Malam Ku Bermimpi Dayang Nurfaizah
Selepas single pertama lagu Tudung Periuk, Dayang Nurfaizah kembali dengan single Malam Ku Bermimpi yang juga turut dimuatkan dalam album 'BELAGU'.
'BELAGU' yang bermaksud 'menyanyi' dalam bahasa melayu sarawak
Malam ku Bermimpi merupakan nyanyian asal seniman Agung Allahyarham P Ramlee dan biduanita, Allahyarhamah Saloma dalam filem Sumpah Orang Minyak.
![]() |
tangkap layar muzik video Malam ku bermimpi Dayang Nurfaizah |
Melodi klasik diberi nafas baru dinyanyikan semula oleh penyanyi Dayang Nurfaizah membangkitkan nostalgia lagu-lagu lama yang jarang kita dengar sekarang. Dalam masa yang sama masih mengekalkan keaslian lagu tersebut.
Walaupun Dayang Nurfaizah bukanlah penyanyi lagu asli tapi lenggok alunan suara Dayang Nurfaizah pun apa kurangnya. Sedap di dengar.
Bait-bait lirik bahasa orang dulu pun sangat indah dibaca dan didengar. Perasaan itu sampai dan digambarkan dalam lirik lagu. Orang dulu juga terkenal dengan bahasa kiasan.
Antara Lagu Dalam Album 'BELAGU'
Lirik Lagu Asmara Bergelora (Malam Ku Bermimpi)
Malam ku bermimpi dengan satu bintang
Berkata kataku dijendela
Kulihat Putra tersenyum menentang
Asmara bergelora dengannya sereta
Malam ku terlihat sekuntumlah bunga
Warnanya indah menarik hati
Baunya semerbak menjatuh cinta
Oh bunga pujaan segala hatiku
Sungguh jauh seberang lautan
Wajahmu dekat disampingku
Berseri seri seperti bulan
Menggoncang menawan segenap kalbuku
Oh angin meniup dengan tenteram
Merayu berbisik diwaktu malam
Bulan menyinari dengan cemerlang
Menyampaikan lah berita dengan riang
Sedap lagu ni bila dinyanyikan semula oleh Dayang Nurfaizah. :)
ردحذفSuara Dayang memang sedap.
ردحذفSuka sangat suara Dayang!
ردحذفlagu ni kot yg sy bc td katanya trs melonjak ke tangga #1 kt i-tunes
ردحذفOwh.. Beliau menyanyikan semula ye..
ردحذفSedap suara Dayang. Mersik!
ردحذفsuara Dayang ni memang sedap
ردحذفHarap dapat dengar Dayang menyanyi lagu ini.
ردحذفsiapa penyanyi asal lagu ni?
ردحذفeh pramleee kannn?
ردحذفno 1 terus lagu ni.. bila lah dyg nk official dgn hael ni.. eh?
ردحذف