Golongan Yang Tidak Boleh Disuntik Vaksin Covid-19

Sedia maklum, kita tahu bekalan pertama dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk COVID-19 sudah pun selamat sampai di Malaysia. Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19

Fasa I Februari-April : 500,000 petugas barisan hadapan
Fasa II April-Ogos : kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa III Mei 2021-Februari 2022 : Golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari 2022 tahun depan. 

Terdapat beberapa golongan/kelompok masyarakat yang tidak boleh disuntik vaksin COVID-19. Kecoh juga di media sosial berkaitan Isu golongan yang tak boleh disuntik vaksin ni terutamanya mereka yang Trying To Conceive (TTC) yang merancang untuk hamil.

Golongan Yang Tidak Boleh Disuntik vaksin Covid-19

1. Mereka yang mempunyai masalah elergi

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), ada beberapa orang yang pernah mengalami reaksi elergi selepas mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Disebabkan itu, CDC menyarankan agar individu yang memiliki reaksi elergi yang buruk terhadap salah satu bahan dalam vaksin tersebut supaya tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19.

2. Golongan kanak-kanak

Vaksin Pfizer BioNTech sesuai untuk individu berusia 16 tahun ke atas. Manakala Vaksin Modeerna untuk individu berusia 18 tahun ke atas. Buat masa ini, suntikan vaksin Covid-19 belum dikaji dengan teliti kesan dan impaknya pada tubuh badan kanak-kanak.

3. Mempunyai gangguan imunisasi

Vaksin bertindak sebagai melindungi mereka yang memiliki kekebalan yang lemah atau termasuk dalam kategori berisiko tinggi. 

Individu yang sistem imunisasinya terganggu secara serius, menderita komplikasi kronik dapat mempengaruhi fungsi kekebalan vaksin.

Disebabkan itu, mereka yang memiliki gangguan sistem imunisasi tidak digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin sehingga ada kajian terbukti tentangnya.

4. Wanita mengandung/Wanita Menyusukan Anak

Penyelidik mempercayai bahawa dos suntikan digunakan dalam vaksin Covid-19 mungkin tidak sesuai untuk kesihatan bayi yang sedang membesar dan dapat mengakibatkan kesan sampingan bagi wanita hamil dan menyusukan anak.

Apa-apapun sebelum membuat sebarang keputusan dan jika ragu-ragu boleh bertanyakan pada doktor pakar tentang masalah ini. Don't simply cakap lepas ambil vaksin tak boleh pregnant, tak boleh ambil vaksin kalau tak ada anak lagi. Haa macam-macam. Benak fikiran terus jadinya.

Persoalan Tentang Vaksin COVID-19 PFIZER-BIONTECH


SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH? 

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. 

Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya. 

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH? 

Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sekiranya anda: 
  • mempunyai sejarah kemasukan ke hospital akibat dari alahan yang teruk; 
  • mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertama vaksin jenama ini; 
  • mempunyai reaksi alahan yang teruk terhadap mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini; 
  • sedang hamil; atau 
  • sedang menyusukan bayi 

APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19? 

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan. 

ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19? 

Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi. 

APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19? 

Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu: 
1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit. 
2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19: 
  • Kesukaran bernafas
  • Pembengkakan muka, bibir dan tekak
  • Denyutan jantung yang sangat cepat
  • Ruam teruk timbul di seluruh badan
  • Merasa pening dan lemah tubuh badan

3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19. 
4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. 

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH? 

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. 

Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. 

Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). 

Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui. 

BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZERBIONTECH? 

Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela. 

Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.

SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN? 

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. 

Terdapat kemungkinan kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan. 

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN VAKSIN? 

1. Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran 
2. Atau boleh juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti: 
  • WHO: www.who.int 
  • CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html. 
  • FDA : https://www.fda.gov/emergency-preparedness-andresponse/mcmlegal-regulatory-and-policy-framework/emergency-useauthorization

Cara Mendaftar Vaksinasi MySejahtera

Cara Mendaftar Vaksinasi MySejahtera

sumber : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/01/12/adakah-anda-termasuk-dalam-4-golongan-yang-tidak-boleh-dapatkan-suntikan-vaksin-covid-19

37 comments:

  1. Oh boleh tolak terima vaksin juga rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari apa yang dikongsikan dalam file pdf MySejahtera tu boleh.

      Delete
  2. Sis macam dapat rasa Sis dapat fasa kedua sebab Sis ada sejarah penyakit, sama juga Suami ada jantung.. mudah-mudahan laa kan dapat awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti lagi, kena check keadaan diri sendiri. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Aaminn

      Delete
  3. Akak tergolong dalam mereka yang Tak layak menerima vaksin. Nur Dhia still direct feeding. Sabar jelah. On day, pasti boleh ambik. Mudah²an dalam lindungan Allah hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. 1 lg golongan yg tak boleh... golongan anti vaksin heheheh

    ReplyDelete
  5. Kita keanal tubuh kita bagaimana dan sangat penting minta nasihat doktor.

    ReplyDelete
  6. Setuju part wanita hamil tak boleh ambil vaksin sebab takut ada side effect pada baby. Apa pun, semoga lepas vaksinasi ni kes Covid semakin menurun. Rindu nak bebas macam dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kena ikut saranan doktor. Ye, harap begitulah. Kes macam tu jugak pergi dia bila PKP pun. rindu je nak bebas :)

      Delete
  7. rasa risau pula kalau antara terawal terima suntikan vaksin ni..
    (sis takut jarum.. hehehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun takut jarum. Tapi layak dan boleh, teruskan juga :)

      Delete
  8. semoga semuanya baik-baik sahaja.. Mana yang layak bolehlah disuntik vaksin kan Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Sha. Doakan yang baik baik untuk semua orang :)

      Delete
  9. Akak dah daftar dah..x tau la giliran yang mana dan bila...cuma risau mak ngan abah akak jer..golongan berisiko tinggi...mak akak sakit kronik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kita tunggu je lah kan kak. Sama juga, risau juga dengan mak abah kat kampung tu. Tak boleh lari dari kerisauan. Kita doakan semoga semua baik baik je kak :)

      Delete
  10. Akak dah daftar, melalui MySejahtera. Thank you Fizah, share info tentang benda ni. 18 tahun ke atas saja, maknanya 2 anak lagi kat rumah ni, tak boleh terima vaksin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya kongsikan dari MYsejahtera juga ni kak. Ikutkan begitulah nampaknya kak.

      Delete
  11. ouu macam tu rupanya. terima kasih sebab kongsi. mama saya menyusukan anak, lepas baca ni terus saya beritahu dia :)

    ReplyDelete
  12. Semoga kita semua dipermudahkan untuk mendapatkan suntikan vaksin ni. Semoga semuanya baik baik sahaja.

    ReplyDelete
  13. register dah. cuma sy x sure sm ada sy akan alergi atau x. sbb ada sesetengah ubat biasa pun sy alergi esp kegatalan. harap yg baik2 sahajalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan penerimaan vaksin nanti.

      Delete
  14. Menghitung hari untuk dapat suntikan, rasa berdebar juga untuk melihat kesannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusannya nanti kak amie. Aaminnn

      Delete
  15. Elergi ke allergi.. hihi.. Btw, sy belum register lg ni.. tapi x sure keadaan diri ni cmne. risau gak. huhu

    ReplyDelete
  16. nampaknya nina lambat lg lah nak dicucuk.. tak apa janji hubby dpt pun dh okay tak risau dia keluar kerja. tak semua bdn sesuai dgn vaksin ni, boleh jd benda lain. harap baik2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kan, dengan pregnant dan akan menyusukan bayi nanti. Harap harap semua ni cepat berakhir. mana tahu kita bebas covid-19 terus nanti :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.