Movie The White Tiger
The White Tiger, sebuah filem drama Amerika 2021 yang sedang trending disiarkan di platform Netflix. Filem arahan Ramin Bahrani dibintangi oleh pelakon utamanya Adarsh Gourav bersama dengan Priyanka Chopra dan Rajkummar Rao.
Priyanka Chopra juga merupakan salah seorang pengeluar eksekutif Filem The White Tiger bersama Prem Akkaraju, Ava DuVernay dan Ken Kamins.
Filem The White Tiger adalah adaptasi dari novel Aravind Adiga (2008) dengan tajuk yang sama. Novel ini telah difilemkan secara meluas di Delhi pada Oktober-Disember 2019, di Las Vegas pada 6 Januari 2021 dan di Amerika Syarikat pada 13 Januari 2021.
Kemudian barulah filem The White Tiger ni dilancarkan secara global melalui platform streaming Netflix pada 22 Januari 2021 lepas.
sumber : google |
MOVIE THE WHITE TIGER
Directed: Ramin Bahrani
Produced : Mukul Deora, Ramin Bahrani, Priyanka Chopra, Prem Akkaraju
Screenplay : Ramin Bahrani
Based on: The White Tiger by Arvind Adiga
Music: Danny Bensi, Saunder Jurriaans
Cinematography: Paolo Carnera
Edited: Tim Streeto
Production company : Lava Media, ARRAY, Noruz Films
Distributed : Netflix
Release date : January 22, 2021 (United States)
Running time : 128 minutes
The White Tiger Cast Bollywood
Adarsh Gourav sebagai Balram Halwai
Priyanka Chopra Jonas sebagai Pinky
Rajkummar Rao sebagai Ashok
Mahesh Manjrekar sebagai The Stork
Vijay Maurya sebagai Mukesh 'The Mongoose'
Kamlesh Gill sebagai Granny
Swaroop Sampat sebagai The Great Socialist
Vedant Sinha sebagai Dharam
Nalneesh Neel sebagai Vitiligo
The White Tiger Plot/ Sinopsis The White Tiger
Seorang pengusaha Balram Halwai menghantar email kepada Wen Jiabao. Dia menceritakan kisah kesusahannya hidupnya dalam kelas bawahan di India yang terperangkap dalam kemiskinan, hidup seperti hamba dan tinggal seperti dalam reban ayam.
Sebagai seorang anak yang lahir dan membesar di Laxmangarh, Balram ditawarkan biasiswa untuk meneruskan pelajaran di sebuah sekolah di Delhi kerana bijak dalam akademik. Dia mengganggap dirinya sebagai "The White Tiger" dimana dalam satu generasi ada seorang sahaja.
Akan tetapi, ayahnya tidak dapat membayar kepada tuan tanah, The Stork. Ayah Balram meninggal dunia. Nenek Balram paksa Balram untuk berhenti belajar dan bekerja di rumah teh di Kampung.
Setelah dewasa, Balram bercita-cita untuk menjadi pemandu anak lelaki The Stork. Namanya Ashok, yang baru balik dari Amerika Syarikat bersama isterinya Pinky yang membesar di New York.
Balram diupah menjadi pemandu kedua Keluarga The Stork. Balram mengugut Pemandu utama untuk membolehkan dia menjadi pemandu Ashok dan Pinky.
Pada hari jadi Pinky, dia dan Ashok mabuk. Ashok membiarkan Pinky untuk memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang budak. Balram disuruh untuk tandatangan satu surat yang mengatakan bahawa Balram yang melanggar.
Dalam masa tu The Stork menyepak Balram, Pinky nampak dan menegur sikap The Stork yang sesuka hati buat begitu pada Balram. Pinky marah dan esoknya meninggalkan Ashok.
Untuk melepaskan diri dan keluar dari kemiskinan. Balram membunuh Ashok dan melarikan diri dengan sejumlah besar wang dan dia terlepas dari buruan polis. Balram menukarkan namanya menjadi Ashok Sharma.
Adakah Balram berjaya mengekalkan kehidupan dia seperti golongan bangsawan yang di impikan tu?
Adakah Balram berjaya mengekalkan kehidupan dia seperti golongan bangsawan yang di impikan tu?
Sinopsis movie ni agak menarik.
ReplyDeleteAda yang mengatakan movie ni seperti movie Parasite.
:)
Macam best jer. Free nanti leh la tengok movie nie. teruja jugak
ReplyDeleteSanggup membunuh untuk jadi kaya.
ReplyDeletemovie ni ini the list! tgh cari time and mood nak tgk
ReplyDeletePriyanka Chopra tu dah berlakon cerita bersiri hollywood dah. Kawin pun dengan omputih.
ReplyDeleteOkay, takda neflix..takpa..cari tempat lain..Hehee...TQ Info
ReplyDeleteada ternampak di netflix, belum ada mood nak tengok lagi..
ReplyDeletemovie amerika ek..pelakon dia indian, bahasa dia english or hindustan?
ReplyDeletemovie ni tgk boleh kalau apply dlm real life naya org.
ReplyDeleteMacam best jew sinopsis ceritanya. Hidup dibelenggu sistem kasta memang sangat menyedihkan!
ReplyDeleteMenarik jugak sinopsisnya.. kalau di netflix tu mmg byk cerita xtau nk tgk yg mana... kalau dh baca review mcm ni br terbuka hati nk tgk
ReplyDelete