i-Sinar Tanpa Syarat
i-Sinar tanpa syarat, syarat i-sinar kwsp terkini telah disahkan. Kementerian Kewangan telah mengesahkan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dalam proses untuk memansuhkan syarat pengeluaran i-sinar.
sumber : portalmalaysia.com |
Pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan selepas menerima nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas dari orang awam yang meminta untuk melonggarkan syarat-syarat pengeluaran i-Sinar sebelum ini.
Langkah ini adalah untuk membantu mereka yang telah mencarum KWSP dapat meneruskan kelansungan hidup akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.
i-Sinar Lulus tanpa syarat
Dengan pemansuhan syarat membolehkan i-Sinar lulus tanpa syarat. Bagi ahli KWSP yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka secara automatiknya akan diluluskan.
Kemudahan pengeluaran i-Sinar ini juga boleh dimohon oleh ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun tertaluk pada baki yang sedia ada dalam simpanan Akaun 1.
Perincian Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat
Ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah
- Boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000
- Boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1
- Jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Bertenang dulu, kerajaan akan mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin minggu depan. KWSP juga memerlukan masa untuk mempersiapkan struktur sistem pengeluaran i-Sinar tanpa syarat yang baharu ini.
sumber : astrowani
Wow.. tapi yang ni x pasti camana kriterianya... Saya rasa penapisan sepanjang permohonan ni pun bikin pening kepala jugak tu.. Hohoo.. Moga dipermudahkan, dan moga cepat Covid 19 habis minggu ni... Amin
ReplyDeletetengah sabar tunggu if lulus ke tak haha
ReplyDeleteRasa sedih bila difikir tentang kesusahan hidup akibat wabak yang tak kunjung surut. Syukurlah bagi yang masih mempunyai simpanan, tapi kenalah berjimat cermat.
ReplyDeleteHarap yang memerlukan guna duit yang diperoleh dengan berhemah.
ReplyDeletetq fiza sharing info ini..amat berguna untuk shida :)
ReplyDeleteAlhamdulillah!
Wah, mesti pemohon yang kena reject hari tu, gembira dengan berita ni.
ReplyDelete