Google Family Link App, Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar
Google Family Link adalah aplikasi terbaik untuk parental control pantau anak anak menggunakan telefon pintar yang ibu bapa kena download. Sejak perlaksanaan PdPR (Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah ) ni, anak-anak lebih kerap menggunakan telefon.
Jadi, macamana kita nak pantau dan had kan penggunaan untuk anak-anak supaya mereka tidak leka atau terjumpa atau terjebak dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Dengan lambakan iklan di google, sudah pastinya menimbulkan kerisauan ibu bapa.
Budak zaman sekarang pun dah makin bijak menggunakan telefon pintar lebih bijak dari ibu bapa sendiri, kan? Adalah lebih baik gunakan Google Family Link App untuk menangani kerisauan dan boleh pantau aktiviti anak-anak ketika melayari internet.
Walaupun Google Family Link App ni dah lama wujud sebenarnya, tapi mungkin ada yang lupa atau tak tahu kewujudan app ni. Parental control app free je.
Kelebihan Google Family Link
1. Tetapkan Tempoh Masa
Ibu bapa boleh tetapkan dan hadkan tempoh masa menggunakan gajet, tentukan berapa lama anak-anak boleh guna dalam sehari.
2. Tetapkan Masa ON dan OFF
Boleh menetapkan masa, pukul berapa boleh gunakan telefon pintar dan boleh kunci penggunaan gajet pada masa yang ditetapkan.
3. Kawalan Dari Jauh
Tetapan boleh dikawal secara automatik dari jauh samada menghadkan masa penggunaan dan juga aktiviti menggunakan aplikasi yang ada dalam gajet.
4. Kawal Install Aplikasi
Google akan memberikan notifikasi setiap aplikasi yang di install dalam gajet anak-anak. Untuk install perlu approve dari ibu bapa terlebih dahulu untuk membenarkan aplikasi tersebut install dalam gajet.
5. Pantau Penggunaan Gajet
Ibu bapa boleh pantau aktiviti anak-anak menggunakan gajet setiap hari. Boleh tengok statistik applikasi yang digunakan dan semak aplikasi yang paling banyak masa digunakan. Boleh sekat penggunaan website yang tidak sepatutnya, youtube dan sebagainya.
6. Kenal pasti lokasi anak-anak
Memudahkan ibu bapa untuk kenal pasti dimana lokasi anak-anak ketika menggunakan gajet. Buat masa ni semua di rumah lah. Akan datang bila pandemik berakhir, mudah lah untuk ibu bapa tahu kat mana lokasi anak-anak dimana juga berada.
7. Pengesanan Play sound
Terdapat fungsi play sound untuk pengesanan jika gajet hilang atau tersorok atau lupa letak mana.
8. Menghalang penggunaan camera
Boleh menetapkan penggunaan camera supaya tidak boleh digunakan.
9. Boleh Kongsi Akses
Suami isteri boleh akses bersama untuk memantau aktiviti online anak- anak ketika menggunakan gajet.
How to remove google family link?
Aplikasi tersebut tak dapat dibuang walau apa cara sekalipun. Perlu menggunakan email, password dan akses code. Jadi, anak anak tak dapat lah nak buang google family app ni dalam gajet masing-masing.
Jadi, Google Family adakah aplikasi terbaik untuk pantau aktiviti online anak-anak.
Cara setup Google Family Link
- Ibu bapa : install Google Family Link for parents.
- Anak : install Google Family Link for teens, children
- Perlu ada akaun gmail untuk anak-anak untuk tetapan, akses code dan password dan untuk link kan kedua-dua gajet ibu bapa dan anak-anak.
Dengan adanya Google Family Link, mudahlah ibu bapa nak kawal screen time anak masing-masing.
Nice sharing :)
ReplyDeleteBagus untuk ibu bapa :)
kalau tak silap dulu blogger ewan ada share gak ni..memang bagus apps ni..
ReplyDeleteboleh cuba nanti ni
ReplyDeletesesuai utk anak2 remaja.. tak pantau habis zaman skrg ni mcm2 boleh jadi
ReplyDeleteGood sharing. Harap dapat dimanfaatkan oleh parents yang susah nak pantau anak-anak. Dunia maya takde sempadan. Kalau tak kawal habisla
ReplyDeleteElok untuk ibu bapa yang tidak boleh pantau secara berdepan.
ReplyDeletethis is so good sbb now, parents mmg kena pantauuu kalau tau, mcm2 boleh diorg tgk
ReplyDeleteMemang sangat menakutkan kalau anak-anak melayari internet lepas tu terjumpa benda-benda yang tak sepatutnya. Baguslah google family link app dapat membantu.
ReplyDeleteWow.. sangat bagus nihh.. Nak share la ngn members nanti.... Barulah anak anak terkawal.. byk benda xleh donlod.. lelagi game... Ada kwn sy tu, hp dia penuh ngn game aje.. sebab nanti keluar iklan game yg menarik..anaknya terus tekan download lagik.... Haha.. jenuh nak buang manjang... tq share!
ReplyDeleteDulu pernah install tp skrg akak dh uninstall.. sbb kompius byk sgt email nk pakai.. email hp lain email moe lagi.. so skrg check manual je hp anak².. check game diorg main, check phone gallery.. check whatsapp
ReplyDeleteAkak macam Kakmim di atas, check pakai manual je, dari masa ke semasa. Baru kita boleh jumpa apa-apa tersembunyi. Memang budak-budak sekarang pandai guna handphone lagi dari kita.
ReplyDelete