Bekalan Pertama Vaksin Pfizer-BioNTech Malaysia. 3 Fasa Pemberian Vaksin
21 Februari 2021, hari ni bekalan pertama dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk COVID-19 tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Sepang menggunakan MASKargo MH604 dibawah kendalian MABKargo Sdn.Bhd.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengatakan bekalan sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech dijangkakan tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) dengan pesawat Airbus 330-300.
Ketibaannya dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk COVID-19 disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan juga Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Ketibaan bekalan vaksin disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Kementerian Kesihatan dan saluran Radio Televisyen Malaysia sebagai media rasmi.
Vaksin Pfizer dari mana
Vaksin Pfizer-BioNTech dari kilang Pfizer di Belgium. Diuruskan pula oleh Pfizer bersama DHL melalui perjanjian di peringkat global.
Vaksin Pfizer-BioNTech berlepas dari Puurs, Belgium. Kemudian transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle dan perjalanan seterusnya ke Singapura untuk diedarkan ke negara-negara Asia Pasifik termasuk lah Malaysia.
Setibanya di Malaysia, DHL Express selaku ejen yang dilantik khas akan mengedarkan vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.
Vaksin Pfizer-BioNTech
Vaksin Pfizer-BioNTech merupakan vaksin pertama yang memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021.
Sehingga kini, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin Covid-19.
Pada 11 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd untuk pembelian vaksin selepas perbincangan pada penghujung tahun 2020.
Dengan ketibaan Vaksin Pfizer-BioNTech bermulalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program vaksinasi terbesar di negara di Malaysia. Sasaran suntikan vaksin sejumlah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk herd immunity.
Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 - individu sihat berumur 18 tahun ke atas.
3 Fasa Pemberian Vaksin
Seperti yang telah diwar-warkan, pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa sepanjang tahun sehingga bulan Februari 2022. Suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara.
Buat masa ini, terdapat 600 pusat pemberian vaksin terpilih terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital ATM.
Selamatkah vaksin COVID-19 untuk warga emas dan kumpulan rentan?
Vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diambil oleh golongan warga emas dan kumpulan rentan.
Golongan warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan kumpulan rentan (berumur 18 tahun ke atas) yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, masalah jantung atau buah pinggang.
Kedua-dua golongan ini diutamakan untuk menerima vaksin kerana mereka mendapat pelbagai komplikasi apabila dijangkiti COVID-19 yang perlu dilindungi.
Dr Kalaiarasu Peariasamy seorang Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM berkata, lebih 150 juta dos vaksin telah diambil di seluruh dunia dan tiada kesan sampingan yang teruk dilaporkan setakat ini.
Katanya, sakit dan tanda kemerahan atau bengkak di bahagian yang disuntik adalah kesan sampingan biasa yang hilang dengan sendirinya dalam masa 2-3 hari.
Dr Kalai bagaimanapun berkata, individu yang mengalami alahan teruk atau severe alergic kepada ubat, perlu mendapatkan nasihat daripada petugas kesihatan sebelum mengambil vaksin.
Pendaftaran untuk penerima vaksin fasa 2 dan 3 akan dibuka bermula Mac ini. Bersediakah anda?
Sumber 1: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10157725026821237/
sumber 2 : https://www.kosmo.com.my/2021/02/20/vaksin-pfizer-biontech-tiba-10-pagi-esok/
Ada LIVE tak kat tv ye masa dia mendarat tu 😂
ReplyDeleteAda. Tak sempat tengok live, boleh tengok ulangan 😊
DeleteHa ah, tengok kat TV2 nih, hari bersejarah Malaysia dapat vaksin woo...
ReplyDeleteMoga selamat semuanyaaaa..AMIN!
Itulah kan. Hari yang bersejarah untuk Malaysia. Semoga semuanya baik baik je. Aaaminnn
Deleteperistiwa bersejarah ni..siap ada siaran langsung..
ReplyDeleteBetul. Sangat berharga ni
DeleteSempat juga tengok live ketibaan vaksin tu tadi .
ReplyDeleteOh ya? Excited dpt tgk live 😊
Deletesemoga adanya vaksin ni akan mempermudahkan segala urusan seluruh dunia, Malaysia khasnya.
ReplyDeleteHarapnya begitulah.. aaaminn
DeleteTak tengok pun siaran lansung Nye.
ReplyDeleteBoleh tengok ulangannya 😊
Deletetgk LIVE tadi depan tv,,, excited :)
ReplyDeleteTgk live lagi excited, kan?
DeleteIn shaa Allah. Kami bersedia. Banyak dah usaha untuk membanteras Covid-19. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.
ReplyDeleteSemoga semuanya akan baik baik je. Salah satu usaha kita. inshaAllah :)
Deletealhamdulillah..semoga semuanya baik-baik belaka..patut la antivak bising..rupanya dah sampai dah vaksin nye kat Malaysia..
ReplyDeleteYe,vaksinnya dah selamat sampai :)
DeleteAlhamdulillah.. semoga usaha ini akan menampakkan hasil..
ReplyDeleteHarapannya begitulah. Aaminn
Deletesy x tgk berita tu tp terbaca kt socmed. panasss je telinga sy bc puak2 antivax komen
ReplyDeleteItulah kan, tak tahu lah dengan geng tersebut. tak faham betul
DeleteRasa jadi orang terakhir ambil vaksin. Bersedia itu apabila tengok orang lain ambil vaksin. Hehe.
ReplyDeletealhamdulillah. semoga dipermudahkan segalanya :)
ReplyDeleteHarap lepas vaksin nanti dah boleh gi oversea. Hehe
ReplyDeleteSemoga selamat dari covid, dan tiada kesan sampingan. Bulan May jugak ye, baru dicucuk.
ReplyDeletealhamdulillah tiba dgn selamat
ReplyDelete