatang.

      Delete
  4. jahat org mcm laila ni smp santaukn rai...dh ezlan pn dh terkena sihir laila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, sebab dendam dan tak pilih dia je terus jadi jahat.

      Delete
  5. Makin lama rasa takut dan seram pula ikuti cerita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari hari drama ni ada aksi dia. seram yang biasa je ni kak amie.

      Delete
  6. tak tgk drama ni sbb seram.. tak sesuai utk mak buyung. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa jangan tengok drama macam ni. Mak buyung kena jaga kesihatan dan emosi :)

      Delete
  7. layan selagi belum masuk kerja fiza ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.